Kisah Aidiladha

27 November 2009
Selamat hari raya Aidiladha buat seluruh umat Islam...

Alhamdulillah
Pagi raya tu setelah menyiapkan segala yang sepatutnya, aku dengan mak pergi bersolat di Masjid Sirathol Mustaqim. Datang ke masjid lebih kurang pukul 7 pagi. Tak jauh pun, jalan kaki je tapi naik tangga yang melelahkan la juga:) Sesampai di masjid, jemaah dah ramai. Kedengaran takbir membesarkan Ilahi berkumandang di segenap penjuru juga dari kampung2 sebelah. Meriah! meskipun bilangan jemaah tak seramai aidilfitri lepas. 

Aku ajak mak duduk dan bersolat di luar saja. Kebetulan ada tikar dibentangkan di perkarangan masjid. Kesan hujan sebelah malam masih bersisa tapi tidak menjejaskan. Tak mahu tragedi Aidilfitri lepas berulang, aku memilih duduk dan bersolat sahaja di perkarangan masjid. Sekurang2nya mataku tak melihat keanehan dan sikap segelintir manusia yang mementingkan diri sendiri. Bukan apa, aku ni sound direct sikit. Tak pasal2 nanti ada yang 'kena' lagi. Cukup2la tu..begitulah bila agama ni diguna pakai dalam hal tertentu je jadi hal2 ibadah ni dianggap tak penting.

Solat di luar masjid lebih lapang sedikit tapi tumpuan tetap terjejas dengan sikap manusia yang pelbagai. Bukan mencari silap orang lain tapi itu yang berlaku. Tikar dipijak dengan selipar, tak mahu rapatkan saff, bising ketika khutbah, anak2 muda menjerit kegilaan. Ya Allah, kenapalah begini kampungku...memang geram. akhirnya, anak2 kecil dibelakangku kutegur kerana terlalu bising ketika khutbah dan aku langsung tidak dapat menangkap butir2 khutbah yang disampaikan (teguranku juga untuk makcik2 yang sibuk bersembang di belakang sana).. Kan dah kena..Aku tau, ada yang kurang senang dengan tindakanku tapi biarlah. Sampai bila perlu berdiam diri. Selebihnya aku serahkan pada Allah yang memegang hati manusia..


Balik ke rumah, rehat2 dan makan2 sajaJ …Ada juga kaum kerabat yang datang beraya dan hidangan memang telah disiapkan untuk sesiapa yang bertandang. Sebelah petang pak saudara dari Lahad Datu datang bersama famili. Meriah rumahku kali ni walaupun abang dan kak ipar sulung tak balik beraya. ‘Kuih tunjuk’ memang dah ready juga sedikit kek buatan sendiri yang tidak menepati citarasa ahli rumahku..hehe..sabarla ya..

Aidiladha lebih tenang kurasa sebab kurang perkara2 ‘aneh’ yang mencacatkan hari bersejarah umat Islam ni. Tiada bunyi mercun yang menyakitkan, tiada dosa dilakarkan dan tiada kemeriahan berhibur yang melalaikan. Segala-galanya tenang dan damai..kan bagus begini..


28 November 2009
Berkorban di Madrasah Al- Hidayah, Kampung Sungai Imam..
13 ekor lembu dikorbankan..
para petugas yang gagah perkasa menenteramkan lembu2 itu..huhu
Aku? Duduk di balik tabir bersama2 sahabat membantu menyediakan makanan untuk para petugas...
Potong2 daging, gelak2, kena perli, tangkap gambar..bincang2..
Akhirnya siap sup tulang + daging…
Sebelum sup tu masak, kami ke rumah kursiah untuk tunaikan solat..badan pun bau daging dah…
Datang semula ramai dah selesai makan..giliran kami pula..Alhamdulillah..sedap dan sangat berlemak3x…makan sikit je sebab ada mata2 yang memerhati..huhu..seram…
Selesaikan yang sepatutnya…balik rumah..
Insya Allah jumpa lagi tahun depan ya…
Allahu Akbar!




