Segalanya MilikMU...

Kau yang menciptakan cinta
Dan Kau jua yang menghampar bahagia
Di ribaanMu terhimpun harapan
Impian tulus setiap insan

Kau yang mengutus kan duka
Dan Engkaulah yang mengirimkan hampa
Namun padaMU jua diagungkan
Direbahkan keresahann dan tangisan

Aku tahu inilah kasihMu
Aku tahu inilah cintaMU
Dan ku tahu tiap yang terbaik untukku
Tak semuanya yang kumahu

Di celah hangat nafas yang terhela
Ada dingin saat menyeru namaMU
Terarah segala rongga rasa
Pada damainya dakapanMU

Aku tahu inilah kasihMu
Aku tahu inilah cintaMU
Dan ku tahu di segenap rasaku
Telah Kau titipkan kekuatan oh Tuhan...


lagu baru yang dimuatkan dalam album baru Mestica ini cukup membuatkan hati menjadi kuat kembali setelah dilanda pelbagai perkara sejak kebelakangan ini...
Benarlah segalanya memang milikNYA..
kita ini tiada apa untuk dibanggakan hatta asal kejadian kita hanyalah percampuran air mani lelaki dan benih wanita..lantas, apa yang ada pada kita? memang tiada apapun milik kita...

Dalam rasa duka dan kecewa kita mudah untuk kembali padaNYA jadi mengapa bila gembira dan bahagia kita mudah melupakanNYA..Astaghfirullah al azim..ampunkan segala kekhilafan hambaMU ini.."

“….Barangsiapa yang bertaqwa kepada Allah nescaya DIA akan mengadakan baginya jalan keluar. Dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangkanya. Dan barangsiapa yang bertawakkal kepada Allah nescaya Allah akan mencukupkan (keperluannya). Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan (yang dikehendakiNYA). Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentukan (bagi tiap-tiap sesuatu)
(At-Thalaq 65 : 2-3)


6 PERKARA ALLAH SEMBUNYIKAN



Allah SWT selesai menciptakan Jibrail as dengan bentuk yang cantik, dan Allah menciptakan pula baginya 600 sayap yang panjang , sayap itu antara
timur dan barat (ada pendapat lain menyatakan 124, 000 sayap). Setelah itu
Jibrail as memandang dirinya sendiri dan berkata: "Wahai Tuhanku, adakah engkau menciptakan makhluk yang lebih baik daripada aku?."Lalu Allah swt berfirman yang bermaksud.. "Tidak"Kemudian Jibrail as berdiri serta solat dua rakaat kerana syukur kepadaAllah swt. dan tiap-tiap rakaat itu lamanya 20,000 tahun. Setelah selesai Jibrail as solat, maka Allah SWT berfirman yang bermaksud.
"Wahai Jibrail, kamu telah menyembah aku dengan ibadah yang
bersungguh-sungguh, dan tidak ada seorang pun yang menyembah
kepadaku seperti ibadat kamu, akan tetapi di akhir zaman nanti akan
datang seorang nabi yang mulia yang paling aku cintai, namanyaMuhammad.'

