Aku...



Lama tak update..bzz..pastu wifi kat bilik ni pun tak ok...sabar je la..buat sahabatku jerah, "nah, add la blog aku yang tak glamor ni!"




Exam dah habis..19hb..merdeka? tak tau la..tapi insyaAllah ini paper yang terakhir buat diriku sebagai mahasisiwa...ke mahasiswa..sama je...hehe..Buka semester depan aku dah pi Latihan Mengajar..takutnya masuk sekolah...macam mana la agaknya ya..boleh ke tak mengajar ni..




Sekarang ni duk kemas barang- barang...hampir 4 tahun di sini barang pun banyak..2 kotak dah pos ke kampung..yang lain- lain ni masih nak guna lagi..memang angkut- mengangkut la lepas ni..rumateku, yani..dia balik malam ni..aku pula balik malam esok..ceh macam betul balik..balik la gak walaupun bukan balik kampung sendiri..mujurla my uncle ada di sini boleh la menumpang teduh dan mennjimatkan duit..hehe..terima kasih uncle. Sedeynya nak berpisah dengan rumate..yalah sem depan dah tak sama-sama..dia LM tempat len..aku plak tempat len..banyak kenangan kami bersama walaupun satu sem je duk sama- sama..aktiviti paling best kami makan- makan dan jalan- jalan..bila dengan yani takde la aku rasa sorang- sorang di sini..apapun yani memang best..baik orangnya..itu yang selalu kena buli tu..hehe..




Sebenarnya tak tau mau tulis apa..takpa la nanti aku tulis lagi..saja je ni..biar puas hati c jerah..haha..InsyaAllah nti ada idea dan masa boleh cite banyak- banyak...Maaflah tulisan yang takde input langsung...ok..Doakan yang terbaik utk semua..Salam..










Buat Yang Bernama Hawa =)

Album : Masa Muda
Munsyid : edCoustic
http://liriknasyid.com


Dikedalaman hatiku tersembunyi harapan yang suci
Tak perlu engkau menyangsikan
Lewat kesalihanmu yang terukir menghiasi dirimu
Tak perlu dengan kata-kata

Sungguh walau kukelu tuk mengungkapkan perasaanku
Namun penantianmu pada diriku jangan salahkan

Reff :
Kalau memang kau pilihkan aku
Tunggu sampai aku datang nanti
Kubawa kau pergi kesyurga abadi

Kini belumlah saatnya aku membalas cintamu
Nantikanku dibatas waktu

Lagu/lirik : Deden Supriadi

-9 Kemuliaan Menjaga Solat-


Saidina Utsman bin Affan ra berkata: Barangsiapa yang menjaga solat lima waktu tepat pada waktunya maka Allah akan memuliakan dengan 9 kemuliaan:


1. Dicintai Allah
2. berbadan sihat
3. dijaga oleh para malaikat
4. diturunkan berkat dalam rumahnya
5. wajahnya terzahir akan ciri-ciri orang yang saleh
6. dilembutkan hatinya oleh Allah
7. melintasi jembatan sirat almustaqim seperti kilat
8. diselamatkan daripada api neraka
9. bertetangga dengan para auliya' Allah di syurga kelak.


dinukil oleh:
Sheikhna Sidi Rohimuddin An-Nawawi Al-Banteni

...Sahabat Sejati...






"Suratan mentakdirkan kita berjuang bersama, andai setitis airmata yg mengalir di pipimu kerana kesedihan, sejuta semangat membahumu dari belakang, andai seorang rebah, tak dibiarkan rebah untuk kali kedua. Ya Allah kami punya tali persaudaraan yang sukar untuk diertikan, namun janganlah Engkau dugai kami dengan dugaan yang tak mampu kami tanggung..satukanlah ukhuwah di antara kami bak para sahabat pada Rasulullah, untuk kesekian kalinya hanya padaMU kami memohon. Kekalkanlah ukhuwah di antara kami dan tunjukilah kami jalan yang Engkau rahmati. Inilah harapan tinggi dari hambaMU..."



Bila duduk sorang2 ni teringat dengana sahabat2 yang jauh di mata...betapa bernilainya ukhuwah yang terbina ni...sukar untuk ana mentafsirkan walaupun kadang kala berlaku perselisihan...tapi itulah kemanisan bersahabat..semoga persahabatan ini akan berkekalan hingga ke syurga...amin..








:::..Kemenangan itu satu peringatan..:::



“Hai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah dan hendaklah setiap diri memerhatikan apa yang telah diperbuatnya untuk hari esok (akhirat) dan bertakwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan.” (Al-Hasyr: 18)



Alhamdulillah...

