Sempena 27 Rejab yang dikenang....
Seorang yang bernama Muslimah...
WANITA MUSLIMAH
Kupu-kupu tetap indah,cantik dan menawan.Sebilangan besar kupu-kupu terbang di waktu siang,hinggap pada bunga-bungaan,menghirup manisan yg tersembunyi di tengah-tengahnya.Kemudian kupu-kupu terbang lagi dan hinggap di dedaunan yg segar.Sesiapa pun pasti melirik apabila terperasan
kelibat kupu-kupu,Ialah Hati siapa tidak sukakan keindahan dan kecantikkan dan keunikannya.
Tetapi sayap kupu-kupu mudah berderai dan rosak.Apabila sudah rosak tiada siapa memandangnnya lagi kupu-kupu yang terbiar.....
Demikianlah wanita dijadikan Allah utk menghiasi bumi ini sebagaimana kupu-kupu dijadikan utk menghiasi bunga-bungan.Tanpa wanita dunia ini terasa sempit dan tidak indah utk didiami.Kaum lelaki pasti gelisah sebagaimana Nabi Adam A.S pernah dilanda gelisah.Meski pun hidupnya dipenuhi kenikmatan di syurga .Lalu baginda memohon kpd Allah agar dijadikannya seorang teman,agar boleh berbicara,bersenda gurau.Maka terciptalah Siti Hawa dari tulang rusuk kiri Nabi Adam A.S ,barulah terisi jiwa Nabi Adam A.S .
Ternyata wanita cukup perlu dlm kehidupan lelaki sebagaimana bunga amat perlu kpd suntikan kupu-kupu utk merialisasikan proses pendebungan.Tanpa permaisuri siapalah lelaki yg bergelar raja.Tanpa isteri siapalah lelaki yg digelar pemimpin dan tanpa perempuan siapalah yg akan digelar sebagai seorang ayah..?
Tanpa Siti Khadijah barangkali Rasullallah S.A.W tidak mendapat dorongan yg amat diperlukannya utk terus bangkit,memberikan semangat kekuatan dlm menyebarkan risalah Allah..NurIslam.Tanpa Aisyah barangkalai banyak hadis Rasullallah S.A.W tidak sampai kpd umat islam seluruhnya.Tanpa Fatimah Azzahra' barangkali Saidina Ali tidak muncul sebagai menantu Rasullallah S.A.W yg amat di sayanginya.Tanpa Mashitah barangkalai tidak terbukti betapa wanita boleh berpegang teguh kpd keimanan meskipun maut berada dihadapan matanya.Tanpa wanita siapalah lelaki krn setiap lelaki dtgnya drpd perut yg digelar seorang wanita.
Namun seorang isteri kpd Nabi Nuh A.S telah bertukar menjadi seorang penentang kebenaran.Seorang wanita pd zaman permulaan islam sanggup melapah dada Saidina Hamzah dan mengunyah hatinya, Seorang wanita tergamak meletakkan najis unta di kepala rasullullah S.A.W dan dan dlm sejarah manusia sejagat ramai wanita menjadi pendorong kpd kemaksiatan,kemusnahan,kerosakkan dan kehancuran seorang lelaki.
Alangkah besarnya dan pentingnya paranan wanita dlm kehidupan lelaki.Sebagaimana besarnya peranan kupu-kuu dlm membiakkan bungaan di bumi ini.Tetapi alangkah besarnya dan hebatnya peranan kupu-kupu untuk merosakkan dirinya sendiri dengan menjerumus ke dlm api...
SEGUGUS CINTA KUPU-KUPU
Kupu-kupu tidak bercinta kecuali hanya kpd Allah yg menjadikannya.Kupu-kupu akan beristighfar kpd penciptanya saban waktu,tanpa sedetik lara kpd kehidupan dunia atau terleka kpd bunga dan kupu-kupu jantan yg tidak penat-penat menghambatnya.
Drpa Abu Hurairah r.a katanya Rasulallah S.A.W bersabda:-"Sesungguhnya Alah Ta'alla berfirman pada hari kiamat kelak,Mana org-org yg saling mencintai krn keagunganku ?Hari ini akan aku naungi mereka di mana tidak ada naungan selain naungan aku."
Ambillah dr keutuhan cinta ini.Ia kekal abadi dan amat suci.Cinta Allah yg Maha Pencinta itu tidak memilih sesiapa,rupa,gaya dan bagaimana keadaannya.CIntanya boleh direbut oleh sesiapa sahaja,Cinta yg tidak akan luput malah ianya kekal abadie.
