Semangat Baru :-)

31 Oktober- Alhamdulillah..diringankan dan dipermudahkan juga untuk datang miting mukhayyam kali ni. Setelah miting kali ketiga barulah dapat menghadirkan diri. Segan juga sebab sering menguzurkan diri. Bukan sengaja, percayalah..huhu. Entahlah, sejak habis study dan duduk rumah ni selalu benar sakit. Demam, batuk, selesema... Jadi takut keluar rumah. Sekarang ni pun still batuk2..ermm..tak pe la ujian ALLAH kan. Banyak dosa tu sebenarnya..

InsyaAllah Mukhayyam kali ni Tawau telah terpilih sebagai tuan rumah so, sebagai tuan rumah aka tuan tanah perlulah kan membuat pelbagai persiapan dan persediaan yang tersusun lagi rapi..cewahh..Seperti biasa, program ni akan diadakan di Madrasah Al- Hidayah Kampung Sungai Imam pada 21hb- 23hb nov ni. Selamat datang kepada wakil2 dari seluruh Sabah :)

Hati sedikit terusik dengan miting kali ni. Bukan sebab terkena tembakan 'tepat' daripada kak Mui ( Pengarah Program) tapi  tercetus semangat baru untuk meneruskan tugas2 dakwah dan jemaah yang sering terabai. Bukan tak sedar, tapi hidup yang penuh dengan pelbagai ragam ni sedikit sebanyak menggugat kestabilan diri..ermm stabil lah sangat..

Dalam ber’miting’ sempat jugalah memerhati pelbagai gelagat sahabat ni. Ada yang cool, busy, serius, wajah berseri2 (siapakah? ), bergurau senda (lama xjumpa la katakan..), mengadap laptop..macam2 ada ( sapa yang tangkap gambar beta tadi masa bagi laporan? Cepat mengaku!! Tak pasal2 jadi diva (pinjam jap ya Ros..huhu) Wajah2 inilah yang kurindui dan diharapkan kita semua istiqamah di atas jalan ini.

Banyak isi tersirat dan main point yang boleh diambil daripada cakap2 Kak Mui tadi..samada bujang, bakal berkahwin dan telah berkahwin kita semua ada tanggungjawab dalam jemaah. Dunia ini sebagai medan ujian( pangkat, harta, keluarga, anak2) dan kita bertemu dengan ALLAH nanti hanya membawa bekalan ini sahaja. Jangan mencipta pelbagai alasan untuk tidak melibatkan diri kelak ALLAH akan jauhkan diri kita dan hanyut daripada perjuangan Islam..Nauzubillahiminzalik..

Syukran Kak Mui atas peringatan tu..

Walaupun ada sahabat yang tak hadir sebab kekangan2 tertentu tapi aku yakin semua dah bersiap siaga menjalankan amanah yang ditugaskan. Dan beta sebagai AJK cenderahati sahaja (baru dapat tau merangkap jadi AJK Riadah (partner dgn aisyah) - macam la tak da orang lain bah J - nanti tak mahu pula orang beriadah bila tengok AJKnya ni..huhu)..Awat awal sangat balik tadi syah? Takpa2 kami faham…hehe..

Apapun, semoga miting kali ni mampu menyuntik kembali semangat2 yang telah hilang..Bak kata sorang sahabatku ni, “bersama kurangkan kontroversi dan tingkatkan prestasi” Baik! Malulah  dengan akak2 yang dah beranak pinak tu kan..mantap je hadir program..Oh , maaf ya Kak Arma, tadi tak datang miting untuk Konvo PASTI (tak mampu pergi dua tempat dalam jarak masa yang kurang setengah jam..) Terima kasih sebab maklumkan tugasan untuk hari kejadian nanti..minggu depan tu..best2..banyak program.

Itu je yang nak cerita. Mudah2an Allah permudahkan urusan kita semua..Ameen..next miting 14 November pukul 10 pagi..bisingnya kenduri kawen di rumah belakang ni (ramai tol artis)...mesti belajar hak2 kejiranan lagi ni....alahai..

Jalan yang panjang

Membaca blog Ustaz Nasrudin Hassan at Tantawi sedikit sebanyak menyentak hati dan ingatan tentang episod sebuah perjuangan Islam yang sekian lama diikuti. Masih ingat lagi ketika masuk ke medan ni lagu2 mendidik jiwa ( nasyid) sangatlah berkesan sehingga menitiskan airmata sebab insaf (sekarang ni menitis juga la tapi bukan sebab insaf tapi..fikir2lah sendiri ya..) Walaupun lagu2nya agak kurengg sikit (abang aku yang cakap ya..) sebab tak gunakan banyak alat muzik (kompang, ketuk2..huhu- tak reti explain nama2 benda tu) tapi membantu menumbuhkan benih2 mahmudah dalam diri. Lagu2 daripada Nahwan Nur, The Zikr, Nada Murni, Suara Firdaus menjadi pilihan masa tu sebab kemunculan kumpulan nasyid kontemporari ni belum ada lagi. Lagu2nya banyak berkisar tentang perjuangan, ukhuwah, alam, dan kembali kepada Allah.. sangat indah untuk dihayati lirik lagunya ( masa tu dalam sekolah  menengah  lagi).