Marilah kita memperbanyakkan takbir dan tahmid padaNYA yang memberi kemenangan kepada kita..semoga kemenangan ini tidak menjadikan kita leka dan lalai..bersama kita tingkatkan amalan dan gerak kerja kita...Salam perjuangan buat semua pendokong gerakan Islam di seluruh dunia...sesungguhnya perjuangan ini masih panjang....

Allahu Akbar!!!


Allah tak akan mensia- siakan titisan air mata dan keringat orang- orang Mukmin yang gugur kerana membantu agamaNYA..


seeru 'ala barakatillah..

Syukur PadaMu Ya Allah...


...:::Air Mata Tok Guru:::...






Sepanjang membuat liputan "Munajat Rakyat Kelantan Pertahankan Kerajaan Islam" di Stadium Sultan Muhammad IV, kepada saya, kemuncaknya ialah linangan air mata Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Tok Guru yang dikasihi, ketika merayu dan meratapi pertolongan Allah Yang Maha Suci lagi Maha Tinggi.
Dada semakin sebak apabila Tok Guru berkali-kali menyapu air matanya sebaik sahaja mengakhiri doa dan munajat yang dipersembahkannya kepada Allah setulus hati, penuh rendah diri. Dalam hati, saya meraung, "Aduhai Tuhan, lihatlah hamba-Mu itu, Tok Guru kami. Pandanglah kami. Dikau Maha Mengetahui, kami di sini ya Allah! Adrikna!"
Ketika manakah Tok Guru begitu terharu, sebak, bergetar-getar dan tersekat-sekat suaranya? Bukan, bukan ketika beliau merayu kemenangan PAS.
Saya memang kutu yang jahil. Huwa rajulun jahilun, itulah yang selalu saya dengar tentang diri saya.
Saya tak tahu bahasa Arab. Saya bodoh. Tetapi sepatah dua bolehlah saya teka. Kepada 'alim ulamak yang bersama-sama bermunajat tadi, tolonglah betulkan saya kalau saya salah.
Kiamat
Bukan ketika merayu kejayaan pilihan raya, tetapi suara Tok Guru tersekat-sekat dan terdengar bersusah payah menahan sebak di dada ketika merayu belas kasihan Allah di Hari Kiamat kelak. Berulang-ulang dia merayu belas kasihan Tuhan Yang Maha Pengampun di Hari Kiamat kepada semua yang bersama-samanya, sama ada di dalam stadium tersebut atau yang menonton melalui
Kelantan TV .
Munajat rakyat Kelantan untuk mempertahankan kerajaan Islam sebenarnya bermula seawal jam 3.00 pagi tadi. Saya terlewat. Ada beberapa berita yang terpaksa disiarkan dahulu dalam Harakahdaily ini.
Paling akhir saya memuatnaikkan berita dalam laman ini ialah pada pukul 2.36 pagi tadi. Selepas menyelesaikan beberapa hal, barulah saya bertolak ke Stadium Sultan Muhammad IV.
Dalam perjalanan, berdasarkan pakaian mereka yang berada di dalam kereta, saya lihat begitu banyak kereta yang saya yakin sedang menuju ke tempat yang sama. Banyak juga yang mengibarkan bendera PAS.
Sebaik sahaja sampai di Wisma Persekutuan di Jalan Bayam, jalan mulai sesak. Tersekat-sekat. Lenguh juga kaki mengendalikan brek dan klac. Setelah agak lama bersopan di jalan raya di tengah-tengah kesesakan itu, saya akhirnya tak larat bersabar dan menyelit-nyelit menuju ke stadium. Mujur, dapat juga tempat meletak kereta.
Ketika menghampiri stadium, terdengar suara memohon doa kepada Allah yang sangat dikasihi. Seorang petugas memberitahu saya, Setiausaha Dewan Ulamak PAS Kelantan, Ustaz Abdullah Abdul Razak memimpin zikir istighfar itu.
Walaupun padang di stadium itu telah dipenuhi para jemaah, di mana kaum muslimat berada di sebelah kanan, kehadiran ahli-ahli dan para penyokong PAS untuk bersama-sama dalam munajat itu bagaikan tidak ada penghujungnya.
Doa Nabi Yunus
Saya lemah dalam bab mengira berapa banyak yang datang. Stadium penuh. Yang datang masih ramai lagi. Nampak berkemutih seluruh padang stadium dengan kopiah kaum muslimin dan telekung kaum muslimat. Agaklah sendiri.
Wartawan The Star, Shahanaaz Habib dan seorang rakannya ada di tangga stadium itu. Saya sempat menegur mereka. Intai-intailah The Star kalau-kalau Shahanaaz mencatat berapa jumlah yang hadir.
Tidak lama selepas itu, Tuan Guru Haji Hussain Lubok Tapah pula memimpin munajat rakyat Kelantan itu. Sebaik selelsai solat tahajjud, beliau mengajak para jemaah membaca tasbih Nabi Yunus 'a.s.. Ketika membaca "La ilaha illa Anta, SubhanaKa, inni kuntu minaz-zalimin" itu, hati saya terus teringat isteri saya di Kuala Lumpur. Minta maaf saya mencelah dengan hal sendiri. Jangan marah.
Isteri saya bolehlah saya dakwa mengamalkan doa Nabi Yunus itu. Hatta, nak cari parking pun dia akan membaca doa itu. Walaupun berdoa dengan doa Nabi Yunus, mungkin isteri saya itu pernah dikecewakan. Tetapi, saya tak ingat.
Bukan mengenai isteri saya sebenarnya. Tetapi, yang ingin saya nyatakan ialah betapa maqbulnya doa Nabi Yunus ketika terperangkap dalam perut ikan nun itu. Sebab itulah, ketika itu, hati saya merayu kepada Tuhan agar dimaqbulkan doa para jemaah yang hadir pada malam itu.
