Tahun Baru

Salam Fillah

31 Disember 2010, maknanya sudah berada di penghujung tahun. Tinggal beberapa detik lagi 2011 menjengah. Tahun baru umat Islam pula sudah berlalu beberapa waktu. Berjalan dan terus berjalan  meninggalkan insan yang sentiasa beringat mahupun yang sering terlupa. 

Seperti orang lain, diri ini juga punya cerita yang terlakar di sisi keluarga, sahabat & teman2 yang setia. Ada yang dapat dikongsi dan tidak kurang juga yang perlu tersimpan kemas di hati. Setiap yang dilalui merupakan tarbiyyah buat diri agar sentiasa ingat pada Ilahi.

Penghujung tahun 2010 bermakna cuti persekolahan juga hampir berakhir. Cuti kali ini tidak  pergi ke destinasi tertentu untuk bercuti- cuti. Hanya berada di sekitar Tawau untuk berbakti kepada ayahanda bonda di samping memanfaatkan diri buat yang memerlukan. Alhamdulillah..cuti kali ini terisi dengan pelbagai  pengisian dan  program jemaah  yang mewarnai bumi Tawau yang dicintai. Menadah kitab, menghadiri walimah sahabat & saudara mara, bermesyuarat, berusrah, berjogging dan bermain badminton antara jadual sepanjang bercuti.  Semoga segala yang dilakukan ini ada redha Allah dipenghujungnya. 

Cuti juga bermakna kenduri perkahwinan saudara, sahabat & teman2. Tahniah diucapkan pada yang melangsungkan perkahwinan. Semoga ikatan suci ini mendapat berkah dan redha Allah selamanya. Perkahwinan bermakna hubungan persaudaraan semakin terjalin dan gerak kerja dalam perjuangan semakin mantap kerana ada si dia di sisi yang lebih mengerti. Pesan pada diri, perkahwinan itu juga suatu ujian dunia yang setiap orang akan melaluinya dengan izin-NYA jua nanti berdasarkan tingkat keimanan masing- masing.  Bagi yang masih bujang, InsyaAllah giliran masing2 akan menyusul. Bersabar sahaja kerana Allah tahu yang terbaik buat hambaNYA. Usahlah terlalu memikirkan soal jodoh kerana redha Allah itu tidak diraih dengan perkahwinan semata- mata.

Semoga apa sahaja yang telah dilalui pada tahun ini membuahkan taqwa pada akhirnya. Azam tidak semestinya pada tahun baru sahaja kerana orang mukmin perlu sentiasa memikir dan memerhatikan setiap urusan hidupnya kerana apa sahaja yang halal pasti dihisab manakala yang haram pasti diazab. Wallahu 'alam.

7.43 pagi
31 Disember 2010
Semporna..