29 November 2009
Duduk rumah je dengan kaum kerabat yang ramai. Dan pastilah baby  jadi tumpuan, Siti Humairah (anak pakcik)..comel..rambut pula kerinting .huhu..Meriah raya di rumahku..erm..Insya Allah minggu depan aqiqah si kecil dibuat di rumahku pula..banyak betul kenduri kendara cuti2 ni..terasa sedikit stress..
Aku perlu merehatkan diri dan bersedia untuk pelancaran Kelab Aulad 5hb ni... Ajk pendaftaran je..tapi ramai kena dihubungi untuk kehadiran..Ya Allah, mudahkan urusanku...
Ada rancangan untuk ke Semporna bersama sahabat2..Ada keizinan Allah, aku akan join.. Insya Allah..






Mukhayyam 2009

Mukhayyam Muslimat Sabah telah berlangsung pada 21- 23 november 2009 bertempat di Madrasah Darul Hidayah Kampung Sungai Imam, Tawau. Program yang bertemakan "Cabaran dan Persiapan Srikandi Ummah Masa Kini" telah menghimpunkan pimpinan dan ahli- ahli muslimat daripada seluruh kawasan  negeri Sabah yang turut dihadiri oleh pimpinan Pusat.

Antara aktiviti yang dijalankan sepanjang program tersebut adalah dialog bersama pimpinan Muslimat  Pusat pada hari pertama program dan ceramah kupasan tema yang disampaikan oleh Ustaz Ismail dari Lahad Datu. Jungle Tracking yang menjadi salah satu aktiviti yang ditunggu- tunggu setiap kali Mukhayyam diadakan mendapat respons yang cukup baik daripada peserta kerana turut menyentuh peranan dan persoalan diri setiap muslimat yang terlibat dalam gerakan Islam.

Pada malam terakhir program telah diadakan Malam Kesenian Islam yang menampilkan persembahan menarik hasil kreativiti peserta yang menjadikan tema program sebagai asas persembahan bagi setiap kawasan yang terlibat, turut tidak ketinggalan persembahan daripada Ajk pelaksana. Sesi muhasabah dan Resolusi pada hari terakhir telah menjana pelbagai idea dan gagasan pemikiran demi meningkatkan  kekuatan muslimat mendepani cabaran masa kini khususnya di negeri Sabah di samping memperbaiki lagi perjalanan program pada masa- masa akan datang

Semoga program yang telah diadakan ini mampu menyuntik kembali semangat perjuangan seluruh muslimat  di negeri Sabah khususnya. Majlis perasmian dan penutupan program kali ini telah disempurnakan oleh  Setiausaha PAS Kawasan Tawau, Cikgu Mohd Nasir.

Terima kasih kepada yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam program ini. Semoga Allah membalas semua kebaikan yang dilakukan..

Gambar akan upload kemudian :)


- ala2 berita kan..hehe..sebenarnya diminta bt laporan pasal Mukhyyam utk upload dalam blog muslmat kawasan..so, itulah hasilnya :)




Daerah Ini....








Mereka kata kau akan sayu di daerah itu
Jawab aku selalu bersama Tuhanku



Kupasrah padaNya sehening tiupan salju
KernaNya aku rasa jitu dan mampu melebihi manusia beribu






Daerah ini daerah tenang sekalipun ada yang kata usang
Daerah ini daerah damai sekalipun sukar untuk sampai
Daerah ini daerah merdeka sekalipun ada yang memeranginya
Biarkan saja aku di daerah ini..






Kata mereka daerah mu itu jauh
Jawab ku pada Tuhan aku bersauh kukuh
Yang jauh itu jiwa yang mungkir
Padaku daerah ini amat hampir






Kata mereka daerah kau itu sepi
Jawabku aku tak pernah sunyi dengan alunan murni
Yang sepi itu jiwa yang inginkan pujian
Padaku cukuplah dengan irama keredhaan Tuhan





Daerahku ini daerah berpendirian
Berpaksikan firman Tuhan
Bukan hukum insan bukan gema sorakan bukan riuh tepukan






Daerah ini tak pernah peduli
Apa kata abdi atau pembesar negeri
Daerah ini berpasakkan Nabi
Bagindalah mimpi Bagindalah realiti..





Biarkan saja aku di daerah ini
Sekalipun ada yang tak gemari
Biarkan saja aku di daerah ini
Sendiri membawa diri & sanubari






Biarkan saja aku di daerah ini
Sekalipun ada yang tak gemari
Biarkan saja aku di daerah ini
Kerna aku mengerti ia amat suci & abadi






Di daerah ini, biarlah aku..

Doa'


Ya Muhaimin, 

Jadikan hari ini lebih baik daripda semalam dalam aku mentaati-MU dan menjauhi larangan-Mu, agar tak putus2 prestasi hidupku yang penghujungnya adalah akhirat...