Ketika itu jugalah baru saya tahu ada siaran langsung. Terus saya muatnaikkan pengumuman bertajuk "Siaran langsung Munajat Rakyat Kelantan" dalam Harakahdaily ini. Saya harap bermanfaat.
Selepas itu dahagalah pulak. Saya ke gerai-gerai yang nampak bersambung dengan stadium itu. Sambil minum, saya SMS Ketua Pemuda PAS, Salahuddin Ayub. Puas saya mencari dia, tak nampak-nampak. Saya ajak dia minum kalau-kalau dia ada di situ.
"Aku pun munajat ni.....hang dok minum ja!" dia membalas SMS saya dengan gurauannya.
"Hebat jugak..." kata saya dalam hati. Jenuh saya mengintai-intai kalau-kalau Salahuddin ada di saf depan, di kalangan pimpinan. Tak nampak-nampak. Rupa-rupanya dia tersorok di antara ribuan rakyat yang bermunajat. Sahabat kita itu mempertahankan kerusi Parlimen Kubang Kerian yang sebelum ini diwakilinya. Mudah-mudahan pertolongan Allah sentiasa bersama-samanya.
Walaupun semua orang tahu Tok Guru terlalu letih berkempen sana-sini di musim pilihan raya ini, kira-kira jam 5.25 pagi akhirnya beliau sampai. Bergema seruan takbir. Jam 5.30 pagi solat hajat pun dimulakan. Solat diimamkan oleh Ustaz Muhammad Mustafa, calon PAS bagi kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Demit.
Suasana hening dan hampir sepi ketika solat hajat itu. Setiap kali sujud, begitu lama.
Inilah PAS!
Ketika itu saya berjumpa dengan anak Tok Guru, Ustaz Nik Abduh yang baru sampai. "Iran tak sembahyang hajat ka?" dia bergurau dengan saya.
"Iran sembahyang. Tapi saya tak yakin seluar saya bersih nak sembahyang," kata saya kepadanya. Walaupun banyak pihak yang mahu Ketua Lujnah Tarbiyyah Dewan Pemuda PAS Pusat itu bertanding dalam pilihan raya kali ini, tetapi dia tidak bertanding sebab ayah dia kata, "dia muda lagi".
Namun begitu, Nik Abduh tak pernah absent dalam perjuangan. Tidak bertanding tidak bermakna cabut lari dan tidak buat kerja. Saya juga melihat kehadiran bekas-bekas Ketua Pemuda PAS Kelantan yang pernah menjadi wakil rakyat tetapi tidak dicalonkan kali ini. Saya bangga seorang diri di dalam hati, "inilah orang PAS".
Saya balik ke tempat saya tidur di belakang Hospital Pakar Perdana berdekatan stadium itu. Nasib baik dekat dengan stadium. Kalau tidak, lintang-pukang juga nak bertempur dengan masa. Lepas Subuh, saya ke stadium semula. Nak dengar tazkirah dan amanat Tok Guru.
Ketika saya masuk semula ke dalam stadium, saya lihat Tok Guru sedang menyampaikan tazkirah. Mengapa tazkirah? Mana taklimat politik atau motivasi berapi-api?
Saya teringat Imam Khomeini yang dikasihi. Beliau lebih banyak menekankan penyucian jiwa dan pengukuhan ruhani kepada pengikut-pengikutnya. Pengikut-pengikut yang diasuh serta dibentuk jiwa dan hati mereka itulah yang mencetuskan Revolusi Islam.
Selepas tazkirah itulah beliau mengajak para jemaah bermunajat. Walaupun agak panjang masa yang beliau manfaatkan untuk merintih dan merayu kepada Allah Yang Maha Berkuasa, semuanya bersemangat mengaminkan doa dan harapan Tok Guru.
Meresap ke hati
Apabila suara Tok Guru bergetar sayu dan jelas kedengaran begitu bersusah payah cuba menumpaskan sebak dan tangis untuk terus berdoa dengan jelas, kerlipan lampu-lampu kamera tak henti-henti melimpahi tubuh kecil Tok Guru. Sesekali saya dapat melihat pantulan manik-manik air mata dan raut wajah Tok Guru yang bersungguh-sungguh merayu pertolongan dan belas kasihan Allah. Suara yang datang dari hati terus meresap ke dalam hati. Tak tersekat sedikit pun.
Bukan sahaja ketika memberikan tazkirah, ketika menyampaikan amanat selepas itu pun, Tok Guru masih masih memberi peringatan tentang mati, tentang syafaat Nabi s.'a.w., kejayaan yang memestikan nafsu dan jiwa dibersihkan, taubat dan tugas kerajaan Islam.
Sehingga majlis berakhir kira-kira 8.20 pagi, yang lebih banyak diucapkan oleh Tok Guru ialah soal penyucian jiwa (tazkiyyatun-nafs).
Entah kenapa, ketika itu saya teringat kata-kata seorang sahabat dari Iran, "Sebenarnya kejayaan Revolusi Islam ini (disebabkan) tak sampai lima peratus usaha kami dan lebih 95 peratus lagi pertolongan Allah". Masya Allah, mati sehingga beribu-ribu orang diganasi tentera dan polis Shah, "tak sampai lima peratus usaha kami".
Saya benar-benar teringin hendak merasai pertolongan yang sama. Aduhai Allah, saya jahat. Tetapi untuk kesekian kalinya, tolonglah berbelas-kasihan kepada saya, sudilah "memberi muka" kepada saya dan maqbulkan harapan saya: Limpahkanlah pertolongan-Mu sebanyak-banyaknya, walaupun mungkin tak sampai satu peratus usaha kami.
Aduhai Allah, keringat telah diperah, rayuan dan rintihan telah dipersembah, air mata Tok Guru masih tumpah, adakah kami menang atau kalah?
“Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; “Kami telah beriman,” sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang- orang yang dusta.” (Surah al-Ankabut, ayat 2-3)
Sumber: Harakahdaily.Net