Dia mempunyai umat yang lemah dan sentiasa berdosa, sekiranya mereka itu mengerjakan solat dua rakaat yang hanya sebentar sahaja, dan mereka dalam keadaan lupa serta serba kurang, fikiran mereka melayang bermacam-macam dan dosa mereka pun besar juga. Maka demi kemuliaannKu dan ketinggianKu, sesungguhnya solat mereka itu aku lebih sukai dari solatmu itu. Kerana mereka mengerjakan solat atas perintahKu, sedangkan kamu
mengerjakan solat bukan atas perintahKu." Kemudian Jibrail as berkata: "Ya Tuhanku, apakah yang Engkau hadiahkankepada mereka sebagai imbalan ibadat mereka?"Lalu Allah berfirman yang bermaksud. "Ya Jibrail, akan Aku berikan syurga Ma'waa sebagai tempat tinggal..."Kemudian Jibrail as meminta izin kepada Allah untuk melihat syurgaMa'waa.
Setelah Jibrail as mendapat izin dari Allah SWT maka pergilah Jibrail asdengan mengembangkan sayapnya dan terbang, setiap dia mengembangkan dua sayapnya dia boleh menempuh jarak perjalanan 3000 tahun, terbang la malaikat jibrail as selama 300 tahun sehingga ia merasa letih dan lemah dan akhirnya dia turun singgah berteduh di bawah bayangan sebuah pohon dan dia sujud kepada Allah SWT lalu ia berkata dalam sujud: "Ya Tuhanku apakah sudah aku menempuh jarak perjalanan setengahnya, atau sepertiganya, atau seperempatnya? "Kemudian Allah swt berfirman yang bermaksud. "Wahai Jibrail, kalau kamu dapat terbang selama 3000 tahun dan meskipun aku memberikan kekuatan kepadamu seperti kekuatan yang engkau miliki, lalu kamu terbang seperti yang telah kamu lakukan, nescaya kamu tidak akan sampai kepada sepersepuluh dari beberapa perpuluhan yang telah kuberikan kepada umat Muhammad terhadap imbalan solat dua rakaat yang mereka kerjakan.... ."Marilah sama2 kita fikirkan dan berusaha lakukan... Sesungguhnya Allah S.W.T telah menyembunyikan enam perkara iaitu :
* Allah S.W.T telah menyembunyikan redhaNya dalam taat.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan murkaNya di dalam maksiat.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan nama-Nya yang Maha Agung di dalamAl-Quran.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan Lailatul Qadar di dalambulan Ramadhan.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan solat yang palingutama di dalam solat (yang lima waktu).
*Allah S.W.T telah menyembunyikan (tarikh terjadinya) hari kiamat di dalam semua hari.
SEMOGA KITA MENDAPAT MANFAAT DARIPADA CERITA INI..

Sebuah pemergian..

Sekian lama tidak menulis. Terkadang buntu dan tiada idea untuk menulis di ruang ini dek kesibukan bergelar sebagai seorang mahasiswa. Namun, hari ini ana tergerak untuk mencoretkan sesuatu. Bukan sekadar coretan biasa tapi sebenarnya sebuah kisah tentang sebuah kehilangan...ya kehilangan seorang tokoh ulama' yang cukup disegani. Sungguhpun berita kematian berlaku setiap hari tetapi kita perlu berfikir tentang sebuah kematian yang PASTI akan dihadapi oleh setiap insan dengan kata lain sebagi suatu sunnahtullah. Berbalik kepada sebuah kehilangan yang ana rasa cukup terkesan iaitu pemergian seorang ulama' kita iaitu Dato' Ishak Baharom pada 30 Januari 2007/ 21 Muharram 1429 H. Almarhum Dato' Ishak Baharom dilahirkan pada 1 Januari 1928 di Kampung Batu 22, Kanchong Darat, Banting, Selangor. Ayahnya Haji Baharom bin Jabar, berasal dari Banjarmasin, Sumatra. Manakala ibunya Hajah Fatimah bt Haji Junid berasal dari Melaka. Beliau mempunyai 5 orang adik-beradik. Allahyarham meninggalkan balu, Datin Khalijah Abdullah serta tiga orang anak.Allahyarham mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Kanchong Darat dari 1935 - 1941. Semasa pemerintahan Jepun, beliau tidak dapat meneruskan persekolahan selama 2 tahun. Pada tahun 1945, beliau menyambung pelajaran di di Sekolah Menengah Arab Madrasah Bukit Mertajam, Seberang Perai, Pulau Pinang. Seterusnya melanjutkan pelajaran di Darul Ulum, India.Jawatan terakhir Allahyarham sebelum dilantik menjadi Mufti Negeri Selangor pada 1985 ialah sebagai Mudir Sekolah Menengah Agama Batu 38, Sabak Bernam.Bagaimanapun pada 1997, ekoran fatwa yang dikeluarkannya yang menegaskan pertandingan ratu cantik adalah haram, beliau telah dipecat daripada jawatan mufti walaupun perkhidmatannya baru sahaja disambung.Selepas pemecatan tersebut, Almarhum meneruskan perjuangannya dengan turun ke padang sebagai penceramah dan pendakwah bebas.Almarhum bergiat serius dalam PAS bermula pada 2003 setelah dilantik menjadi Ahli Majlis Syura Ulama' PAS.
Sebelum berita pemergian beliau, ana telah menerima mesej daripada sahabat- sahabat dalam pukul 1 tghari. lantas degan rasa terkejut dan terharu ana terus mem'forward'kan mesej terseut kepada sahabat- sahabat dan kenalan- kenalan seperjuangan. Setengah jam kemudian, ana menerima sebuah mesej lagi yang mengatakan bahawa almarhum belum meninggal lagi. Ya Allah, ana rasa bersalah sangat kerana menghantar mesej tersebut kepada ramai orang. Mesej yang kedua tu ana fowardkan semula kepada mereka untuk membuat pembetulan. Kemudian, seorang sahabat ana menghantar mesej kepada ana, mesej beliau berbunyi " lain kali tolong selidik dulu perkara ni, perkara kematian jangan buat main- main." Terkedu rasanya dan ana rasa berkecil hati. Ana tiada niat pun untuk main- main isu ini. Dalam masa yang sama ana rasa geram dan marah terhadap penghantar mesej yang asal itu. Walau bagaimanapun, berita pemergian Almarhum akhirnya menjadi kenyataan juga lebih kurang pukul 3.05 ptg. Hanya al- Fatihah yang dapat ana berikan. Bersemadilah dikau dengan tenang dengan keindahan taman- taman syurga. Berehatlah setelah sekian lama dirimu berjuang kerana meninggikan kalam Allah di muka bumi ini. Semoga kami yang tinggal di sini tidak gentar untuk meneruskan perjuangan ini sehingga ke hembusan nafas yang terakhir...
draft

