Selamat Pengantin Baru..







Assalamualaikum...

Tahniah diucapkan kepada Siti Aminah Soga dan pasangannya, Adib yang baru melangsungkan pernikahannya pagi tadi di Masjid Al- Kauthar..Semoga mahligai yang dibina kekal hingga ke akhirnya..dgn kata lain "Bercinta Sampai Ke Syurga"...

Nampaknya tahun ni dah 2 orang yang dekat denganku (sahabat) yang mengakhiri zaman bujang mereka. Insya Allah, hujung tahun ni akan ada lagi yang akan menurut jejak mereka ni..siapa? tunggu...hehe..Cepat jodohmu Min, kakakmu ni ramai yang jeles :)

Alhamdulillah, Majlis yang serba ringkas ini dihadiri sanak saudara dan sahabat handai daripada kedua belah pihak yang agak ramai berbanding pasangan pengantin lain ( ada 3- 4 pasanagan pengantin pagi tadi). Dalam masa yang sama, dapat mengumpulkan semula generasi baru dan lama PERPPIS, NISA', UNIT AMAL kawasan Tawau.


6 Syawal 1430H
25 Sept 2009

Melawan Kesepian..

Hari ni dah 4 syawal..seperti hari2 kemarin, aku duduk di rumah menanti dan melayan tetamu..
3 Syawal kemarin, sahabat2 nisa'ku pi beraya mcm tahun2 lepas..tp dengar citer thn ni beza ckit sbb ziarah ke rumah2 pimpinan (PAS )huhu...Alhamdulillah ok la tu kan..kepada sahabat2ku maafkan tidak dapat join rayer kali ni...bukan tak rindu ingin beraya bersama tetapi keadaan tak mengizinkan ditambah dengan persoalan- persoalan jiwa yang menyakitkan..maaf sekali lagi..

Seperti tahun- tahun sebelumnya, menjelang raya dan semasa raya rumahku memang meriah dengan kedatangan tetamu yang terdiri daripada kaum keluarga dan rakan taulan mak dan bapa..penat? mmg itulah yan terjadi..biasanya aku la yang jadi penunggu setia dapur untuk membasuh pinggan mangkuk..mmg nasib la sbb tiada adik beradik perempuan..mujurla ada kakak ipar sulungku yang membantu melayan tetamu yang hadir. Kebetulan tahun ni 'turn' dia dan abangku beraya di uma ni..tapi dorang ni xkisah sangat sebab jarak rumahku dengan rumah family kakak iparku takla jauh mana..sekampung la katakan...itulah kelebihan kawen org dekat ni kan..

Sambung balik citer kemeriahan rayer di rumah ni...apa taknya, adik beradik sebelah bapaku dah 13 orang..ditambah lagi dengan anak- anak dorang..itupun ada yang tiada di Sabah...cm biasa,makku lah yang memasak..aku tolong ckit2 je sebab tak reti sangat..huhu. Cian aku tengok mak..Aku mmg takde bakat memasak mcm mak.."buat puding pun gagal" kata kak iparku..sabo je la...Di rumahku ni takde istilah 'Rumah Terbuka" macam orang len buat sebab hari- hari terbuka..hehe..siapa2 yang call nak datang, insyaAllah pasti makku akan memasak hatta mee goreng sekalipun (orang cakap mee goreng makku sedap..hehe) Bapaku pun macam tu..ayatnya yang selalu..'bagilah makan, takkan makan kuih rayer je..kalau ada yang boleh dimasak, bagi makan..tetamu tu bawak rezeki.." so, secara otomatik (btl ke ejaan ni?) aku pun jadi positif..huhu..
Semalam bapaku cakap dgn mak.."mana kawan-kawan bdk2 ni?biasanya dtg.." ya..mmg xda kawanku yang datang setakat ni kecuali c ros yang sekampung dengan aku..hee..kepada kawan2, sahabat2 yang nak datang beraya..sudi2kanlah ye..bdk2 muslimin unit amal pun xda datang mungkin sebab adikku pun mmg xbalik kampung...erm...biarla...

Sebenarnya, syawal kali ni aku terasa sunyi dan kosong sangat..bukan sbb adikku takde (jangan perasan la yat)..tapi mungkin Ramadhan yang kulalui masih dibius dengan kemaksiatan..Ya Allah, ampunkanlah segala dosa- dosaku..memang sedih..bila Ramadhan pergi baru aku terasa kehilangannya..mudah2an sempat aku rasai lagi nikmatnya ramadhan nti..Amin..itulah salah satu sebab aku merasa sepi dan kurang mood raya...so, inilah intipati coretanku hari ini...melawan kesepian..dan secara rasminya inilah lagu temaku sekarang...

Salam Syawal..

Kemaafan Di Aidilfitri...

Salam Aidilfitri untuk sume yang mengenali diri ini...mohon maaf atas segala kesilapan...sesungguhnya diri ini hanyalah insan biasa yang lemah yg sering melakukan dosa dan kesilapan...buat sume yang masih mengingati aku sebagai kawan, rakan, teman, sahabat...buat pelajar2ku di SMKTK, Kulim..terima kasih atas ingatan kalian khusus untk 1 Iltizam dan 4 sains 1 2009..cikgu menyayangi kamu selamanya...hayatilah lirik lagu dari kumpulan inteam ni yg sgt bermakna utk diri ini...




Ada masanya ketika ribut cabaran
Melanda menerjah diri
Pada sekeping hati, teralpa jua kita
Pada kelembutan budi pekerti

Ada ketikanya sering kita lupa lagi
Pada halusnya nurani
Terusik persaudaraan
Tergurislah perasaan
Walau itu bukan maksud dan tujuan

Sampai masanya aidilfitri bertamu
Di ruang waktu bagai biduk lalu
Di samudera kalbu lalu kiambang
Persaudaraan bertaut semula

Terciptalah kemaafan, terukir keampunan
Pada yang berkasih sayang kerana Tuhan
Tak kan lama ianya terpisah
Bertaut di hari raya

Pada nur ramadhan yang terus membara
Sinar kemeriahan syawal pun menyala
Kita raikannya dengan indah bersaudara
Dan jadi sebagai tangan kiri dan kanan

Yang sentuhan keduanya
Saling membersihkan
Kembali kepada fitrah
Kepada ukhuwah
Kembali seluruhnya kepada Allah
Berkah di hari raya

Maafkan saja segala sengketa lama
Yang membeku di jiwa
Di bulan yang mulia hari yang bahagia
Moga ukhuwah terjalin selamanya

Lagu: Abai Os
Lirik: Pahrol Mohd Juoi