Assignment oh assignment...



Nampaknya malam ni tidur lewat lagi...macam biasa, assignment yang tak siap- siap lagi..tulah cik gie, suka tangguh- tangguh kerja..masalahnya kalau buat awal pun memang tak jadi, bila dah due idea pun datang mencurah- curah ( ceh, alasan je tu..hehe)...okla, nak sambung wat keja..salam pilihanraya ye..

MENGHINDARI KEGELISAHAN...


"Bawalah hatimu mengunjungi tiga tempat.
Pertama; ke tempat org membaca al-Quran tidak kira sama ada kamu ikut membacanya ataupun kamu sekadar mendengar pembacaan orang lain.
Kedua; kamu menghadiri majlis pengajian yang mengingatkan kamu kepada Allah.
Ketiga; kamu mencari satu waktu yang sunyi, contohnya di waktu malam dan ketika itu kamu bangun melaksanakan ibadat kepada Allah serta memohon kepadanya agar diberikan ketenangan dan kedamaian hati kepadamu.
Jika selepas melakukan kesemua itu jiwamu masih tidak tenteran, mintalah kepada Allah agar digantikan hatimu dengan hati yang lain kerana hati yang kamu miliki sekarang ini bukan hatimu."
- Abdullah ibnu Masu'd-

Salam Pilihanraya...

Assalamualaikum...
Selamat mengundi untuk semua rakyat Malaysia...buatlah pilihan yang bijak untuk agama, diri, keluarga, masyarakat dan negara kita...Islam 4 all..
"Ya Allah, bantulah kami membuat pilihan yang terbaik dalam pilihanraya ini...semoga diri kami tergolong bersama hamba- hambaMU yang mencintai kemaarufan demi mencari RedhaMU...Amin..

Semoga menjadi kenyataan...


KITALAH YANG BERTANGGUNGJAWAB...
PILIHAN ADA DI TANGAN KITA...
JANGAN RAGU LAGI...
ISLAM UNTUK SEMUA...

Buatmu Sahabatku Yang Bernama Hawa...


Free Palestin!