Cinta Kopi Masin

Sebuah cerpen yang ana copy paste daripada email..bersama- sama kita hayati...

Dia baru sahaja tamat belajar sebagai seorang doktor di UK. Masih bujang dan tercari-cari seorang isteri sebagai teman hidup. Pada suatu hari, ketika sedang minum di sebuah kedai kopi berdekatan dengan sebuah ma'had tahfiz di Lembah Beringin bersama seorang rakannya yang hafaz Quran, dia terpandang seorang gadis yang sungguh cantik. Dengan wajahnya yang tenang dan penampilan solehah, gadis itu sungguh menawan. Si doktor dan si gadis bertentangan mata, tetapi dengan segera kedua- duanya mengalihkan pandangan mereka. "Astaghfirullah" , bisik doktor itu perlahan. Dia sedar itu panahan syaitan. Si gadis sedang minum-minum bersama dua orang rakannya. Subhanallah, indah sungguh ciptaan Allah ini! Secara tiba-tiba si doktor menjadi gugup, berdebar-debar dan serba tidak kena. Ingin sahaja dia menyunting gadis ini sebagai isterinya. Doktor tersebut berbisik kepada rakannya yang hafaz Quran itu,"kau kenalkah gadis itu?" "Kenal. Dia sungguh berbudi bahasa.Dan masih belum berpunya lagi", jawab rakannya sambil tersenyum memahami. Aduh, bertambah guguplah doktor muda ini! Tiba-tiba, datang pelayan meminta order, dan dia secara spontan berkata"Berikan saya kopi masin!" Semua orang memandang dan melihat aneh kepadanya, termasuklah rakannya, pelayan dan gadis tersebut. Mukanya mendadak menjadi merah, tetapi dia tetap tidak mengubah pesanannya, dan setelah kopinya sampai, dia terus meminumnya. >Kehairanan, rakannya bertanya "Mengapa kopimu mesti masin, sahabatku?" "Saat aku masih kecil. Aku tinggal di tepi laut. Aku sangat suka bermain-main di laut, di situlah tempatnya aku dapat rasakan air laut....masin dan pahit. Sama seperti rasa kopi ini" jawab lelaki ini. Tanpa disedari, gadis cantik yang duduk di meja bersebelahan, mendengar kata-kata si doktor tersebut. Gadis ini terharu. Itu adalah hal yang sungguh menyentuh hati. Perasaan yang begitu dalam dari seorang lelaki yang mengungkap kerinduan akan kampung halamannya. Dia pasti seorang yang menyintai dan begitu mengambil berat akan rumah dan keluarganya. Dia pasti mempunyai rasa tanggungjawab akan tempat tinggal dan orang tuanya. Jika dia seorang abang, pastinya dia seorang yang sanggat menyayangi adik-adiknya. Bertuahlah siapa yang menjadi isterinya. Setelah peristiwa tersebur, si doktor ini meminta rakannya merisik gadis tersebut. Pucuk dicita, ulam mendatang. Setelah mengetahui rombongan merisik adalah mewakili lelaki yang ditemuinya di kedai kopi tempohari, si gadis yang pada ketika itu hampir tamat pengajian di ma'had tahfiz, menerima si doktor ini sebagai teman hidupnya dengan hati terbuka. Seperti kisah cinta yang indah, Allah mengurniakan ketenangan di dalam rumah tangga mereka. Mereka hidup bahagia, saling menyanyangi antara satu sama lain, walaupun tidak mengenali antara satu sama lain sebelum ini. Cinta yang berputik setelah perkahwinan, terus kembang mekar seiring dengan ketaatan mereka kepada Yang Maha Pencipta. Dan