Kalau dulu, sanggup berjalan kaki semata- mata pergi usrah yang letaknya di hujung bandar Tawau (masa tu pejabat tu sangatlah kecil)  Duduk bersesak2 dengan baju sekolah (balik dari sekolah lepas tu terus pi usrah- berani sungguh!). Dengar kuliah, tazkirah dan sebagainya. Program sana sini. Tapi hari ni semua inginkan keselesaan (aku lah tu) Jalan jauh pun dah tak sanggup (fizikal yang tidak mengizinkan ..hehe). Ukhuwah pun mantap sehinggakan wujud suatu nama "raudhah inteam" sebagai simbol persahabatan yang utuh antara kami. (soalan exam..adakah raudhah masih wujud? huhu..boleh jawab ikut suka hati) Namun, hari ni semua dengan hidup masing2  (ada kerjaya dan tuntutan masa sendiri)... Tapi tak apa, masa ada program Insya Allah kita jumpa  juga tapi naik kereta dan kenderaan masing2 la (aku jer yang masih menumpang..blum keja..hehe) Wajarlah diingat kembali zaman itu sebagai penguat dan pencetus semangat yang semakin merundum dalam diri. Nisa' pun ada sebagai platform kan..pun boleh kalau nak masuk  Muslimat :)



Airport lama- pi hantar c mirah ke mana tah..hehe



 kenangan xpdc dakwah



 rebranding Nisa'



rombongan cik kiah beraya :)


Zaman ni pula adalah zaman yang berhubung dengan sms, YM, facebook, friendster...Boleh dikatakan ramai juga dalam kalangan kita mempunyai blog (bukan blok ya..) masing2. Alhamdulillah...semua ini diharapkan akan mengembangkan lagi dakwah dan ukhuwah kita. Kita sangat mengharapakan agar menjadi mukmin yang memberi manfaat kepada orang lain kan..

Berbalik kepada tulisan oleh Ustaz Nasrudin Hassan at Tantawi. Antara yang menarik dalam tulisan beliau tentang pemuda/i hari ni wajar kita fikirkan bersama;

16. Memang aneh cara kita berjamaah di zaman moden ini . Hilang "umph" dan yang timbul ialah rasa curiga mencurigai antara satu sama lain . Suasana senantiasa tegang dan panas . Bila - bila masa boleh mencetus perbalahan . Masing - masing dok tunggu tuning point sebagai masa nak bertindak .


17. Hati kita menjadi jauh walau kita sepejabat . Sorotan mata bila memandang sesama kita kering kontang tanpa nilai ukhuwwah dan kasih mesra . Seperti merenung musuh , kalau tidak pun seperti menaruh rasa jengkel dan benci sesama kita . Ada sahaja yang tidak kena dan hati senantiasa tidak puas .


18. Rasa hormat sesama kita sahabat seperjuangan semakin pudar semangat khidmat kepada jamaah juga semakin luntur . Bertindak dalam paksa jangan sampai orang kata kita tidak buat kerja . Kemanisan dalam melakukan kerja dan tugas jamaah tidak terasa , kalau pun masih terasa hanya sekadar manis - manis buah jambu separuh masak atau sekadar manis gula Melaka .


19. Terma - terma asas perjuangan Islam seperti jihad , negara Islam , hudud , mukhayyam tarbawi , usrah , harakah Islamiyyah , naqib , ukhuwwah fillah dan lain - lain kini sukar untuk dilafaz kepada umum . Kalau menyebutnya juga akan dikatakan tidak bijak , tidak kena timing , keterlaluan , non muslim tidak akan mengundi kita , kolot dan macam - macam lagi sms akan masuk menempelak .
.......bersama kita renungkan........

Rupanya Allah masih ingin terus menguji kita untuk melihat sejauh mana keikhlasan dalam berjuang. Diri yang bercakap ni pun memang masih belum layak lagi digelar pejuang ( diakui 100%..). Sekian lama menempatkan diri dalam jemaah tapi masih kurang mengerti peranan yang sepatutnya akibat melebihkan  tuntutan duniawi daripada ukhrawi (nauzubillah min zalik )...

Peristiwa- peristiwa yang Allah datangkan kepada umat Islam hari ni khususnya pada jemaah kita meletakkan suatu keyakinan bahawa kita ni masih ingin ditapis sampai ke akhirnya. Justeru, jangan merasa optimis meskipun dalam ketaatan (selalu gunakan frasa ni- sangatlah tak ada idea bila di minta berkata- kata :p )

Kita letakkan seluruh keyakinan kepada Allah atas fitnah yang berleluasa hari ini. Sama- sama kita memohon agar diselamatkan daripada fitnah dunia dan berlindung serta berlepas tangan daripada golongan yang zalim.

sesungguhnya segala yang baik itu daripada ALLAH jua..

.........pssttt...entry kali ni serius sikit..huhu





Buat Diriku





” ….. Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui. ”
(Surah Al-Baqarah ayat 216)



Kenangan SMKTK

Buat sahabat2 dan rakan2 sekampus yang telah dapat posting, tahniah ya! Semoga menjadi guru yang cemerlang dunia wa akhirat dan jadi contoh terbaik untuk para pelajar. Bagi yang belum dapat posting (aku la tu..) bersabarlah sebab Allah dah tentukan rezeki buat para hambaNYA..banyak perancangan Allah yang kita tak ketahui ( sedih gak ni...huhu).