Kupu-kupu tidak mendapat nikmat cinta Allah.Serangga kecil itu telah melahirkan rasa kesyukurannya sebagaimana dlm firman Allah Ta'alla:-"Ia insan kerdil yg tidak memberi kerosakkan kpd alam,Tetapi taubatnya melebihi Insan berakal"
Tidakkah kita lebih perlu bertindak melebihi kupu-kupu sedangkan nikmat yg kita kecapi saban hari dr Allah tidak terhitung banyaknya.
"Langit yg tujuh,bumi dan segala yg ada di dlmnya bertasbih kpd Allah.Tidak ada sesuatu pun melainkan bertasbih dgn memujinya,tetapi kamu sekelian tidak mengerti tasbih mereka.Sesungguhnya Dia adalah Maha Penyantun Lagi Maha Pengampun"
Bandingkan dgn cinta manusia yg biasanya bermusim dan ada batas.Sewaktu senang di cintai dan indah segalanya.Namun apabila jemu dan bosan "Selamat tinggal" hadiah buatnya.Cinta manusia juga terhad dan berkepentinga.Isteri mencintai suami krn suami tempat ia bergantung.Ibu mencintai anak krn anak itulah penhiburnya dikala sunyi,Lagi pun dialah yg melahirkan anak itu dgn segala payah kejerihan.Kawan mencintai kawan krn dapat berkongsi akan kesenangan hidup.Pekerja menyayangi ketuanya krn ia menjadi penangungnya.
Berbanding Allah yg Maha Pencipta itu,cintanya kpd hamba tanpa mempunyai kepentingan apa-apa.Bahkan krn cintanya itulah di limpahkan kurnia nikmatsehingga tidak terhitung banyaknya.
Dlm bercinta,manusia kerap berpura-pura dan kepura-puraannya tidak terbatas cinta antara sesama mahluk,malah kepada Allah yg menjadikannya.Zahirnya mereka mengaku dan ikrar mencintai Allah,tetapi tindak tanduknya dapat mencerminkan apakah dia benar-benar mencintainya.Dan sesungguhnya Allah lebih mengetahui pada hamba-hambanya yg mencintainya.
DI dlm Al-quran,anak disebut sebagai satu "berita baik,hiburan pada pandangan mata dan hidup"Firman Allah Ta'alla:-"Hai Zakaria,sesungguhnya kami memberi khabar gembira kpdmu akan beroleh seorganak yg bernama Yahya ( surah Maryam ayat 7 )
Firmannya lagi :-"Harta dan anak-anak adalah perhiasa kehidupan dunia tetapi amalan-amalan yg kekal lagi soleh adalah lebih baik pahalanya di sisi tuhanmu serta lebih baik utk menjadi harapan"( surah Al'Kahfi ayat 46 )
DIDIKAN PERIBADI
Rasulallah S.A.W memperlihatkan anak-anak sebagai kupu-kupu syurga melalui hadisnya,membuktikan kupu-kupu memanglah sejenis kehidupan yg indah dan mempersonakan mata sehingga di tamsilkan kepada Syurga.
Oleh yg demikianlah angapan Islam terhadap anak-anak yg belum dipalit oleh dosa, mrk perlu dipelihara dan di asuh dlm suasana yg amat sempurna. agar sayapnya nanti kuat dan tidak mudah berderai dan indahnya terus menawan sepanjang kehidupan.
Ajaran islam bermula sejak seseorang anak atau kupu-kupu syurga itu dlm kandungan lagi.Bahan sewaktu belum bergelar janin lagi.Hal ini dapat dilihatkan pada prinsip-prinsip agama tentang perkahwinan dan pentingnya memelihara keturunan.Memelihara keturunan adalah salah satu drpd lima prinsip yg dirumuskan oleh usul fiqh tentang hukum syariat dan hukum-hukum islam :-1) Terpeliharalah Jiwa
Dan Rasulallah S.A.W bersabda:-"Carilah org asing yg bukan kerabat utk dikahwini supaya tidakmembuat anak-anakmu (yg bakal lahir) lemah"
Berdasarkan hadis ini nyatalah pertemuan dua benih yg tidak langsung saling berkait ,bakal melahirkan kupu-kupu syurga yg kuat dr aspek fizikal mahupun mental.
Anda juga asalnya anak,kanak-kanak dan kemudiannya gadis .Ini bermakna anda juga termasuk dlm gelaran kupu-kupu syurga.Cuma apakah anda dapat mengekalkan gelaran itu walaupun pada detik ini telah pun bergelar remaja sunti,pemudi,isteri,janda bahkan mungkin nenek...
Peluang anda utk terus menjadi kupu-kupu syurga tetap ada krn Allah telah memanjangkan usia anda hingga ke hari ini.Lihatlah betapa kasihnya Allah kpd anda..Itupun kadang-kadang Allah masih membuka peluang kpd anda utk menjadi lebih baik drpd sekadar kupu-kupu di syurga apabila menemuinya kelak
Apakah anda sedar akan hal ini..??