setiap kali si isteri membuatkan secawan kopi buat suaminya, dia tidak lupa membubuh sedikit garam di dalamnya, kerana dia tahu, itulah kesukaan suaminya. Setelah 40 tahun hidup bersama, si suami meninggal dunia. Dia meningalkan sepucuk surat buat isterinya. "Sayangku, sepanjang tempoh kehidupan kita bersama, abang telah sentiasa jujur terhadapmu, tetapi maafkan abang untuk satu perkara. Maafkan kebohongan yang telah abang buat sepanjang hidup abang. Inilah satu-satunya kebohongan abang kepadamu - tentang kopi masin. Kamu ingatkah di saat kita pertama kali bertemu? Pada ketika abang sedang minum kopi dengan Ustaz Syakir, di maahad? Abang sangat gugup pada ketika itu. Sebenarnya abang inginkan kopi manis. Tetapi abang telah tersebut kopi masin. Waktu itu abang ingin batalkannya, tetapi abang terlalu gugup di hadapanmu ketika itu, maka abang biarkan sahaja. Abang tidak pernah menyangka itu akan menjadi awal perkenalan kita. Abang telah mencuba untuk mengatakan hal yang sebenarnya kepadamu..abang telah mencuba beberapa kali sepanjang hidup abang...tetapi abang tak sanggup melukakan hatimu..Sekarang saat kamu membaca surat ini, abang sudah tiada. Tidak ada lagi yang perlu abang bimbangkan, maka abang akan menyatakan ini kepadamu: Abang tidak menyukai kopi masin. Tapi sejak mengenalimu, abang selalu minum kopi masin yang kamu buatkan sepanjang hidup abang. Dapat berada di sampingmu adalah kebahagiaan terbesar dalam hidup abang. Jika abang punya kesempatan untuk menjalani kehidupan sekali lagi, abang akan tetap berusaha mengenalimu dan menjadikanmu sebagai isteri abang walaupun abang harus minum kopi masin sekali lagi." Sambil membaca, air matanya membasahi surat itu. Suatu hari, seseorang telah bertanya kepadanya,"Bagaiman a rasa kopi yang masin?" Dia dengan pastinya menjawab,"Rasanya manis sekali" Begitulah kisah bahtera cinta yang antara dua insan, Dalam pelayaran menuju cinta Tuhan. Wallahu a'lam. Simbol cinta menuju ilahi

2008

Alhamdulillah..Allah masih lagi meminjamkan hayat buat diri ini meskipun diri ini sering memungkiri janji padaNYA..

Tahun 2008, hampir 25 tahun kehidupan ana di atas muka bumi ini mengikut perkiraan tahun masihi dan hampir 27 tahun jika dihitung berdasarkan kalendar hijriah..mmg pantas sungguh masa berlalu...tapi, sememangnya ana yang terlalu lambat mengejar waktu..

Kedatangan tahun 2008 menjanjikan sinar dan harapan kepada setiap insan. Dengan berlabuhnya tirai 2007 maka 1428 hijrah juga bakal meninggalkan kita..begitulah putaran kehidupan..proses peralihan waktu akan terus berlaku mengikut sunnahtullah...

Harapan ana pada diri semoga kedatangan 2008 dan 1429 hijrah ini menjadikan ana seorang yang berjaya meraih kecemerlangan dunia untuk bekalan di akhirat..pengalaman sedih dan duka akan menjadi iktibar dan renungan buat diri ini...

" Ya Allah, perbaikilah untukku ugamaku yang mengawasi urusan hidupku, perbaikilah jua untukku duniaku yang menjadi medan kehidupanku dan perbaikilah untukku akhiratku yang menjadi tempat kembaliku.”