Pedulikah kita?

http://www.harakahdaily.net/bm/index.php/terbaik-dari-harakah/syahidnya-anak-pemimpin-tertinggi-hamas.html

Palestin...
Entah kenapa hatiku rasa terusik dengan berita kesyahidan anak pemimpin tertinggi Hamas..bukan tidak pernah kita mendengar berita kesyahidan dan kematian rakyat Palestin..acapkali dan kita seperti sudah lali...kadang- kadang jiwa terasa beku dan tak mampu untuk merasai lagi perjuangan darah dan airmata mereka..zalim kah diri ini?
Berjayanya golongan kuffar menodai jiwa kita..bukan sepuluh atau seratus jiwa tapi berjuta- juta jiwa kita telah diracun dan disimbah 'asid'...
Betapa kita terlalu zalim kerana membiarkan mereka bersedirian...betapa zalim kita membiarkan anak- anak kecil itu menangis kerana kehilangan ibu bapa, abang, kakak dan seluruh keluarga mereka di tangan zionis..lantas, apa yang kita boleh buat? Beku..sekali lagi hati dan otak kita beku..mungkin kita rasa terkesan tapi ianya sebentar sahaja..dan begitulah kita setiap kali..
Wahai saudara seakidah...apakah kita tidak ada doa yang boleh dihulurkan? ya Doa itulah bantuan kita meskipun jarak kita beratus ribu kilometer jauhnya daripada mereka..doa' kan mereka..mereka mengharapkan doa seluruh kaum Muslimin..

" Ya Allah, selamatkan dan bantulah perjuangan saudara seakidah kami menentang mereka yang zalim..menangkan mereka supaya tempat suci umat Islam terus terpelihara sebagaimana Engkau memenangkan Solahuddin al- Ayubbi suatu masa dahulu..."..amin..

InsyaAllah dengan doa' kita semua akan meringankan penderitaan dan kepiluan mereka...

Ingatkan diri bahawa hidup ini tidak lama..akhirat jua tempat kita akan kembali nanti...
Salam Perjuangan dan salam mujahadah buat diri ini dan seluruh kaum muslimin dan muslimat..

Segalanya MilikMU...

Kau yang menciptakan cinta
Dan Kau jua yang menghampar bahagia
Di ribaanMu terhimpun harapan
Impian tulus setiap insan

Kau yang mengutus kan duka
Dan Engkaulah yang mengirimkan hampa
Namun padaMU jua diagungkan
Direbahkan keresahann dan tangisan

Aku tahu inilah kasihMu
Aku tahu inilah cintaMU
Dan ku tahu tiap yang terbaik untukku
Tak semuanya yang kumahu

Di celah hangat nafas yang terhela
Ada dingin saat menyeru namaMU
Terarah segala rongga rasa
Pada damainya dakapanMU

Aku tahu inilah kasihMu
Aku tahu inilah cintaMU
Dan ku tahu di segenap rasaku
Telah Kau titipkan kekuatan oh Tuhan...


lagu baru yang dimuatkan dalam album baru Mestica ini cukup membuatkan hati menjadi kuat kembali setelah dilanda pelbagai perkara sejak kebelakangan ini...
Benarlah segalanya memang milikNYA..
kita ini tiada apa untuk dibanggakan hatta asal kejadian kita hanyalah percampuran air mani lelaki dan benih wanita..lantas, apa yang ada pada kita? memang tiada apapun milik kita...

Dalam rasa duka dan kecewa kita mudah untuk kembali padaNYA jadi mengapa bila gembira dan bahagia kita mudah melupakanNYA..Astaghfirullah al azim..ampunkan segala kekhilafan hambaMU ini.."

“….Barangsiapa yang bertaqwa kepada Allah nescaya DIA akan mengadakan baginya jalan keluar. Dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangkanya. Dan barangsiapa yang bertawakkal kepada Allah nescaya Allah akan mencukupkan (keperluannya). Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan (yang dikehendakiNYA). Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentukan (bagi tiap-tiap sesuatu)
(At-Thalaq 65 : 2-3)


6 PERKARA ALLAH SEMBUNYIKAN



Allah SWT selesai menciptakan Jibrail as dengan bentuk yang cantik, dan Allah menciptakan pula baginya 600 sayap yang panjang , sayap itu antara
timur dan barat (ada pendapat lain menyatakan 124, 000 sayap). Setelah itu
Jibrail as memandang dirinya sendiri dan berkata: "Wahai Tuhanku, adakah engkau menciptakan makhluk yang lebih baik daripada aku?."Lalu Allah swt berfirman yang bermaksud.. "Tidak"Kemudian Jibrail as berdiri serta solat dua rakaat kerana syukur kepadaAllah swt. dan tiap-tiap rakaat itu lamanya 20,000 tahun. Setelah selesai Jibrail as solat, maka Allah SWT berfirman yang bermaksud.
"Wahai Jibrail, kamu telah menyembah aku dengan ibadah yang
bersungguh-sungguh, dan tidak ada seorang pun yang menyembah
kepadaku seperti ibadat kamu, akan tetapi di akhir zaman nanti akan
datang seorang nabi yang mulia yang paling aku cintai, namanyaMuhammad.'