Amin..

Motivasi Sahabat







“Sahabat, 
ana ni, nak pimpin tangan dengan enta masuk syurga. Jadi, kalau enta terjun ke dalam neraka sekali pun, ana akan terjun dalam api itu untuk tarik tangan enta semula”




p/s: Terjumpa kata2 ni dalam blog Hilal Asyraf, seorang penulis...


Kampungku

Hampir setiap hari hidupku  'dihiburkan' dengan suara2 ‘merdu’ anak- anak muda di sini. Daripada lagu2 pop Malaysia hinggalah lagu2 hits Indonesia. Hafal! Siap dengan 'backup singer' lagi! Kalau masuk rancangan ‘Jangan Lupa Lirik’ confirm menang…

Mungkin adik2 ni tak sedar yang dorang ni dah ganggu jiran tetangga di sini. Bilangan  yang aku rasa melebihi 5 orang ditambah dengan bunyi gitar cukup membingitkan telingaku (tak tau la kalau ada orang lain yang suka) kebetulan pula, bilikku memang hampir dengan tempat lepak budak2 ni (sebelah rumah) Kalau buka tingkap, memang nampak wajah dorang tu.. Sangatlah tension...Solat pun terganggu.

Aku geram bukanlah sebab nyanyian dorang yang 'best' tu. Masalahnya bila dorang ni tak hormat waktu ( tak sokong pun dorang melepak dan menyanyi tu!) Bayangkanlah sebelum maghrib dah berkumpul, sure2 la kan tak solat maghrib, sambung lagi sampai Isya'. Berhenti sekejap bila azan. Itupun kadang2 'langgar' juga! Siapa yang tak marah kan..



 gambar hiasan je..


Kadang2  rasa nak 'sound' je budak2 ni. Tapi bila fikirkan aku ni perempuan, terus tak jadi. Memang geram. Ayahandaku pernah juga tegur budak2 ni. Tapi nampaknya tak jalan juga. Tak tau nak buat apa. Dalam hati ni Allah je yang tau, rasa nak tempeleng sorang2 pun ada! Hakikatnya, aku mampu doakan je semoga adik2 ni diberikan hidayah agar jadi insan yang soleh suatu hari nanti. 

Adikku yang balik bercuti pun hairan dengan perubahan di kawasan rumah kami (menyanyi dan melepak yang buat orang lain bacat!). Tapi itulah yang terjadi. Kalau tak silap dorang mula ni masa bulan puasa ari tu (tak tau la masa aku tak ada di sini dulu).  Budak2 ni pula macam tak ada perasaan je. Buat bising depan rumah orang yang ahli keluarga rumah tu langsung tak terlibat. Kalau dorang duduk depan rumahku, memang dah lama kena ‘tembak’ .

Dalam pada geram dan marah pada budak2 ni tedetik juga di hatiku yang dorang ni buat sesuatu tu mungkin sebab tak faham, tak ada ilmu. Tapi aku, tersasar dan buat dosa bila sudah faham dan ada ilmu. Ada beza tu. Dosa dalam ketaatan. Maknanya, Allah takkan hisab sebab tak tahu berbanding tahu. Astaghfirullah al- Azim..

Sekarang ni kena selalu ingatkan diri sendiri tentang dosa sendiri sebelum melihat kesalahan orang lain supaya tak rasa diri ni macam baik sangat kan. Begitulah hati manusia ni. Sebab tu diingatkan jangan ujub, riak, takabur dan sombong. Semua tu bukan milik kita. Hanya DIA yang layak...

Sambung cerita fasal budak2 ni. Masalah lepak ni aku rasa bukan saja berlaku di kampungku tapi juga di tempat2 lain. Bermula daripada melepak akan jadi macam2 perkara. Bukan menuduh tapi itulah yang berlaku.




rempit- gejala sosial yang belum berlaku di kampungku...



Gaduh, hidu gam, pecah kereta dll. Sangat membimbangkan. Pernah berlaku kereta salah sorang sahabatku yang datang bermalam di rumahku (siapkan kerja2 untuk sukan PASTI) dipecahkan. Memang geram, kalaulah aku tau kerja budak mana, siap! Bukan kereta sahabat ni je yang kena, banyak lagi kereta2 lain jadi mangsa sebelum ni. JKKK yang dilantik pula macam tak kisah je selagi kehidupan dorang  tak terguggat. Memang tak patut! fikir2kanlah hai orang2 kampungku...