Maybe aku posting di sekolah rendah sebab minor yang aku ambil masa di kampus dulu sama la dengan beberapa orang coursemate. Aduhai, tak retinya aku mengajar budak sekolah rendah ni..sabar je la..praktikal pula di sekolah menengah. Alahai KPM...

Bosan tak tau nak buat apa so, saja la ingin bercerita pasal kenangan LM dulu (dah basi pun...) seronok kalau kenangkan...

Gambar ni merupakan rakan2 praktikal ( USM istilahkan sebagai Latihan Mengajar) di SMK Taman Kenari,Kulim.


Dari kiri gambar Fath, Cik Gie, N, Nurul & Erni..dorang ni memang sangatlah 'nakal' kecuali Fath  (dia rajin cover kalo cik gie dibuli..huhu).


Budak bertiga ni pula memang suka sakat aku. Dari rumah sampai sekolah memang tak habis2..sabar je..memang tak patut dorang membuli seorang kakak seperti aku ni! Tapi, aku x amik hati pun..bergurau je kan. Kalau tak sunyi hidup kami sepanjang 4 bulan tu..

Alhamdulillah...dorang semua ni posting di negeri masing2. Fath & Nurul di Kedah, N pula di Johor.. Insya Allah aku ngn Erni pun posting di sini gak (Sabah)..Tapi, kesian gak dengan fath sebab terpaksa duduk berjauhan dengan husbandnya. Sabar ye Fath. Memang seronok masa LM ni. Macam2 hal dapat belajar. Tak dapat nak cerita semua dan akan menjadi kenangan berharga sepanjang hidup.. rindunya...


     KOT SMKTK- Husna, Nurul, Cik Gie, Lia, N, Miza, Erni (depan), Kak Aini, Kak Haslina (akk ni x expect bgmbr pn)



Dalam bilik guru- N, Erni, Cik Gie, Husna, fath, Kak Aini (depan) 


Memang suka bergambar semuanya. Selain kami berlima, kami gak rapat dan 'geng' dengan guru2 GSTT dan guru baru posting..maklumlah semua bujang lagi (fath dah kawen skg..)

Di bawah ni gambar dengan pelajar2;



1 Iltizam (letih mintak depa duduk diam!)



4S1- round sekolah pi bgmbaq

Buat pelajar2 4S1 dan 1 Iltizam (2009) di SMKTK yang mungkin terbaca dan terjumpa blog ni, terima kasih atas segalanya. Terima kasih juga sebab masih contact cikgu, hantar sms, email dll. Maaf kalau cikgu tak berkesempatan membalas dan menjawab semua tu. Semoga kamu semua menjadi insan cemerlang sepanjang zaman.

Dan mengakhiri cerita LM adalah gambar semasa hari terakhir di SMKTK..
Bergambar dengan yang sempat dan sudi je..segan kami nak lebih2..hehe



sebelum balik dan membawa harta benda yang berkenaan...



Dengan Kak Ti & Pn. Khor di Library ( Ofis Kak Ti)
sedap nasi dagang kak Ti..

Thanks SMKTK..

Prestasi Hidup Yang Merundum..

Tidak banyak yang boleh diharapkan dalam hidup yang tak pasti ni. Dengan kata lain langsung tidak ada kebaikan yang dapat dibanggakan. Setakat berprogram, miting, usrah, dan amalan2 wajib serta sunat yang sangatlah kurangnya. Tambah2 lagi dengan dosa2 hati, mata, lidah dan kesemua anggotalah. Sepatutnya semakin meningkat usia, makin banyaklah amal kan. Realitinya begitu..Berani betul buat dosa kan..kenapa? Jawapannya ada pada diri masing2..
 




"Ya Allah ampunkanlah dosa- dosaku yang menyebabkan aku makin jauh daripadamu,
Aku memohon ketakwaan kepadaMU, aku minta padamu kesucian lahir dan batin dan istiqamahkanlah aku pada jalan yang telah Engkau tunjuki ini.."

Atas permintaan Mar (UPI- Nisa' Tawau) yang mahukan aku menggantikan tempat naqibah  grup ni ( naqibah dorang tengah berkursus) aku gagahkan juga walaupun dalam segala kelemahan. Terasa sangat  bodoh betul diri ni bila diminta bagi pengisian buat adik2. Segalanya tersingkap. Memang Allah nak tunjuk. . Rasa bercelaru je dengan apa yang aku sampaikan. Dalam serba kekurangan diri dan dosa yang menimbun aku cuba buat yang terbaik sebagai peringatan adik2 dan diriku yang paling utama. Bukan mudah untuk aku mengilap dan mencari butir2 ilmu, menyusun bicara yang sesuai agar mereka faham. Kelam dan samar yang  aku nampak. Ya Allah, nampak sangat aku tak beramal dengan ilmu2 tersebut. Memang lost masa bagi penyampaian. Teruk kan..prestasi hidup yang merundum!!


