Cerita Hati


Sesungguhnya doa dan pergantungan kepada Allah itu benar- benar penyembuh luka. Di kala diri ditimpa resah, dihimpit pilu dan diasak dengan segala macam persoalan hidup, di situlah besarnya peranan doa'. Bukankah doa' itu senjata orang mukmin? Tika diri serasa tidak upaya lagi mengharungi lautan kehidupan yang bergelora dan berombak ganas, kita masih ada DIA..itulah Allah..DIA lah sumber kekuatan..DIA lah punca kehidupan..Apabila semua manusia menjauhi namun DIA tidah pernah menyisih..

Ya Allah..aku sangat- sangat memerlukanMU dalam apa jua yang kulakukan..aku tak mampu sendiri mengharungi hidup ini..terasa jauh aku ditinggalkan oleh insan- insan yang pernah hadir meceriakan hidupku suatu masa dulu..Namun, aku perlu akur pada Sunnatullah bahawa kenangan itu perlu dilepaskan untuk meraih sesuatu yang dijanjikanNYA...

Di daerah sepi ini aku cuba menghitung dosa- dosa yang semakin menimbun, mencari titik kekuatan pada hati agar aku tidak hanyut dengan badai yang aku ciptakan sendiri. Benar, aku bermain dengan emosi tetapi apalah dayaku kerana hati yang lemah ini diciptakannya sebagai raja dalam kerajaan diriku..justeru, banyak yang perlu aku lakukan kembali untuk mengutip dan mengilap mutiara- mutiara iman dan roh perjuanganku. .

Buat sahabat- sahabat yang masih menyedari kewujudanku di sini, doakan aku agar tidak kalah pada diriku sendiri..aku masih sahabat yang kamu kenali dahulu jasadnya cuma roh dan jiwaku yang masih perlu kucari kembali..apa yang kuharapkan daripada kalian, janganlah aku dibuang ketepi dan terus disisih..Berilah ruang dan peluang untuk diriku 'menyepi' buat seketika dari medan yang sememangnya sukar ini...Mudah2an jiwa ini terus ikhlas dan bersangka baik kepada sesama makhluk.