KEHIDUPAN DUNIA
Dunia diketahui sebagai tempat tinggal seketika,sementara sahaja atau cukup sebentar.Sekadar utk meletakkan kepala bagi yg dlm kepenatan.Dan apa bila tenaganya telah pulih ia akan bangkit dan berjalan pergi.Ia adalah tempat persingahan bagi seorang musafir yg sedang berjalan dlm perjalanan yg jauh.
Sesuai dgn sifatnya yg begitu manusia sebagai makhluk yg paling cerdik di atas muka bumi.Ia sebenarnya menipu dan memperdaya .Golongan yg paling mudah tertipu dan terpedaya oleh dunia ini adalah wanita drpd yg bergelar gadis, isteri, ibu malah srikandi.
Setiap manusia di dunia ini adalah ibarat kupu-kupu yg sedang bermusafir di tengah-tengah sebuah taman,saujana dipandang indah lagi menakjubkan.Ramai manusia kecundang krn keindahan yg ditemuinya di tmn itu. Namun tidak kurang juga yg berjaya melepasi godaan begitu sehingga sampai ke taman sebelah sana yg nyata lebih indah lagi menawan serta kekal keindahannya.
Justeru itu Allah menurunkan agama islam utk memandu kehidupan manusia dan wanita seluruhnya agar mrk dapat mengecapi nikmat hidup kekal abadi di akhirat kelak.Seorang wanita terutama yg brgelar isteri cukup mudah utk memasukki syurga tetapi seorang wanita juga amat mudah utk di lemparkan ke dlm neraka segalanya bergantung pada pegangan agamanya.
Peringatan Allah Ta'alla dlm firmannya:-
1)Kehidupan dunia hanyalah sementara sekadar mainan dan senda gurau."Dan tiadalah kehidupan dunia ini, selain senda gurau belaka dan sesungguhnya kampung akhirat itu lebih baik bagi org-org yg bertaqwa .Maka tidakkah kamu memahaminya"( Surah A'-An'am ayat 32 )
2)Kehidupan dunia jika dibandingkan dgn kehidupan akhirat hanyalah sedikit."Apakah kamu puas dgn kehidupan di dunia sebagai ganti kehidupan di akhirat?Pada hal kenikmatan hidup di dunia ini dibandingkan dgn kehidupan akhirat adalah sedikit.( Surah At-Taubah ayat 38 )
3)Org yg bermegah-megah dan berbangga-bangga dgn banyaknya harta dan anak dlm kehidupan akan memperolehi azab Allah" Maka jagalah harta benda dan anak-anak mrk menarik hatimu.Sesungguhnya Allah menghendaki dgn (memberi) harta benda dan anak-anak itu utk menyeksa mrk dlm kehidupan di dunia dan kelak akan melayang nyawa mrk dlm keadaan kafir.( Surah At'Taubah ayat 35 )
4)Kehidupan dunia ibarat air hujan yg turun dr langit lalu suburlah tumbuh-tumbuhan di muka bumi ini pada hal tumbuh-tumbuhan itu menjadi kering dan musnah krn terkena angin."Dan berilah perumpamaan kpd mereka(manusia) kehidupan dunia adalah air hujan yg kami turunkan dr langit ,maka menjadi subur krnnya tumbuh-tumbuhan di muka bumi ini.,kemudian tumbuh-tumbuhan itu menjadi kering yg diterbangkan oleh angin .Dan adalah Allah Maha kuasa atas segala sesuatu"( Surah Al'Kahfi ayat 45 )
Macam- macam
Aku Perlu Allah Selamanya..
Menanti di Barzakh - Far East
Ku merintih aku menangis
ku meratap aku mengharap
ku meminta dihidupkan semula agar dapat kembali ke dunia nyata
perjalanan rohku melengkapi semua kembara
singgah di rahim bonda sebelum menjejak ke dunia
menanti di barzarkh sebelum berangkat ke mahsyar
diperhitung amalan penentu syurga atau sebaliknya
tanah yang basah berwarna merah semerah mawar dan juga rindu
tujuh langkah pun baru berlalu
seusai talqin bernada syahdu
tenang dan damai di pusara ku
nisan batu menjadi tugu
namun tak siapa pun tahu resah penantianku
terbangkitnya aku dari sebuah kematian
seakan ku dengari tangis mereka yang kutinggalkan
kehidupan di sini bukan suatu khayalan
tetapi ia sebenar kejadian
kembali roh kembalikembalilah ke dalam diri
sendirian sendiri
sendiri bertemankan sepihanya kain putih
yang membaluti tubuhku
terbujur dan kaku jasad di dalam keranda kayu
ajal yang datang di muka pintutiada siapa yang memberitahu
tiada siapa pun dapat hindari
tiada siapa yang terkecuali
lemah jemari nafas terhent
itidak tergambar sakitnya mati
cukup sekali tak untuk ku mengulangij
antung berdegup kencang menantikan malaikat datang
menggigil ketakutan gelap pekat di pandangan
selama ini diceritakan kini aku merasakan
di alam barzakh jasad dikebumikan
Ku merintih aku menangis
ku meratap aku mengharap
ku meminta dihidupkan semula
agar dapat kembali ke dunia nyata...