Mohon sangat pada Allah agar segala yang aku cakapkan tu tak sia2 dan cakap kosong.Teringat dan takut dengan teguran Allah dalam Surah as- saff: 2-3;

"Wahai orang-orang yang beriman! Mengapa kamu memperkatakan apa yang kamu tidak melakukannya! Amat besar kebenciannya di sisi Allah (SWT) kamu memperkatakan sesuatu yang kamu tidak melakukannya"

Dushh!!  Memang terkena betul dengan ayat ni. Ya Allah..ampunkanlah aku..banyak betul dosa- dosaku ni..
Memang senang cakap itu ini tapi pengamalannya memang payah, tak hairanlah kalau perkara yang aku cakap dan bagi hari Jumaat lepas dengan budak2 tu dorang tak faham dan mungkin tak  boleh terima..

Memang kena bersihkan hati sekarang ni. Bila hati dah karat macam aku ni memang kena taubat banyak- banyak la kan. Kepada sesiapa yang masih menyayangiku ni, tolong doakan aku ya..doa agar selalu dalam kebaikan. Ameen.

Entri ni luahan hatiku sebenarnya. Syukurlah Allah masih beri kesempatan untuk sedar kesilapan, muhasabah diri dan sentiasa waspada kan..Alhamdulillah... Bayangkan tiba- tiba Allah tarik nyawa, memang free je masuk neraka walaupun memang tak confirm lagi masuk syurga.

Apapun, hidup ni memang perlu, selalu dan wajib berharap pada Rahmat Allah. Amalan pun tak confirm lagi diterima. So, memang Rahmat dan Keredhaan Allah yang utama. Maaflah, aku tak pandai sangat guna ayat2 puitis ni walaupun masa di kampus aku ambil Pengajian Bahasa Melayu. Blog ni pun bukan best macam blog2  orang lain..huhu

Semoga hari2 yang kulalui ada kebaikan dan manfaat sebagai bekalan untuk  PerjalananKeDestinasiHakiki...Lirik lagu ni, antara yang paling aku suka sebab ada  unsur2 yang mendidik jiwa..bukan jiwang2 ya.
Lagu daripada kumpulan Zulfan ( Bahtera Hamba) Sapa yang nak lagu ni bagi email, ok..
Nyanyilah untuk diri sendiri dengan perasaan penuh syahdu :)

Sukar berlabuh sebuah bahtera keinsafan
Memberanikan aku sebagai nakhoda
Di laut yang luas gelombang yang datang
Menghanyutkan segala kemudi ke dasar dosa...


Kucekalkan diriku bergapaian air mata
Meluncur bahtera ke pulau redha
Kupasrahkan hatiku meredah gelombang cinta
Yang buar menggunung menghempas dosa...


Kalau tiba ke pantai putih hamparan pasir permaidani
Terbentang luas rahmat dan kasih sayangMu


Kembali bertawajuh di pulau yang redha ini
Kuhindarkan naluri segala mazmumah diri
Kealunan lautan bertiup bayu kesempurnaan
Di taman itu jiwa bersemadi....


Jernih danau nurani bersih
berwudhu'air mata yang gugur
Menyerah diri kepada Allah
Mendamba kasih menghina diri
Syukur hamba dengan keinsafan
telah berhijrah akan diriku
Di bawah naungan keampunan
Hidup matiku hanya untukMu....

Catatan sepiku..
wassalam...


Wajah Baru

Gumbira rasanya blog dah bertukar wajah..thankz and kredit wat my adik, Hidayat. Buat susah je..huhu.
Nanti kalau akak dah bosan dengan blog ni, boleh tolong tukar layout baru lagi ya:) Tak rugi sebenarnya berbuat baik dengan kakak sendiri ni. Insya Allah ada ganjarannya.
Balik kampung nanti kakak belanja makan nasi kuning yang mak buat ya...lala..
Gud luck exam!!!

Ceritaku..

Alhamdulillah..

Tadi sempat dan diizinkan juga aku menghadiri konsert kesenian Islam di Dewan Masyarakat Tawau. Konsert dimulakan dengan Alunan zikir Asma-ul- Husna. Semangat semuanya. Baguslah, bersama kita agungkan nama- nama Allah yang indah. Persembahan pertama adalah nasyid daripada adik- adik PASTI Merotai. Comel je tengok budak- budak tu menyanyi. Suara solo dia sedap patutla jadi juara masa ihtifal PASTI hari tu. Diikuti dengan nasyid daripada Unit Amal dan pelajar SMK Balung (eh, xingat siapa dulu punya persembahan- UA then SMK Balung or SMK Balung then UA) Khusyuk sangat tengok persembahan sampai terlupa. Lepas semua dah selesai barulah Ustaz Nazrey muncul. Masa ni ramai dah yang keluar masuk. Budak- budak pula berkejar- kejaran. Biasalah budak- budak cepat bosan ( ala, yang bukan budak pun sama jer..)Majlis berakhir seperti dirancangkan, kami keluar awal sebab esok abangku exam. Kesian pula dia. Tapi, dekat setengah jam gak tunggu sebab dia hantar sapa tah balik rumah. Kalau tau, duduk je di dalam sampai dia call. Nak masuk dewan balik, malu la pula. Akhirnya, kami pun balik bersama penonton- penonton lain. Sabar je lah.

