Konvokesyen USM 2009






















Alhamdulillah..
segalanya telah selesai...

Assalamualaikum...
Lamanya tak update...sbrnya xtau nk cite apa..sahabatku, kursiah sibuk suruh update..nah ni, aku dah update..baca sampai bosan..huhu

Alhamdulillah skg ni aku berada di Penang., dgn kata lain berada di USM...medan untuk aku mencari ilmu dan pengalaman sepanjang 4 tahun..banyak peristiwa suka duka aku di sini. Kedatanganku kali ini adalah untuk menghadiri majlis konvokesyenku yang jatuh pada sidang ke-7, sabtu (15 ogos 2009). Akhirnya usai sudah pengembaraanku di bumi Minden ni. Gembira, sebak, terharu itulah yang dapat kukatakan setibanya aku di lapangan terbang Penang kali ni..Hujan renyai2 dan cuaca mendung menyambut kedatangku kali ini. Seperti waktu2 sebelumnya aku dtg sendiri ke Pulau mutiara ni (dtg lebih awal drpd familyku). Penerbangan yang memakan masa lebih kurang 2 jam 50 minit daripada Kota Kinabalu kuisi dengan gamitan memori yang panjang tentang perjalanan hidupku di utara tanah air ini .

Memang cepat masa berlari sepantas usiaku yang menginjak ke angka 26 tahun ini. Meskipun usiaku ini sebenarnya agak lewat untuk meraih Ijazah tetapi begitulah ketetapan Ilahi yang telah mengatur perjalanan hidupku ini. Alhamdulillah...

Buat mak dan bapa...terima kasih atas segalanya..tak terbalas segala jasa dan pengorbanan kalian yang telah mendidik dan membesarkanku..hanya Allah yang mampu membalasnya..doa anakandamu ini moga kalian sentiasa dalam kebaikan dan kasih sayang-NYA.

Buat Abang Ojam, Abang Iwan dan Adikku Hidayat...terima kasih atas ingatan dan kasih sayang kalian terhadap puteri tunggal keluarga ini..tak lupa gak buat kakak2 iparku..
Buat Sahabat2ku yang tersayang...kalian sumber ilhamku..terima kasih atas doa dan semangat yang diberikan ketika aku jatuh tersungkur...semoga persahabatan ini akan terus mekar meskipun pelbagai ujian dan masalah yang datang...

Aku bersyukur Ya Allah atas nikmat yang telah KAU berikan ini..semoga hambaMU yang hina ini akan terus bersyukur dan redha dengan sesuatu yang telah diberikan..

Hari ini, familyku akan datang ke Penang utk sama2 meraikan kejayaanku..terima kasih pada abang Iwan dan wife yang sponsor tiket..tiket flight bukan RM30- 40 tapi beratus ringgit untuk kami berlima..tapi tulah lagi pengorbanan seorang abang untuk adiknya ini..terima kasih sekali lagi bang..familyku akan duduk di rumah pakcikku di ayer itam, penang...mujurla ada pakcikku yang pindah dan bertugas di penang ni (adik bapa)..dapatla gak kami tumpang rumahnya..memang rumah dia la tempat aku menumpang kalau cuti2 sbb dia mmg suka aku datang uma dia..tambah2 cousin2ku yang aksi tu lagila drg hepi aku duk uma drg.huhu.Apapun, terima kasih pakcik hajis dan mck ila..

ermm..okla..xtau apa lagi nk cite ni..nanti pas konvo br letak gambar,k.