Justeru, ingatan pada diri sendiri juga orang lain, ambil tahu isu di tempat masing2. Dalam memperbaiki diri sendiri jangan lupa peranan pada orang lain. Awasi adik- beradik, kawan2 dan kaum keluarga sendiri agar tak terjebak dengan kegiatan tajaan musuh2 Islam. Renungkan firman Allah yan bermaksud:

 : "Dan tetaplah memberi peringatan, karena sesungguhnya peringatan itu bermanfaat bagi orang- orang yang beriman."
(Adz Dzaariyaat: 55)

"Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari neraka yang bahan-bahan bakarannya: manusia dan batu (berhala); neraka itu dijaga dan dikawal oleh malaikat-malaikat yang keras kasar (layanannya); mereka tidak menderhaka kepada Allah dalam segala yang diperintahkanNya kepada mereka, dan mereka pula tetap melakukan segala yang diperintahkan."
 (At-Tahriim :6)






Pemilik Cintaku Setelah Allah dan Rasul




Mesti ramai yang telah memiliki mahupun membaca buku ini kan. Buku setebal 88 muka surat (tak termasuk kulit) ni memaparkan kisah yang menarik untuk dijadikan iktibar dan teladan karangan  Fatimah Syarha Mohd Noordin. Buku ni sebenarnya ole2 daripada adikku Hidayat yang pulang bercuti ke kampung. Tak suruh pun beli, cuma pernah bagi tau  dia tajuk buku ni. Tak sangka pula dia beli. Apapun, terima kasih bro..nanti boleh la belikan buku lagi untuk akak :)

Seronok dapat buku ni. Cerita yang bersahaja dan tips2 yang diberikan boleh jadi panduan untuk sesiapa saja walaupun terasa diri ni taklah "sesuci' watak dalam buku ni tapi mungkin tak terlewat untuk memperbetulkan kembali jalan yang salah dan menampung mana2 yang kurang :)

Ketika pembacaan, kadang2 terdetik juga dalam hati, 'sucinya watak ni, perfect sgt, dll.." tapi  bila fikir, tak mustahil kan bila Allah nak pelihara seseorang hambaNya yang  berusaha jaga hak2 Allah sebelum tiba waktunya..faham ke? Insya Allah fahamlah tu kan:)

Buat sahabat2ku yang Insya Allah akan menamatkan zaman bujang sekitar bulan Disember ni, semoga kalian berbahagia dengan pilihan hati masing2. Bacalah buku ni. Sangatlah sesuai untuk kalian :)

Bagi yang masih bujang ataupun yang insya Allah akan ataupun telah dirisik2, buku ini  boleh jadi panduan ketika berdepan segala macam dugaan dan ujian duniawi yang kadang kala melekakan  dan menyesakkan dada :(

Benarla, bila Allah datangkan keinsafan dan hidayah dalam diri kita dalam sbrg bentuk, maknanya Allah teramat sayangkan hambaNYA sesuai dengan Asma' nya yang terlalu indah.

Pesan pada diri sendiri dan sesiapa yang sudi, jangan sesekali menyesali hidup yang telah dilalui tetapi bertaubatlah atas segala dosa yang telah dilakukan. Kata2 ni jugalah yang selalu dipesan oleh sahabatku yang berada nun jauh di Penang tu.

Apapun, bacalah buku yang best ni, k..

Siapalah agaknya pemilik cintaku setelah Allah dan Rasul yer :)




-Tazkiyatun Nafs-

 “Barang siapa yang bertakwa kepada Allah, Dia akan adakan baginya jalan keluar dan (Allah) akan mengurniakan rezeki dari arah yang tidak disangka-sangka kepadanya”





(At Talaq: 2 -3)

Catatan Konvo PASTI 2009

Alhamdulillah...

Usai sudah majlis konvo untuk pelajar2 PASTI 2009. Dengan jumlah pelajar PASTI yang paling ramai di Malaysia dan juga mendapat anugerah PASTI terbaik bagi tahun 2009 maka segalanya adalah sesuatu yang bukan mudah untuk dilaksanakan tanpa bantuan daripada para petugas jemaah yang sama2 berusaha menjayakan majlis ni.

