Terkenang- kenang..

Hujung mingguku di Semporna :

Kem Bestari Solat di sekolah...

Kak Ani: Ogy, nak ke jadi fasi untuk KBS?
Ogy: Apa tu kak?
Kak Ani: Kem Bestari Solat untuk pelajar Tahun 6..
Ogy: Sapa yang terlibat?
Kak Ani:  Sume guru GPI & j-qaf...
Ogy: segan la kak..saya bkn ustazah...
Kak Ani: Ala tak pe la..kita kurang fasi..
Ogy: bila program tu?
Kak Ani: Insya Allah Jumaat ni..
Ogy: Boleh tu boleh kak, masalahnya saya dah dijemput jadi fasi untuk Prgrm di Bugaya II
Kak Ani: KBS ni sehari je..Hari Jumaat tu pkl 1.30- 5 ptg..
Ogy: owh..ingtkn kena bermalam..boleh la kalo gtu..

Dengan izin ALLAH, aku terlibat juga dengan pogram di bawah j- qaf dan GPI sekolah..Segan juga sebenarnya tapi atas nama Islam dan ibadah, aku setuju je.. Walaupun ilmu ini tidak seberapa. Program yang melibatkan pelajar Tahun 6 ini akan memberi pendedahan tentang ibadah solat. Sebagai fasi yang diamanahkan, sudah pastilah aku kena lebih arif dan bijak menerangkan tentang solat kepada pelajar. Perkara simple tapi kena berhati- hati sebab takut tersilap ajaran, lain pula jadinya nanti.






Sewajarnya anak- anak ini mesti sudah tahu tentang solat ataupun sudah mempraktikkan solat kerana umur telah mencecah 12 tahun. Namun, situasi yang diharapkan memang tidak berlaku. Kem hanya berkisar tentang Rukun Solat juga Perkara2 Membatalkan Solat. Tapi banyak yang tak lepas akibat tidak bersolat! Kecewa dan sedih dengan kenyataan ini. Tapi inilah realiti di Sabah. Fardhu Ain masih terabai lantaran adat yang mencengkam. Namun, apa jua keadaannya, ilmu perlu kusampaikan. Setulus hati dan sebersih jiwa cuba ku terangkan agar mereka faham dan aku berserah kepada DIA yang memegang hati manusia.

Selesai program di sekolah...

Selepas Isya', program hujung mingguku diteruskan ke SMK Bugaya II. Sekolah tempat sahabatku mengajar. Sudah lama dimaklumkan akan hasratnya menjemput Nisa' Tawau untuk menjayakan program. Mulanya ramai yang berminat namun di saat2 akhir ramai yang tak dapat hadir disebabkan Sekolah Ganti pada hari Sabtu ( Team Nisa' terdiri daripada guru2..)

Riak2 kecewa tergambar di wajah sahabatku..Aku memahami perasaannya.. Bukan aku tidak melihat keghairahannya menyiapkan semua perkara demi memastikan Nisa' Tawau akan hadir di bumi Semporna ini. Keletihan dan kepenatannya menguruskan pelbagai perkara turut mengundang kekecewaanku jua kerana ketidakhadiran 'sahabat' seperjuangan yang lain. Berbaik sangka sahaja kepada mereka semua. Itu ubat membendung mazmumah yang beraja.

Manusia merancang, Allah jua merancang..Nyata perancangan Allah itu lebih baik.. ditakdirkan hanya 7 orang sahaja yang dapat menghadirkan diri malam itu. Maknanya hanya 4 orang daripada Tawau dan selebihnya kami yang di Semporna ini. Dengan urusan pengangkutan yang sangat terbatas, adik2 itu sampai juga dengan semangat untuk membantu meski ada yang punya agenda untuk program PERPPIS pada hari Ahad. Aku rasa, aku pun tidak sekuat mereka untuk hadir ke bumi Semporna ini.

Bersedia menerima tanggungjawab sebagai mentor kepada anak2 Bugaya II. Mungkin itulah yang ada di jiwa kami semua. Pada mulanya berat juga untuk hadir kerana mind setting yang bersedia untuk bercuti pada Sabtu dan Ahad juga kerana ramai 'sahabat' yang menguzurkan diri .Namun,  Kugagahi jua kerana membandingkan dengan kepayahan adik2 yang datang dari jauh berbanding aku yang sememangnya berada di sini. Pesan pada diri, jangan sedih, usah kecewa meski sahabat2mu tidak bersama...berbaik sangka sahaja kerana itu ubat bagi hati yang rawan..