Dia mempunyai umat yang lemah dan sentiasa berdosa, sekiranya mereka itu mengerjakan solat dua rakaat yang hanya sebentar sahaja, dan mereka dalam keadaan lupa serta serba kurang, fikiran mereka melayang bermacam-macam dan dosa mereka pun besar juga. Maka demi kemuliaannKu dan ketinggianKu, sesungguhnya solat mereka itu aku lebih sukai dari solatmu itu. Kerana mereka mengerjakan solat atas perintahKu, sedangkan kamu
mengerjakan solat bukan atas perintahKu." Kemudian Jibrail as berkata: "Ya Tuhanku, apakah yang Engkau hadiahkankepada mereka sebagai imbalan ibadat mereka?"Lalu Allah berfirman yang bermaksud. "Ya Jibrail, akan Aku berikan syurga Ma'waa sebagai tempat tinggal..."Kemudian Jibrail as meminta izin kepada Allah untuk melihat syurgaMa'waa.
Setelah Jibrail as mendapat izin dari Allah SWT maka pergilah Jibrail asdengan mengembangkan sayapnya dan terbang, setiap dia mengembangkan dua sayapnya dia boleh menempuh jarak perjalanan 3000 tahun, terbang la malaikat jibrail as selama 300 tahun sehingga ia merasa letih dan lemah dan akhirnya dia turun singgah berteduh di bawah bayangan sebuah pohon dan dia sujud kepada Allah SWT lalu ia berkata dalam sujud: "Ya Tuhanku apakah sudah aku menempuh jarak perjalanan setengahnya, atau sepertiganya, atau seperempatnya? "Kemudian Allah swt berfirman yang bermaksud. "Wahai Jibrail, kalau kamu dapat terbang selama 3000 tahun dan meskipun aku memberikan kekuatan kepadamu seperti kekuatan yang engkau miliki, lalu kamu terbang seperti yang telah kamu lakukan, nescaya kamu tidak akan sampai kepada sepersepuluh dari beberapa perpuluhan yang telah kuberikan kepada umat Muhammad terhadap imbalan solat dua rakaat yang mereka kerjakan.... ."Marilah sama2 kita fikirkan dan berusaha lakukan... Sesungguhnya Allah S.W.T telah menyembunyikan enam perkara iaitu :
* Allah S.W.T telah menyembunyikan redhaNya dalam taat.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan murkaNya di dalam maksiat.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan nama-Nya yang Maha Agung di dalamAl-Quran.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan Lailatul Qadar di dalambulan Ramadhan.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan solat yang palingutama di dalam solat (yang lima waktu).
*Allah S.W.T telah menyembunyikan (tarikh terjadinya) hari kiamat di dalam semua hari.
SEMOGA KITA MENDAPAT MANFAAT DARIPADA CERITA INI..

Sebuah pemergian..

