Buat Diriku...


"DeRiTa pErJuAnGaN BuKaN sAtU bEbAnAn TeTaPi sAtU LaTiHaN, GuNdAh PeRjUaNgAn BuKaN SaTu AnCaMaN TeTaPi sAtU dIdIkAn, MeHnAh pErJuAnGaN bUkAn sAtU KegUsArAn TeTaPi sAtU KeKuAtAn, WaLaU PeRiT MaNapUn pErJuAnGan, SeSuKaR MaNaPuN pErJaLaNaN, kItA PeJuAnG, tAbAhKaN HaTi, kItA mUjAhId@mUjAhiDaH, KuAtKaN DiRi, kUkUhKaN TeKaD, mArA dALaM PeRjUaNgAn IsLaM..."

Mutiara Kata



“Ketenangan itu milik hati- hati orang yang beriman, agar bercambah benih hikmah dalam setiap perlakuan.Orang yang banyak menderita, jiwanya akan perkasa dan apabila ditimpa kesusahan akan selalu ingat Allah.Bertuahlah apabila iman diuji kerana jika sabar dan tabah menghadapi pasti ada kemenangan yang menanti”

Aku dan Sekolah



Assalamualaikum..


Ermm...sedar tak sedar dah 2 bulan aku dan kawan- kawan menjalani Latihan Mengajar di SMK Taman Kenari. Banyak perkara menarik dan pengalaman yang dilalui..dengan kawan- kawan yang 'nakal', pelajar- pelajar yang tak tau nak describe macam mana..huhu..guru- guru? lagi la macam- macam karenah..ada saja perkara baru setiap hari.. Semua ni akan ku kenang sepanjang hidupku...InsyaAllah lagi 2 bulan akan habis lah latihan di sekolah ni..

Tahun ni umurku dah 26 tahun, dah lama aku hidup di dunia ni...tak tau la sejauh mana amalanku selama ni..mudah- mudahan Allah menerimanya..Dalam 26 tahun yang kulalui ni terlalu banyak kisah gembira, sedih, manis dan pahit yang tak dapat diungkapkan dengan kata- kata..Semua ini mengajar aku untuk lebih berhati- hati menjalani hidup yang terlalu singkat ini..

Sedikit cerita pasal alam perkahwinan..walaupun aku belum kawen lagi..InsyaAllah tahun ni ada kalangan sahabat2ku yang tersayang yang akan mengakhiri zaman bujang mereka. Aku tumpang gembira dengan berita ini..harap2 akan ada lagi yang menyusul lepas ni..Aku mendoakan yang terbaik buat mereka. Semoga rumahtangga yang bakal dibina kekal hingga ke syurga..AMIN..Tak sabar nak balik kampung dan jumpa bakal pengantin yang berseri- seri :)