Dan kepada ustazah Mardiana aka Mare' yang berusaha jua datang pada hari sabtu selepas bersekolah ganti..Kehadiranmu menampal sedikit luka kami...Moga Allah menilai semua ini sebagai ibadah berterusan.

Sungguh, aku jatuh hati dengan anak2 Bugaya II. Spontan mereka memanggil aku 'umi'. Lain benar rasanya. Dan aku setuju dipanggil begitu agar tidak terasa asing aku dengan mereka yang kesemuanya muslimin ( aku diberikan kumpulan lelaki). Merekalah insan yang perlukan bimbingan dan perhatian. Asingnya mereka dengan dunia 'kita' cukup menginsafkan diri agar selalu bermuhasabah dan selalu bersyukur. Cerita2 daripada sahabatku selaku guru di sekolah itu kini aku hadapi. Dan sehingga hari ini, ada rasa rindu pada mereka semua. Semoga kalian baik2 sahaja..Dan panggilan itu membuat aku selalu bahagia. Pertemuan dan perkenalan yang singkat bersama 'anak2'ku ini menitipkan rasa yang pelbagai. Semoga Allah meredhai pertemuan ini.




Prgoram dan modul kami adalah daripada Allah ( meminjam istilah adik Huzailah). Terasa benar bantuan Allah dalam setiap urusan. Adik2 fasi memang bijak mengendalikan situasi. Sekadar berada di saff sokongan, aku tidak banyak bercakap kerana memberikan ruang dan peluang untuk adik2 yang sememangnya berbakat.  Tradisi kepimpinan PERPPIS dan jemaah memang berkesan. Siapa sangka, adik2 yang pernah menjadi mentee dan peserta program mempraktikkan segala ilmu dan ajaran yang diberikan. Syabas!!

Kepada team Nisa' yang hadir;
Nani, Sumarni, Ratnah, Suheni, Mare, Huzailah,  Aqma dan Syamsinar...
Pertemuan kita di Bugaya II menitipkan rasa ukhuwah yang hebat. Akak gembira dengan pertemuan kita di bumi Semporna. Semoga kita semua istiqamah di jalan ini...




Kepada anak2 Bugaya II;
Semoga kalian menjadi insan yang cemerlang mengikut acuan Islam..kalian insan biasa yang punya aura luar biasa. Mudah2an bantuan dan hidayah Allah selalu ada bersama kalian..





Terima kasih Ya Allah atas segalanya...

Dan kini, aku selalu terkenang- kenang keindahan itu..

Insya Allah, ada rezeki kita akan bertemu lagi...

Salam kerinduan di bumi Semporna..

Terus Bekerja..



Terima kasih Kak Kam yang bagi award ni. Top Blogger lagi tu..hehe..Padahal blog ni tidak sehebat blog sahabat2 dan teman2 yang banyak input dan pengisian.  Sepanjang ber'blog', ni lah pertama kali dapat award :)
Kak Kamsiah merupakan ibu kepada bekas pelajarku di SMK Taman Kenari. Hanya bertaaruf melalui alam maya. Terlewat mengenali beliau. Tak apa la, Insya Allah ada rezeki mai Kulim ingin bertandang ke rumah Kak Kam..boleh kak?

Minggu lepas baru selesai menjalankan tugas sebagai AJK Muktamar Muslimat Kawasan Tawau. Sebelum hari program, Usrah Nisa' berjalan seperti biasa tetapi di tempat yang berbeza. Port kali ni ialah di kedai Kak Min yang berdekatan dengan Dewan untuk muktamar keesokan harinya.  Seronok dapat berjumpa sahabat2. Macam lama sangat tak jumpa. Pelbagai isu kami bincangkan. Dan pastinya buku Dasar- Dasar Ilmu Dakwah karangan Dr. Abdul Karim Zaidan teks utama kami. 