Majlis kali ini memberikan banyak pengalaman dan kenangan  bagi diriku yang akan menjadi panduan untuk masa2 akan datang. Sebagai insan yang dipertanggungjawabkan untuk menguruskan jamuan VVIP dan jamuan pagi untuk para petugas, terasa agak sukar kerana tiada pengalaman khusus. Apa tidaknya, sebelum ini dalam sebarang program jarang sekali memegang amanah dalam jawatankuasa ini. Dan ini adalah penglibatan secara langsung (tak pernah terlibat sebagai petugas dalam konvo PASTI) kerana selama 4 tahun tidak berada di bumi Tawau dan balik semasa cuti semester saja.

Menguruskan jamuan yang mungkin pada orang lain tidaklah sebesar mana, banyak perkara yang berkaitan kena difikirkan dan diambil kira. Bagi yang biasa terlibat dalam jawatankuasa ini tentu lebih faham tentang ini. Alhamdulillah, jamuan yang disediakan untuk VVIP dapat juga dirasai oleh sebahagian petugas (muslimin) lain. Rezeki kalian lah tu..

Dengan segala kekurangan, Allah jua yang telah permudahkan segalanya. Terima kasih buat ayahanda dan bonda yang sudi membantu untuk memasak unuk jamuan VVIP kali ini. Bersyukur pada Allah kerana dianugerahkan ibu bapa yang sangat memahami perjuanganku dalam jemaah. Semoga Allah memberikan segala kebaikan buat ayahanda dan bondaku. Amin...

Kekurangan tenaga dalam program kali ini amat dirasai. Kebetulan berlangsungnya program Team Building Nisa' di KK. Maka, hanya sedikit bilangan yang tinggal di sini. Tapi tidak menjadi masalah besar sangat kerana masih ada ahli Nisa' yang ada menjalankan amanah yang diberikan. Terima kasih kepada sahabat2 yang memberi bantuan sehingga ke akhir program (dedikasi untuk sahabat Nisa yang tolong uruskan jamuan; Nuri, Ati, Jum, Santi, Ros- dan adik2 perppis yang membantu sebelum hari kejadian) Tidak mampu rasanya menguruskan jamuan yang mungkin tidak seberapa ini secara berdua sahaja (dengan nuri).

Apa jua tugasan dan amanah yang diberikan, sesungguhnya pergantungan sepenuhnya kepada Allah sangatlah penting meskipun perancangan yang teliti telah dilakukan. Terlepas sudah tanggungjawab untuk program kali ini. Insya Allah, untuk program mukhayyam nanti ada tanggungjawab lain telah diberikan (bukan jamuan ya..)

Mohon maaf atas segala kekurangan dan kelemahan khususnya dalam jamuan kali ini. Itulah yang termampu dilakukan dalam perancangan masa yang agak terbatas (dapat makluman jadi AJK jamuan pun dalam seminggu lebih sebelum program- tak pi miting pun..)  Erm...tak ada gambar yang boleh dijadikan kenangan
( sibuk lah katakan..huhu). Mungkinkah ada sesiapa yang menangkap gambar AJK Jamuan? ceh, perasan :)

Sesekali DiUji





Apa jua bala bencana singgah menerpa
Menguji jauh mananya sabar kita
Mungkin selama ini kita terlupa

Kita terlalu leka dengan nikmat kurniaanNya
Maka diberi sedikit ujian
Menguji tahap keimanan dijiwa

Bila kesusahan
Terasa hidup terlalu payah
Berbagai persoalan menerjah
Baru minta petunjuk hidayah

Usah berputus asa
Kerana ada rahmat disebaliknya
Yang tidak kita ketahui
Dalam hidup ini
Teruslah berdoa

Pada Allah
Pengasih…Pemurah dan Penyayang

Kita terlalu leka dengan nikmat…kurniaanNya
Maka diberi sedikit ujian
Menguji tahap keimanan dijiwa




.............بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيمِ


Innalillahi wa inna ilaihi rajiu’un. Allahumma jurni fi musibati wakhluf li khaira minha
“Sesungguhnya kami milik Allah, kepadanya kami akan kembali. Ya ALLAH berilah pahala kepadaku dan gantilah untukku dengan yang lebih baik daripada musibahku”
~Riwayat Muslim~




Insya Allah.....