pernah dengar tak lagu ni? bagi sesiapa yang blum pnh dgr lagu ni usahakanlah untuk mendengar lagu ni..lagu ni sangat menginsafkan sesiapa sahaja...kecut hati kita bila mendengarkan lagu yang bertemakan kematian ini...kenapa kematian?kerana kematianlah yang dapat mengingatkan manusia agar kembali kepada penciptanya...orang yang paling bijak di dunia ini adalah juga orang yang paling banyak mengingati kematian...
kita akan sedih bila kita kehilangan orang yang tersayang..kehilangan ibu, kehilangan ayah, kehilangan suami, isteri dan orang2 yang paling kita sayang...terputuslah hubungan jasad kit dengan mereka..entah bertemu entahkan tidak di akhirat nanti..justeru, sama2lah kita beramal soleh menyediakan bekalan yang sebanyaknya semasa kita di dunia ini demi menempuh perjalanan yang jauh ini....waallahu' alam..
Musafir
Ibarat seorang musafir...tamsilan seorang insan di atas muka bumi ini..perjalanan semakin jauh dan panjang...letih, lelah, kepanasan, kehausan dan fatamorgana menemani kembara..aduhai diri, bagaimanakah bekalanmu? dari suatu daerah ke daerah seterusnya perjanjian dengan al-Khalik tidak pernah terpadam..khusnul khatimah atau suul khatimah..hanya DIA yang tahu..
Justeru diriku,
ingatlah saat kematian semakin hampir..sudah berapa ramai orang di sekelilingmu telah pergi menghadap ILahi..adakah dikau lupa? atau engkau terlalu asyik dengan kenikmatan yang sementara? persiapkan dirimu menemui-NYA..bukan sekadar ungkapan CINTA di bibir tetapi dengan jiwa jua amal...Allah tidak memerlukanmu tetapi ketahuilah olehmu bahawa engkau sangat memerlukan DIA...Allahlah pesona bagi hatimu..selamat beramal, selamat berjuang dan milikilah keikhlasan...
perjalanan ke destinasi hakiki...kembara seorang insan...
WARKAH BUAT WANITA..
Keindahanmu itu bukanlah bahan jualan untuk diperdagangkan, bukan juga bahan pameran untuk ditayangkan, tapi adalah anugerah untuk kau pelihara dan syukuri. Kecantikan merupakan satu rahsia, bilamana rahsia terbuka ianya menjadi soal biasa yang tidak menimbulkan rasa, daya dan gaya . Setalah itu , di mana lagi keistimewaan golongan yang bernama wanita…
ADUHAI WANITA,
Usahlah lupa, Wanita pernah diperhamba dan maruahmu pernah dijaja. Ketika itu, dimana martabatmu? dan di mana harga keindahan tubuhmu dicelah kegelapan itu?
MENGAPA WANITA??
Tika dalam zaman gelita kau diperkosa namun setelah hadirnya cahaya kau menjadi lupa, mengapa kini kau meninggalkan pakaian Islam yang telah memartabatkanmu, dan mengapa kini kau tinggalkan keimanan yang telah memuliakanmu, apakah kau inginkan kehinaan terus menghiasi insan yang bergelar WANITA.
RENUNGKANLAH WANITA,
Cukuplahlah fitnahmu menggegarkan dunia, cukuplah kecantikanmu menggelorakan jiwa, dan cukuplah lenggokmu mencairkan taqwa. Usahlah kau memperagakan lagi kejelitaanmu sekadar mencari kasih yang fana. Selubungilah jiwamu dengan taqwa agar keabadian cinta-Nya hadir membahagiakanmu. Tiada erti kasih manusia tanpa rahmat danredha-Nya.
SEDARLAH WANITA,
Harga dirimu terlalu tinggi. Namun mengapa dikau sanggup menjajanya. Dikaulah perhiasan dunia yang berharga. Tanpamu tiadalah yang menghiasi darul fana ini.Kembalikanlah sinar keimanan Maryam dalam dirimu. Semailah ketabahan Hajar di sanubarimu. Tanamlah ketaqwaan Rabiatul Adawiyah di dalam jiwamu agar kesuraman dunia akan bersinar. Sesungguhnya Adam tidak mampu berdiri tanpa insan yang bergelar WANITA...
PEREMPUAN YANG DISAYANGI..