Antara intipati yang dibincangkan dalam buku ini adalah tentang kewaspadaan (khazar) seorang pendakwah terhadap berbagai perkara seperti waspada terhadap anak dan isteri( keluarga), kemaksiatan, nafsu serta daripada orang kafir dan munafik. Dan akhirnya konsep tawakal seorag dai' e setelah melaksanakan semua yang telah dituntut. Mudah2an tidak sekadar teori dan bahasa indah yang diungkap. Pelaksanaan teori itu yang utama. Sesunggguhnya terlalu banyak kewaspadaan yang dituntut dalam dakwah ini. Kemampuan untuk terus bertahan kadang- kala goyah jua dipukul badai duniawi. Moga terus bertahan Ya Allah...

Tahniah pada semua sahabat atas keterlibatan dalam menjayakan muktamar kawasan meskipun orang kuat kami tidak dapat menghadirkan diri pada hari program disebabkan kesihatannya yang tidak mengizinkan.  Aku, Asmah dan Ros pula tidak dapat bersama sehingga ke akhir program kerana terpaksa bergegas pulang ke Semporna dan Ros pula  ke Pulau untuk meneruskan tugas seperti biasa. Apapun thanks to Allah kerana mengizinkan diri ini hadir dan melaksanakan tanggungjawab yang masih kurang sempurna.

Agenda seterusnya perlu bersedia untuk Muktamar peringkat Negeri pada bulan Mei nanti. Tawau menjadi tuan rumah kali ini. Taklifan yang sama seperti mukatamar kawasan. Terasa berat juga sebab kerja- kerja penerbitan sebelum ni banyak dibantu oleh Pengarah program. Adakah pengarah kali ni jua akan membantuku ? Wallahu'alam...

Sedikit lensa muktamar kawasan baru- baru ini..terima kasih kepada tuan punya kamera yang terbabit..ada kualiti gambar yang kurang memuaskan (kamera pemilik blog la tu..)










Jumpa lagi tahun depan...

Aktivitiku

Beberapa hari cuba update blog. Gagal. Hari ni, Jumaat berada d rumah sendiri di teratak ayahanda bonda aku cuba menulis sesuatu. Berjaya.

Baru selesai menyiapkan bahan- bahan penerbitan untuk Mesyuarat Agung Tahunan Kawasan. Sebenarnya tak banyak cuma pamplet, cover buku, bookmark dan ucaptama. Tapi, bagi golongan amatur seperti aku ni, benda2 ni macam susah sangat. Inilah pertama kali dalam hayatku jadi AJK Penerbitan. Terima kasih la kepada Cik Pengarah yang dengan rela dan gembira melantik aku yang "hebat" ni. Lepas ni, sesiapa yang nak melantik AJK penerbitan untuk program, bolehlah lantik aku lagi..haha

Gembira berada di rumah sendiri. Merehatkan diri dan otak yang sarat dengan kerja2 yang banyak di sekolah. Balik nanti banyak laporan kena siapkan. Siapa cakap jadi cikgu mudah? Tekak ni pun masih terasa perit sebab menjerit2 dengan budak2 di sekolah. Penat sangat2.

Petang Khamis kelmarin, selepas sekolah terus balik ke Tawau bersama Efah ( tuan punya kereta) dan Asmah ( Singgah kejap di rumah ambil barang). Housemate yang lain sudah lesap dari rumah. Pantang cuti, memang pakat2 balik Tawau punya. Sorang lagi balik Sandakan. Pengantin Baru di rumah kami. Kesian kan, jauh daripada suami. Sampai di rumah sudah pukul 9.30 malam. Macam la Semporna- Tawau tu jauh sangat. 
Sebenarnya singgah di Giant lagi sebab nak bersolat jamak qasar. Lepas tu singgah makan sambil tunggu parents Asmah datang ambil. Maklumlah tiada kereta sendiri lagi..Insya Allah, coming soon.

Hari2 seterusnya merupakan perjuangan hidupku yang masih tidak pasti. Justeru, perlu bersiap sedia menghadapi hari perjanjian denganNYA. Semoga pekerjaan ini adalah ibadah yang tak akan hentinya meskipun hati kadang kala kurang gembira.

Esok perlu menghadiri usrah dan meeting terakhir sebelum Mesyuarat Agung Tahunan yang diadakan pada hari Ahad. Dan esok juga menghadiri kenduri kawen kak Ira (kakak kepada seorang sahabat- Hajiyah)..Selamat Pengantin Baru Kak Ira. Semoga bahagia hingga syurga (berseri- seri wajah Kak Ira petang tadi..hmm)..