Dalam merancang sana sini (sebelum menghadiri konsert), akhirnya sampai gak aku dengan bondaku. Bukan apa, ada sikit masalah pasal pengangkutan tadi. Maklumlah tak da keta kan. Keta yang ada pun keta mainan je..huhu. Kebetulan abangku balik rumah (dia tinggal di rumah mertuanya di Semporna) sebab dia ada exam jabatan esok. Jadi, dengan gembira dan konfidennya aku cakap aku pi dan janji dengan sahabatku, Kursiah. Petang tadi tetiba dia mesej bagitau dia tak bawa kereta sebab dia bawa helikopter eh silap dia naik van jabatan secara berjemaah dengan kawan2nya. Sedihnya..dalam fikiran, tak dapat la aku tengok konsert malam ni.

Aku pujuk je hati ni( skg ni kena pandai2 la pujuk diri sendiri kan)Aku pun mesej dan bagitau cik SU LPP aka Kursiah tu aku tak dapat pi. Tak payah la tunggu dan janji di mana2. Dia tu offer gak amik aku tapi aku ni memang tak suka menyusahkan orang dan aku tak suka orang susahkan hidupku ni..hehe..terima kasih banyak2 ya..Bagi aku, jika Allah izinkan hadir memang tiada yang mustahil (jangan tak tau, ini motto desasiswaku dulu). Sambung balik, tak lama lepas aku bagitau dengan cik SU tu abangku pun call semula. Dia tanya betul ke aku nak datang konsert tu( bila pulak la aku buat lawak dengan dia ni)aku jawab, betul la dan nak bawa mak sekali. Dia cakap okla, dia pinjam keta kawannya. Alahai segannya...Rupanya kawan yang dia cakap tu orang kampung kami juga. Budak2 yang pernah join aktiviti masjid dan kompang sekali. Okla, kurang la sikit rasa segan dengan dia. Takpa, dia muda dari aku..motif?haha..

Seronok dan bersyukur dapat hadir malam ni. Terimbau saat2 menghadiri konsert- konsert nasyid masa di kampus dulu. Kalau di kampus dulu, yang hadir majoritinya pelajar kampus sendiri terutamanya muslimat la. Muslimin ada juga tapi tak la sebanyak kerusi2 yang ada di dewan. Memang muslimin pilihan la yang datang konsert macam ni.

Konsert malam ni terasa perbezaannya sebab dihadiri oleh segenap lapisan masyarakat. Macam2 ada. Kehadiran juga sangat menggalakkan. Tiket pun murah je..RM3. Kalau tak mau datang juga memang la. Bukan senang kita mempromosikan hiburan Islam ni dalam masyarakat sebab masyarakat kita khususnya di Sabah ni kurang penghayatan Islamnya. Mudah2an dengan konsert dan program- program yang dianjurkan ini akan menyemai kembali benih- benih iman dan Islam dalam diri semua masyarakat khususnya di Tawau ni.Ameen. Tahun depan buat lagi ya.

Dalam dewan tadi tak dapat jumpa semua sahabat. Ada yang duduk dengan famili, macam aku duduk dengan mak. Ada yang duduk di kerusi bawah, atas dan suka hati la selagi tak bercampur dengan muslimin. Kalau dulu, ke mana2 mesti dengan 'geng'. Sekarang ni dapat jumpa seorang dua sahabat duduk sama2 pun dah kira beruntung . Tapi x pa, masa program kita jumpa na.

Masa kumpulan UA buat persembahan tadi, mak tiba2 sebak dan sedih. Rupanya, mak teringat dengan adikku di UKM sana. Sama je kan fesyen adik- adik muslimin ni sebab tu la mak terkenang- kenang anak bertuahnya tu. Memang mak seorang yang sentimentel sikit. Mudah mengalirkan airmata lebih2 yang melibatkan anak- anaknya. Bertuah badan dapat mak yang selalu ambil berat pasal anak- anaknya ni. Alhamdulillah. Lein entry, kita cerita pasal ibu bapa pula ya.

Ermm..dah habis cerita untuk malam ni. Mata pun dah mengantuk. Walaupun bergelar penganggur kena bangun awal juga. Jangan mengada- ngada. Sekalung tahniah buat semua yang terlibat menjayakan konsert pada malam ni. PASTI, PAS KAWASAN, Unit Amal, Nisa' (Nisa' tlong apa ya?) dan sesiapa saja. Semoga semua ni diterima sebagai amal soleh di sisi Allah. Tak tangkap gambar pun. Malas bawa kamera. Tunggu update daripada sahabat2 lain. PASTI ada gambar. Ok..Selamat Malam.
Wassalam..

Pintu Oh Pintu

Assalamualaikum...

Malam semalam tdo lewat. Bukan apa, bz ber'FB' ( apakah itu?).
So, subuh tadi xdapat sedar sdri( xsedar diri!). Alhamdulillah..tiba2 terdengar suara ayahanda yang mengejutkan untuk bersolat subuh.

Bila nak buka pintu bilik..alamak..tombol pintu ni rosak. Macam mana ni? (Memang tombol pintu bilik ni dah rosak) Kesimpulannya, terkunci dari dalam. Panik gak..Tapi, buat2 tenang. Percubaan membuka pintu secara try & error dilakukan. Lepas 10 minit xboleh gak buka, mulalah menjerit memanggil ayahandaku sambil mengetuk2 pintu (biasanya org ketuk pintu dari luar, kali ni padan muka)..huhu..Malunya..Mak plak gelakkan aku.

Pintu oh Pintu...

Hujung Minggu..