Sekian lama tidak menulis. Terkadang buntu dan tiada idea untuk menulis di ruang ini dek kesibukan bergelar sebagai seorang mahasiswa. Namun, hari ini ana tergerak untuk mencoretkan sesuatu. Bukan sekadar coretan biasa tapi sebenarnya sebuah kisah tentang sebuah kehilangan...ya kehilangan seorang tokoh ulama' yang cukup disegani. Sungguhpun berita kematian berlaku setiap hari tetapi kita perlu berfikir tentang sebuah kematian yang PASTI akan dihadapi oleh setiap insan dengan kata lain sebagi suatu sunnahtullah. Berbalik kepada sebuah kehilangan yang ana rasa cukup terkesan iaitu pemergian seorang ulama' kita iaitu Dato' Ishak Baharom pada 30 Januari 2007/ 21 Muharram 1429 H. Almarhum Dato' Ishak Baharom dilahirkan pada 1 Januari 1928 di Kampung Batu 22, Kanchong Darat, Banting, Selangor. Ayahnya Haji Baharom bin Jabar, berasal dari Banjarmasin, Sumatra. Manakala ibunya Hajah Fatimah bt Haji Junid berasal dari Melaka. Beliau mempunyai 5 orang adik-beradik. Allahyarham meninggalkan balu, Datin Khalijah Abdullah serta tiga orang anak.Allahyarham mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Kanchong Darat dari 1935 - 1941. Semasa pemerintahan Jepun, beliau tidak dapat meneruskan persekolahan selama 2 tahun. Pada tahun 1945, beliau menyambung pelajaran di di Sekolah Menengah Arab Madrasah Bukit Mertajam, Seberang Perai, Pulau Pinang. Seterusnya melanjutkan pelajaran di Darul Ulum, India.Jawatan terakhir Allahyarham sebelum dilantik menjadi Mufti Negeri Selangor pada 1985 ialah sebagai Mudir Sekolah Menengah Agama Batu 38, Sabak Bernam.Bagaimanapun pada 1997, ekoran fatwa yang dikeluarkannya yang menegaskan pertandingan ratu cantik adalah haram, beliau telah dipecat daripada jawatan mufti walaupun perkhidmatannya baru sahaja disambung.Selepas pemecatan tersebut, Almarhum meneruskan perjuangannya dengan turun ke padang sebagai penceramah dan pendakwah bebas.Almarhum bergiat serius dalam PAS bermula pada 2003 setelah dilantik menjadi Ahli Majlis Syura Ulama' PAS.
Sebelum berita pemergian beliau, ana telah menerima mesej daripada sahabat- sahabat dalam pukul 1 tghari. lantas degan rasa terkejut dan terharu ana terus mem'forward'kan mesej terseut kepada sahabat- sahabat dan kenalan- kenalan seperjuangan. Setengah jam kemudian, ana menerima sebuah mesej lagi yang mengatakan bahawa almarhum belum meninggal lagi. Ya Allah, ana rasa bersalah sangat kerana menghantar mesej tersebut kepada ramai orang. Mesej yang kedua tu ana fowardkan semula kepada mereka untuk membuat pembetulan. Kemudian, seorang sahabat ana menghantar mesej kepada ana, mesej beliau berbunyi " lain kali tolong selidik dulu perkara ni, perkara kematian jangan buat main- main." Terkedu rasanya dan ana rasa berkecil hati. Ana tiada niat pun untuk main- main isu ini. Dalam masa yang sama ana rasa geram dan marah terhadap penghantar mesej yang asal itu. Walau bagaimanapun, berita pemergian Almarhum akhirnya menjadi kenyataan juga lebih kurang pukul 3.05 ptg. Hanya al- Fatihah yang dapat ana berikan. Bersemadilah dikau dengan tenang dengan keindahan taman- taman syurga. Berehatlah setelah sekian lama dirimu berjuang kerana meninggikan kalam Allah di muka bumi ini. Semoga kami yang tinggal di sini tidak gentar untuk meneruskan perjuangan ini sehingga ke hembusan nafas yang terakhir...
draft

Cinta Kopi Masin

Sebuah cerpen yang ana copy paste daripada email..bersama- sama kita hayati...