Everytime you feel like you cannot go on
You feel so lost
That your so alone
All you see is night
And darkness all around
You feel so helpless
You can`t see which way to go
Don`t despair and never loose hope
Cause Allah is always by your side
Insya Allah
Insya Allah you`ll find your way

Everytime you can make one more mistake
You feel you can`t repent
And that its way too late
Your`re so confused, wrong decisions you have made
Haunt your mind and your heart is full of shame
Don`t despair and never loose hope
Cause Allah is always by your side
Insya Allah
Insya Allah you`ll find your way
Insya Allah
Insya Allah you`ll find your way

Turn to Allah
He`s never far away
Put your trust in Him
Raise your hands and pray  

ohYa Allah
Guide my steps don`t let me go astray
You`re the only one that showed me the way,
Showed me the way
Insya Allah
Insya Allah we`ll find the way



- lagu daripada Maher Zain.. dengar dan dapat lagu ni daripada blog sorang adinda di USM..thankz Mas..

Jodoh oh Jodoh

Adakah jodoh ada kaitan dengan keturunan?

Tidak, Jodoh tiada kaitan dengan keturunan. Hanya belum sampai masanya. Ia bagai menanti jambatan untuk ke seberang. Kalau panjang jambatannya jauhlah perjalanan kita...

Ada org jodohnya cepat sebab jambatannya singkat. Usia 25 tahun rasanya belumlah terlalu lewat. Dan usia 35 tahun belum apa2 kalau sepanjang usia itu telah digunakan untuk membina kecemerlangan. Nyatakanlah perasaan dan keinginan anda itu dalam doa2 selepas sembahyang. Allah Maha Mendengar.

Wanita baik untuk lelaki yang baik, sebaliknya wanita jahat untuk lelaki yang jahat. Biar lambat jodoh asalkan mendapat Mr Right dan biar seorang diri drpd menjadi mangsa lelaki yang tidak beriman kemudian nanti.

Memang kita mudah tersilap mentafsir kehidupan ini. Kita selalu sangka, aku pasti bahagia kalau mendapat ini. Hakikatnya, apabila kita benar2 mendapat apa yang kita inginkan itu, ia juga dtg bersama masalah.

Kita selalu melihat org memandu kereta mewah dan terdetiklah di hati kita, bahagianya org itu. Hakikatnya apabila kita sendiri telah memiliki kereta mewah kita ditimpa pelbagai kerenah. Tidak mustahil pula org yang memandu kereta mewah(walaupun sebenarnya tak mewah) terpaksa membayar lebih tatkala berhenti untuk membeli durian di tepi jalan. Orang lain membeli dengan harga biasa, dia terpaksa membayar berlipat ganda.

Ketika anda terperangkap dalam kesesakan jalan raya, motosikal mencelah-celah hingga mampu berada jauh di hadapan. Anda pun mengeluh, alangkah baiknya kalau aku hanya menunggang sebuah motosikal seperti itu dan cepat sampai ke tempat yang dituju? Padahal si penunggang motosikal mungkin sedang memikirkan bilakah dia akan memandu kereta di tgh2 bandar raya.

Bukan semua yang anda sangka membahagiakan itu benar2 membahagiakan. Bahagianya mungkin ada tapi deritanya juga datang sama. Semua benda, pasti ada baik buruknya. Demikian juga perkahwinan. Ia baik sebab ia dibenarkan oleh agama, sunnah Nabi, sebagai saluran yang betul untuk melepaskan shahwat disamping membina sahsiah dan sebagainya, tapi ia juga buruk sebab ramai org yang berkahwin hidupnya semakin tidak terurus.

Ramai orang menempah neraka sebaik sahaja melangkahkan kaki ke alam berumahtangga. Bukankah dengan ijab dan Kabul selain menghalalkan hubungan kelamin, tanggungjawab yang terpaksa dipikul juga turut banyak? Bukankah apabila anda gagal melaksanakannya, anda membina dosa seterusnya jambatan ke neraka?`

Berapa ramaikah yang menyesali perkahwinan masing2 padahal dahulunya mereka bermati-matian membina janji, memupuk cinta kasih malah ada yang sanggup berkorban apa sahaja asalkan segala impian menjadi nyata?

Jika tidak sanggup untuk bergelar isteri tidak usah berkahwin dulu. Jika merasakan diri belum cukup ilmu untuk bergelar ibu ataupun ayah, belajarlah dulu. Jika rasa2 belum bersedia untuk bersabar dgn kerenah anak2, carilah dulu kesabaran itu. Jangan berkahwin dahulu sebab kenyataannya ramai yang tidak bersedia untuk melangkah tetapi telah melompat, akhirnya jatuh terjerumus dan tidak jumpa akar berpaut tatkala cuba mendaki naik.