Alhamdulillah..hujung minggu ni terisi lagi dengan program bulanan DMPKT. Program yang diadakan di PASTI Taman Ria minggu ni ramai gak la yang datang. Tapi, agak sunyi sikit sebab ketiadaan sahabat2 akrabku yang sibuk berkursus. Mujurlah masih ada 2- 3 orang sahabat akrabku yang hadir termasuk teman sekampusku, Ernizah namanya. Kalau tak "kering" gak la sebab adik2 dan bonda- bonda yang ramai memeriahkan. Kurang sikit la "aksi" kami kali ni. Bukan apa, hujung minggu mcm ni je boleh berjumpa sebab semua sibuk bekerja kecuali aku yang masih dengan title penganggur.


Program kali ni mcm juga bulan2 sebelumnya. Masih sempat lagi merasa kuih raya walaupun dah penghujung syawal. Pada keesokan harinya selepas solat subuh berjemaah, sedikit pengisian tentang hari kiamat dan tentang hidup manusia di dunia yang disampaikan oleh ustazah Rahimah. Terkesan, insaf dan terfikir gak tentang hidup yang singkt ni..huhu..mudah2an tak terleka dengan kehidupan dunia yang sementara ni.

Hari seterusnya terisi lagi dengan program 3P di Kampung Airport Lama...rasa2 ada tak kampung- kampung di Malaysia ni yang nama sama mcm kampung yang kami singgah ni kan?huhu.


Kampung ni berdekatan dengan lapangan terbang sebenarnya. tapi, lapangan terbang tu dah dipindahkan sebab risiko kepada penduduk kampung selepas dua tragedi kalau tak silap yang melibatkan kapal terbang terhempas di bandar Tawau ni. So, nama kampung ni bersempena kedudukannya bersebelahan airport Tawau yang lama. Sekian dimaklumkan:).


Program kali ni rentetan drpd program2 sebelum ni. Banyak lagi sebenarnya program yang diadakan oleh DMPKT, DPPKT selain Nisa' dan Unit Amal di Tawau ni. Kalau nak tau latest dan update prgrm kunjungi blog ni ( Boss, aku letak blogmu ya..huhu)


Erm..Keputusan posting dah tau. Tahniah buat rakan2 yang berjaya. Nampaknya belum rezekiku lagi dengan rakan2 yang lain. KPM suruh tggu lagi sementara drg proses nama. Sabarlah duhai hati:( Sedih tu memang la tapi sbg org yang mengaku beriman kepada qada' dan qadar kena terima dan hadapi semua ni dengan penuh kesabaran. Sabar itu kan indah...huhu.
Terima kasih buat sahabat2 yang selalu mendoakan buat diri ini:) Teringat lirik lagu best daripada kump NiCe;

Bila kesusahan
terasa hidup terlalu payah
berbagai persoalan menerjah
baru minta petunujk hidayah

Usah berputus asa
kerana ada Rahmat disebaliknya
yang tidak kita ketahui
dalam hidup ini teruslah berdoa
pada Allah Pengasih, Pemurah dan Penyayang




Rasa nak menangis je bila taip lirik lagu ni..huhu. Xpa2..Allah yang terbaik buat hambaNYA. Semoga keputusan postingku nanti adalah yang baik untuk agamaku, perjuanganku, diriku dan juga keluargaku..Ameen.


Tu je la yang nak cerita. Rabu ni ada konsert Nazrey Johani..xtaula dapat dtg ke x..harap2 dapat datang tapi tiket xbeli lag..cmna tu?

Segalanya KehendakMU

Bagan Pinang malam ini menyaksikan kemenangan dan pesta besar BN selepas diumumkan memenangi prk dun kali ini. Tan Sri Isa Samad yang mewakili BN telah mendapat majoriti besar mengalahkan calon PAS, Zulkefly Mohamad Omar.

Memang pedih untuk diterima oleh para penyokong dan pendokong PAS selepas memenangi beberapa prk di beberapa DUN. Apapun, inilah hakikat yang perlu diterima. Menang atau kalah adat bertanding. Episod demi episod perjuangan yang dilalui oleh PAS menyematkan azam dan tekad Islam PASTI gemilang. Kalah hari ini tidak bermakna perjuangan akan berkubur . Ada muhasabah yang panjang untuk semua khususnya bagi para pendokong gerakan Islam.

Rafa'kan kesyukuran pada Allah kerana ada izinNYA utk kita terus berjuang sebelum kita kembali kepadaNYA. Nyata tugas dakwah ini tidak semudah yang diduga dan sesukar yang kita jangka. Ada misi yang lebih besar menanti kita semua. Buat semua pejuang, yakinlah kita takkan selamanya berduka kerana ada janji yang PASTI. Teruskan perjuangan untuk menegakkan DIN wa Daulah..ALLAHU AKBAR!

Mendoa'kan Kemenangan Untuk Islam

TELOK KEMANG, 11 Okt: 13,644 pengundi sah Bagan Pinang mula membuat undi pagi ini dengan lebih 95 peratus pengundi pos yang berjumlah 4,604 pengundi berdaftar telah selesai mengundi hingga semalam. Mereka akan menentukan samaada calon Pakatan Rakyat dari PAS, Zulkefly Mohamad Omar atau calon Barisan Nasional (BN) dari Umno, Tan Mohd. Isa Samad pilihan majoriti rakyat pantai peranginan Port Dickson ini.