Dia baru sahaja tamat belajar sebagai seorang doktor di UK. Masih bujang dan tercari-cari seorang isteri sebagai teman hidup. Pada suatu hari, ketika sedang minum di sebuah kedai kopi berdekatan dengan sebuah ma'had tahfiz di Lembah Beringin bersama seorang rakannya yang hafaz Quran, dia terpandang seorang gadis yang sungguh cantik. Dengan wajahnya yang tenang dan penampilan solehah, gadis itu sungguh menawan. Si doktor dan si gadis bertentangan mata, tetapi dengan segera kedua- duanya mengalihkan pandangan mereka. "Astaghfirullah" , bisik doktor itu perlahan. Dia sedar itu panahan syaitan. Si gadis sedang minum-minum bersama dua orang rakannya. Subhanallah, indah sungguh ciptaan Allah ini! Secara tiba-tiba si doktor menjadi gugup, berdebar-debar dan serba tidak kena. Ingin sahaja dia menyunting gadis ini sebagai isterinya. Doktor tersebut berbisik kepada rakannya yang hafaz Quran itu,"kau kenalkah gadis itu?" "Kenal. Dia sungguh berbudi bahasa.Dan masih belum berpunya lagi", jawab rakannya sambil tersenyum memahami. Aduh, bertambah guguplah doktor muda ini! Tiba-tiba, datang pelayan meminta order, dan dia secara spontan berkata"Berikan saya kopi masin!" Semua orang memandang dan melihat aneh kepadanya, termasuklah rakannya, pelayan dan gadis tersebut. Mukanya mendadak menjadi merah, tetapi dia tetap tidak mengubah pesanannya, dan setelah kopinya sampai, dia terus meminumnya. >Kehairanan, rakannya bertanya "Mengapa kopimu mesti masin, sahabatku?" "Saat aku masih kecil. Aku tinggal di tepi laut. Aku sangat suka bermain-main di laut, di situlah tempatnya aku dapat rasakan air laut....masin dan pahit. Sama seperti rasa kopi ini" jawab lelaki ini. Tanpa disedari, gadis cantik yang duduk di meja bersebelahan, mendengar kata-kata si doktor tersebut. Gadis ini terharu. Itu adalah hal yang sungguh menyentuh hati. Perasaan yang begitu dalam dari seorang lelaki yang mengungkap kerinduan akan kampung halamannya. Dia pasti seorang yang menyintai dan begitu mengambil berat akan rumah dan keluarganya. Dia pasti mempunyai rasa tanggungjawab akan tempat tinggal dan orang tuanya. Jika dia seorang abang, pastinya dia seorang yang sanggat menyayangi adik-adiknya. Bertuahlah siapa yang menjadi isterinya. Setelah peristiwa tersebur, si doktor ini meminta rakannya merisik gadis tersebut. Pucuk dicita, ulam mendatang. Setelah mengetahui rombongan merisik adalah mewakili lelaki yang ditemuinya di kedai kopi tempohari, si gadis yang pada ketika itu hampir tamat pengajian di ma'had tahfiz, menerima si doktor ini sebagai teman hidupnya dengan hati terbuka. Seperti kisah cinta yang indah, Allah mengurniakan ketenangan di dalam rumah tangga mereka. Mereka hidup bahagia, saling menyanyangi antara satu sama lain, walaupun tidak mengenali antara satu sama lain sebelum ini. Cinta yang berputik setelah perkahwinan, terus kembang mekar seiring dengan ketaatan mereka kepada Yang Maha Pencipta. Dan setiap kali si isteri membuatkan secawan kopi buat suaminya, dia tidak lupa membubuh sedikit garam di dalamnya, kerana dia tahu, itulah kesukaan suaminya. Setelah 40 tahun hidup bersama, si suami meninggal dunia. Dia meningalkan sepucuk surat buat isterinya. "Sayangku, sepanjang tempoh kehidupan kita bersama, abang telah sentiasa jujur terhadapmu, tetapi maafkan abang untuk satu perkara. Maafkan kebohongan yang telah abang buat sepanjang hidup abang. Inilah satu-satunya kebohongan abang kepadamu - tentang kopi masin. Kamu ingatkah di saat kita pertama kali bertemu? Pada ketika abang sedang minum kopi dengan Ustaz Syakir, di maahad? Abang sangat gugup pada ketika itu. Sebenarnya abang inginkan kopi manis. Tetapi abang telah tersebut kopi masin. Waktu itu abang ingin batalkannya, tetapi abang terlalu gugup di hadapanmu ketika itu, maka abang biarkan sahaja. Abang tidak pernah menyangka itu akan menjadi awal perkenalan kita. Abang telah mencuba untuk mengatakan hal yang sebenarnya kepadamu..abang telah mencuba beberapa kali sepanjang hidup abang...tetapi abang tak sanggup melukakan hatimu..Sekarang saat kamu membaca surat ini, abang sudah tiada. Tidak ada lagi yang perlu abang bimbangkan, maka abang akan menyatakan ini kepadamu: Abang tidak menyukai kopi masin. Tapi sejak mengenalimu, abang selalu minum kopi masin yang kamu buatkan sepanjang hidup abang. Dapat berada di sampingmu adalah kebahagiaan terbesar dalam hidup abang. Jika abang punya kesempatan untuk menjalani kehidupan sekali lagi, abang akan tetap berusaha mengenalimu dan menjadikanmu sebagai isteri abang walaupun abang harus minum kopi masin sekali lagi." Sambil membaca, air matanya membasahi surat itu. Suatu hari, seseorang telah bertanya kepadanya,"Bagaiman a rasa kopi yang masin?" Dia dengan pastinya menjawab,"Rasanya manis sekali" Begitulah kisah bahtera cinta yang antara dua insan, Dalam pelayaran menuju cinta Tuhan. Wallahu a'lam. Simbol cinta menuju ilahi

2008

Alhamdulillah..Allah masih lagi meminjamkan hayat buat diri ini meskipun diri ini sering memungkiri janji padaNYA..

Tahun 2008, hampir 25 tahun kehidupan ana di atas muka bumi ini mengikut perkiraan tahun masihi dan hampir 27 tahun jika dihitung berdasarkan kalendar hijriah..mmg pantas sungguh masa berlalu...tapi, sememangnya ana yang terlalu lambat mengejar waktu..

Kedatangan tahun 2008 menjanjikan sinar dan harapan kepada setiap insan. Dengan berlabuhnya tirai 2007 maka 1428 hijrah juga bakal meninggalkan kita..begitulah putaran kehidupan..proses peralihan waktu akan terus berlaku mengikut sunnahtullah...

Harapan ana pada diri semoga kedatangan 2008 dan 1429 hijrah ini menjadikan ana seorang yang berjaya meraih kecemerlangan dunia untuk bekalan di akhirat..pengalaman sedih dan duka akan menjadi iktibar dan renungan buat diri ini...

" Ya Allah, perbaikilah untukku ugamaku yang mengawasi urusan hidupku, perbaikilah jua untukku duniaku yang menjadi medan kehidupanku dan perbaikilah untukku akhiratku yang menjadi tempat kembaliku.”