Berkahwin itu indah dan nikmat bagi yang benar2 mengerti tuntutan2nya.

Berkahwin itu menjanjikan pahala tidak putus2 bagi yang menjadikannya gelanggang untuk mengukuhkan iman, mencintai Tuhan dan menjadikan syurga sebagai matlamat.

Berkahwin itu sempadan dari ketidaksempurnaan insan kepada kesempurnaan insan - bagi yang mengetahui rahsia2nya.

Berkahwinlah anda demi Tuhan dan Nabi-Nya, bukan berkahwin kerana perasaan dan mengikut kebiasaan. Jodoh usah terlalu dirisaukan, tiba masanya ia akan datang menjemput, namun perlu juga anda membuka lorong2nya agar jemputan itu mudah sampai dan tidak terhalang. ”

Seorang teman pernah berpesan..

“Kadang2 Allah sembunyikan matahari..Dia datangkan petir dan kilat..kita menangis dan tertanya-tanya,kemana hilangnya sinar..Rupa2nya.. Allah nak hadiahkan kita pelangi..”


-Dr. HM Tuah Iskandar- 


p/s: ermm..no komen..tepuk dada tanya iman masing2 :)

Selamat Hari Tua

2 November..

Selamat hari lahir yang  ke-29 tahun buat abangku, Rezuanshah Bin Rahmat...semoga bertambah2 amalan solehmu sebagai bekal bertemu Allah..
Doa daripada adikmu ini agar dirimu menjadi seorang suami yang mampu menjadi imam dalam keluargamu...
Dipermudahkan segala urusan, ditetapkan iman, dikurniakan rezeki yang berkat dan anak2 yang soleh dan solehah..Ameen..
Ni antara gambar2 abangku yang ada dalam simpanan...


dulu2 
(abaikan bdk kecik di sebelah tu..hehe..)

 
 badan pun maintain lagi..
 


 gambar raya ( sekali lagi, abaikan girl itu..hehe)



 kerja rajin2 ya..

 
2005- 
hantar adiknya ke penang   
( sebelah tu watak sampingan yg dimaksudkan..hehe)

 
25 Nov 2006

Alhamdulillah dah kawen..(dia kawen dulu drpd abg sulung..)

Kami berdua agak rapat. Beza umur cuma 3 tahun. Banyak kenangan masa kecik2 dulu yang best..sebagai anak perempuan tunggal dalam keluarga ( en. hidayat blum ada lagi time tu..) memang aku agak terikut2 dengan watak2 dua orang abangku ni. So, di mana saja dorang bermain pasti ada budak perempuan ni..hehe..
Banyak pengorbanan dan jasanya kepada diriku ni and i love him too also my siblings (jgn risau yat, ko tetap disayang gak..hehe) Sebab sayang sangat dengan dia, masa nak balik dari semporna (lepas kenduri kawennya dulu) akulah yang paling sedih dan menangis2 peluk dia di atas pelamin. Sedih sangat2 sebab aku rasa abang aku dah diambil orang..hehe..tak boleh terima tu..huhu..( jumpa kak ipar 1st time pun masa hari nikah).. tu yang rasa lain..tapi Alhamdulillah sekarang dah ok..melampau la tu kan kalo x ok...
Semoga dia bahagia dengan rumahtangganya..

Sedar tak sedar kami berempat rupanya telah dewasa. Terima kasih buat ayahanda dan bonda yang menjaga, mendidik dan membesarkan kami menjadi insan. Kita tak kaya  macam orang lain tapi kita bahagia. Segalanya mencukupi. Jarang sekali permintaan kita tak ditunaikan oleh mereka. Kita semua dididik dan dilatih agar saling menghormati. Hasil didikan ayahanda bonda, kita menjadi sangat menghargai antara satu sama lain kan.Alhamdulillah...

Buat abang Iwan,
ayahanda dan bonda adalah hadiah terindah dan istimewa dalam hidup kita berempat..
Jangan lupakan mereka di mana pun kita berada..
Doa' mereka tak pernah putus buat kita semua..

"Ya Allah, izinkanlah kami mengembirakan hati kedua ibu bapa kami,
kekalkan mereka dalam kebaikan
dan masukkan mereka ke dalam syurgaMu yang penuh kenikmatan..
Amin ya Rabbal Alamin.."

Selamat Hari Tua bang:)