Sumber:
http://www.harakahdaily.net/




Dengan doa' segalanya akan berubah. Itulah harapan warga Malaysia khususnya penduduk di Bagan Pinang yang bencikan kezaliman dan kebejatan moral. Semoga doa'- doa' yang dipanjatkan oleh setiap daripada kita mampu memberikan kekuatan dalaman kepada para petugas yang berada di Bagan Pinang. Semoga setiap titisan keringat, airmata dan darah yang mengalir mendapat nilaian di sisi ALLAH. Bersama kita teruskan doa' dan pengharapan kepadaNYA untuk PR ini. Semoga PR DUN ini akan berjalan lancar dan BERSIH daripada segala KEKACAUAN.

Selamat mengundi!

Tidurlah Mata

Sudah pukul 12.31 malam. Sepatutnya telah tidur. Tapi, malam ni susah betul lena. Macam- macam urusan dunia yang difikirkan...alahai...tak mau la macam ni...lepas taip entry ni harap- harap boleh tidur ya. Serahkan semua urusan pada Allah. Teringat kata- kata daripada Prof. Dr. Hamka;

"Andai kita rasa sempit dengan dunia ini, berdoalah kerna langit di sana terbuka luas"


Selamat Malam;
catatanku...
12.37 malam

Tentang Hati

Persoalan2 tentang hati sering berlegar di sekeliling kita selagi kita bergelar insan. Besarnya peranan hati ini sehingga mampu menjadikan seseorang individu itu kuat dan mampu untuk terus bertahan dengan segala macam ujian, musibah dan kesedihan yang diberikan kepadanya. Hati yang kuat mampu untuk menahan badai kehidupan yang sesekali menjerumuskan manusia ke dasar yang agak dalam.





Sepanjang berjinak dengan dunia ber'blog' ( xpasti jika ada imbuhan awalan yang boleh diletakkan dalam frasa ini..ceh, kunun) banyak sekali curahan hati serta perasaan yang diluahkan yang sesekali mengundang airmata si pembaca . Mungkin bukanlah niat blogger itu untuk memancing kesedihan orang lain tetapi mungkin itulah caranya melerai kekusutan dan kepiluan hati yang sedang bermukim. Jadi, tidak hairanlah jika nama pena seperti "Bicara Hati", "Cetusan Hati", "Hati Berbicara" dan seumpamanya (sekadar menyebut beberapa contoh) menjadi ilham tulisan untuk para blogger. Persoalannya, mengapa hati?

" pandangan mata selalu menipu pandangan akal selalu tersalah pandangan nafsu selalu melulu pandangan hati itu yang hakiki kalau hati itu bersih..."
" Hati tempat jatuhnya pandangan Allah, jasad lahir tumpuan manusia utamakanlah pandangan Allah daripada pandangan manusia..."


Menghayati lirik lagu daripada kumpulan nasyid hijjaz ini sedikit sebanyak boleh memahami dan menjawab beberapa persoalan yang sering dimonologkan. Wajarlah ESQ 165, Manajemen Qolbu (MQ) yang menjadi sebutan tika ini tampil untuk menyelesaikan urusan hati yang dialami oleh umat manusia pada hari ini. Proses pembersihan hati, hubungan sesama manusia, dengan alam dan yang utama dengan ALLAH serta modul- modul yang digunakan sangat menarik untuk diketengahkan (pernah join MQ je..)





Teringat kepada seorang sahabat yang berada nun jauh di Penang (siapalah agaknya tu..) yang sering memberikan mesej tentang hati dan jiwa- jiwa (bukan jiwang- jiwang ya) pabila kurasakan diri ini sedih dan kecewa. Antara mesejnya yang masih lagi disimpan tika ini...

"biar pun sepinya perjalanan ini...di kiri kanan kutulis ayat2 cintaMu sebagai azimat rindu pengubat dariMu, cinta suciku ini sedang kumekarkan di kalbu..terima kasih ya Allah kerana memilih kami untuk diuji..."

Pesannya lagi...

"Hati penting peranannya dalam dakwah dan perjuangan. Selama ni kita selalu cakap tentang perjuangan dan kesampingkan masalah hati..rupanya kita silap...berapa ramai sahabat2, anak usrah dan orang yang hampir dengan kita telah menjauh dek kerana hati yang luka, terguris dan kecewa? tidak kurang juga yang 'lari' dari kita kerana sudah tak ada hati lagi pada usrah, program dan sebagainya..kenapa? sebab hati itu tempat jatuhnya sifat2 mahmudah dan mazmumah. Hati kena selalu bersih barulah Allah akan tolong kita dalam dakwah dan perjuangan..mungkin kemenangan Islam itu masih jauh sebab ada masalah2 hati kita yang x settle lagi.. "

Ada isu dan mesej daripada kata- kata sahabatku ini untuk sama2 kita renung2 dan fikirkan..tepuk dada tanya iman...

P/S: Insya Allah lepas ni baik utk kita sertai dan anjurkan bengkel pembersihan hati..setuju?

Makna Ejaan Pada Nama

Cuba eja nama anda. Kemudian lihat siapa anda jika mengikut firasat di bawah ini:



A – anda boleh jadi terlalu pendiam bila sesuatu ada dalam fikiran anda.
B – anda selalu berwaspada bila bertemu kenalan baru.
C – anda ada kelebihan, jangan malu mempamerkannya.
D – anda ada masalah dalam mempercayai orang lain.
E – anda sentiasa seorang yang exited (ghairah).
F – semua orang menyayangi anda.
G – anda ada cara sendiri untuk menilai manusia.
H – anda bukan seorang judgmental, kurang otak keadilan.
I – anda mudah senyum dan boleh membuat orang lain senyum.
J – anda seorang yang cemburu.
K – anda suka mencuba perkara-perkara baru.
L – anda sangat percaya dengan cinta dan mudah tenggelam ke dalamnya.
M – kejayaan mudah datang kepada anda.
N – anda suka bekerja, tapi selalu mahukan kerehatan.
O – anda seorang yang berfikiran terbuka.
P – anda seorang yang mudah berkawan dan mudah memahami.
Q – anda seorang hipokrit.
R – anda seorang yang gemar sosial.
S – anda sangat broad-minded (fikiran terbuka).
T – anda ada sikap canggih, amat canggih.
U – anda merasakan anda ada ciri-ciri istimewa setanding dengan orang lain.
V – fizikal anda baik sekali.
W – anda suka menyendiri.
X – anda tak akan benarkan orang bagitahu apa yang patut anda buat.
Y – anda selalu penyebab pada banyak masalah.
Z – anda selalu bergaduh dengan seseorang.

Tak semestinya betul, harus salah. Sekadar suka-suka dan mungkin panduan untuk mengenali diri sendiri dan juga orang lain. Ikut pemerhatian saya selalunya ada kena mengena dan betul. Jika betul itu kebetulan, jika salah itu juga kebetulan. Yang betul dan baik rangsang terus, yang salah dan tak baik gantikan dengan yang baik atau hapus terus.
- Dr. Hm Tuah Iskandar Al-Haj -


Contohnya:

R – anda seorang yang gemar sosial.
O – anda seorang yang berfikiran terbuka.
Z – anda selalu bergaduh dengan seseorang. (iya ke?huhu)
I – anda mudah senyum dan boleh membuat orang lain senyum

P/S: ni cth je tau..

Sumber:
http://soleh.net/2007/08/17/makna-ejaan-pada-nama/

Nikmat Sihat Yang Jarang Disyukuri...

"Maaf xdpt hdr miting, ana demam"
"demam ba aku"
"salam dgn sahabat2 ya, insya Allah next miting kita jmp"
"xsihat aku..."

Assalamualaikum...

Itulah antara mesej yg sempat kuberikan pada beberapa orang shbtku..bagi yang dah lama bersahabat dan benar2 mengenaliku, aku adalah antara yang sering diserang demam, batuk dan selesema (insya Allah bukan H1N1 ya..) antibodiku lemah! (nampak je sihat..memang tersangatlah sihat pada pandangn fizikal tanpa ragu lagi a. k. a gumuk..hehe)

Pernah suatu ketika semasa di tingkatan 5, guru kelasku ( Cikgu Mohd. Tazri) bertanya adakah aku minum susu ibu semasa kecil lantaran selalu mc. Mungkin cikguku ni pun hairan dengan studentnya yang sorang ni selalu sangat demam. Soalan ni kalo fikirkan memang mcm lawak. malu gak aku masa dia tanya tu. Maklumlah, dah form 5 baru ada soalan sedemikian.

Kesimpulan yg dibuat oleh Cikgu Tazri (glamer la cikguku lepas ni..hehe) bahawa aku memang xminum susu ibu sebab orng yang minum susu ibu ni jarang sakit..bla..bla..(byk la teori2 sains yang dia keluarkan walaupun dia tu guru BM...) Bila aku tanya pada mak, mak cakap memang masa aku masih baby lagi, aku xmau dan akan muntahkan semula susu ibu(cian mak, ampunkanlah dosa anakmu ini...) Jadi, mak pun bagi la aku minum susu lembu..senang cerita..

Pada bulan Ramadhan lepas pun aku diserang demam dan kali ni di bulan syawal. Niat ingin berpuasa sunat syawal masih lagi tertangguh..sabar je la..bila nk puasa ni?

"Ya Allah sihatkanlah aku agar aku boleh meneruskan langkahku ini di medan juang bersama- sama sahabat- sahabiahku.."

Hakikat kehidupan manusia, jarang dan kurang syukurnya bila mendapat nikmat. Sebab tulah kita sering diingatkan 5 perkara sebelum datangnya 5 perkara yang selalu kita baca dan dengar (ada sapa2 yg xtau, boleh dengar lagu Raihan atau tanya mereka yang pakar, ok?) Justeru, Allah berikan ujian dan kesakitan agar manusia sentiasa ingat dan mengadu pada Allah. Di samping tu, Allah akan hapuskan dosa- dosa kecilnya..amin.

Jadi, peringatan utk diri sendiri supaya selalu jaga kesihatan. Tapi, kalau masih sakit juga, faham2 sendiri la kan..jangan doa' je, ikhtiar pun perlu dengan izin Allah..ceh, panjang plak huraiannya..pun boleh..hehe

Oklah. Nanti cite lagi..malas dah menaip. Al- maklumlah kurang sihat lagi..uhuk..uhuk (batuk)..Moral of the story; susukanlah anak anda sendiri, jangan biarkan mereka2 yang tak berhak menyusukan anak anda..ok.