Cerita Januari

Salam Fillah...

Alhamdulillah..pujian itu sememangnya layak untukMu Allah kerana Engkaulah yang memiliki segala- galanya.

5 Januari 2011
Genap setahun  aku menjadi seorang guru di salah sebuah sekolah di daerah Semporna ini. Meskipun masih baru dan mentah dalam sendu tawa dunia keguruan ini namun ada pengalaman yang berharga perlu dikutip di sini. Mengenali teman- teman, rakan sejawat, watak2 manusia yang pelbagai sehingga menilai siapa diri ini sebenarnya. Sejujurnya ku akui, sepanjang tempoh ini jiwaku masih tidak dapat menerima hakikat bahawa aku di postingkan di sekolah rendah. Namun, Allah punya rencana tersendiri buat diri ini. Tidak mahu mengeluh dengan yang berlaku tetapi seharusnya perlu selalu bersyukur dengan ketetapanNYA.


Mengenang 5 januari 2010, Allah mentakdirkan diri ini berbakti di bumi Semporna yang masih perlu disempurnakan dalam banyak perkara. Bukan tugas mudah, namun itu yang perlu ditelan. Tidak pernah bermimpi untuk berada di daerah ini. Namun, itu kehendakNYA. Beban dakwah ini serasa berat. Senak sesak menghimpit dada. PadaMU Ilahi daku meminta agar kuatkanlah jiwa dan jasadku untuk berada di medan juang ini.


7 Januari 2011
Selamat Hari lahir yang ke 51 buat ayahandaku Rahmat bin Hassan. Tidak ada hadiah. Hanya ucapan dan doa' daripada kami agar Allah selalu meredhaimu.  Sungguh kasihmu selalu ada di dalam setiap denyut nafasku. Ya Allah, panjangkanlah umur ayahandaku dalam ketaatan kepadaMU. Masukkanlah dia ke dalam syurgaMU kelak ketika masanya telah tiba..Sungguh, tidak terbalas segala jasanya kepada diri ini. Semoga bahagia mengisi hari- hari tuanya..Amin.


Januari ini penuh dengan kesibukan. Sibuk yang sesibuknya. Moga kesibukan ini tidak menggangu rutin hidup sebagai hamba walau di mana jua. Teringat pesan murabbi, 'jadilah hamba Allah walau di mana pun kita berada."

Buat sahabat2 yang mengerti, semoga kesibukan kita ini menjadi suatu ibadah di sisiNYA demi menjadi murabbi yang punya naluri. Moga Allah tetapkan hati kita pada jalan juang ini selamanya.

Tahun Baru

Salam Fillah

31 Disember 2010, maknanya sudah berada di penghujung tahun. Tinggal beberapa detik lagi 2011 menjengah. Tahun baru umat Islam pula sudah berlalu beberapa waktu. Berjalan dan terus berjalan  meninggalkan insan yang sentiasa beringat mahupun yang sering terlupa. 

Seperti orang lain, diri ini juga punya cerita yang terlakar di sisi keluarga, sahabat & teman2 yang setia. Ada yang dapat dikongsi dan tidak kurang juga yang perlu tersimpan kemas di hati. Setiap yang dilalui merupakan tarbiyyah buat diri agar sentiasa ingat pada Ilahi.

Penghujung tahun 2010 bermakna cuti persekolahan juga hampir berakhir. Cuti kali ini tidak  pergi ke destinasi tertentu untuk bercuti- cuti. Hanya berada di sekitar Tawau untuk berbakti kepada ayahanda bonda di samping memanfaatkan diri buat yang memerlukan. Alhamdulillah..cuti kali ini terisi dengan pelbagai  pengisian dan  program jemaah  yang mewarnai bumi Tawau yang dicintai. Menadah kitab, menghadiri walimah sahabat & saudara mara, bermesyuarat, berusrah, berjogging dan bermain badminton antara jadual sepanjang bercuti.  Semoga segala yang dilakukan ini ada redha Allah dipenghujungnya. 

Cuti juga bermakna kenduri perkahwinan saudara, sahabat & teman2. Tahniah diucapkan pada yang melangsungkan perkahwinan. Semoga ikatan suci ini mendapat berkah dan redha Allah selamanya. Perkahwinan bermakna hubungan persaudaraan semakin terjalin dan gerak kerja dalam perjuangan semakin mantap kerana ada si dia di sisi yang lebih mengerti. Pesan pada diri, perkahwinan itu juga suatu ujian dunia yang setiap orang akan melaluinya dengan izin-NYA jua nanti berdasarkan tingkat keimanan masing- masing.  Bagi yang masih bujang, InsyaAllah giliran masing2 akan menyusul. Bersabar sahaja kerana Allah tahu yang terbaik buat hambaNYA. Usahlah terlalu memikirkan soal jodoh kerana redha Allah itu tidak diraih dengan perkahwinan semata- mata.

Semoga apa sahaja yang telah dilalui pada tahun ini membuahkan taqwa pada akhirnya. Azam tidak semestinya pada tahun baru sahaja kerana orang mukmin perlu sentiasa memikir dan memerhatikan setiap urusan hidupnya kerana apa sahaja yang halal pasti dihisab manakala yang haram pasti diazab. Wallahu 'alam.

7.43 pagi
31 Disember 2010
Semporna..


Masih menulis lagi...

Salam Fillah...

Sudah lama tidak bermanja- manja di blog sendiri. Sekadar blogwalking mencari pengisian diri sekaligus menghias diri agar lebih bernaluri. Terselit kekaguman pada mereka yang istiqamah menulis dan meluah rasa dalam blog sendiri, mungkin itu juga salah satu terapi berguna buat diri.

Tidak banyak cerita dan kisah sepanjang ber'uzlah' daripada blog sendiri. Melalui Ramadhan yang indah dengan azam untuk mempertingkatkan amalan lantaran tidak mahu Ramadhan sekadar kewajipan. Seterusnya meraikan Syawal dengan kegembiraan seperti masa- masa dulu walau ertinya sudah tidak seperti dulu lagi...hmmm...

Syawal ini dikhabarkan dengan pernikahan sahabat yang juga 'adik' semasa di kampus dulu. Tahniah buat Yani, sahabat dan teman tempat berkongsi rasa. Tak sangka Yani bertemu jodoh dengan super senior kita..ramai yang terkejut...benarlah jodoh itu rahsia Allah...maafkan kak gie tak dapat hadir kerana jarak yang jauh..apapun, doa' kak gie mengiringi baitul muslim yang dibina..terkenang- kenang memori bersama...Insya Allah hujung tahun ini pasti ada lagi yang menyusul membuat kenduri :)

Cukup dulu sekadar di sini...

Akhirnya, salam penghujung syawal...semoga amalan di bulan Ramadhan akan berterusan pada bulan- bulan lain..dan...aku masih menulis lagi...

Sayang semua :)

Petunjuk Mencari Teman....




" Bila melihatnya teringat Allah"...

Mendengar kata- katanya menambahkan ilmu agama, nasihat dan geraknya teringat akhirat, kita lemah dia bantu kuatkan, tahu kelebihan kita dia sokong ,kita sedih dia gembirakan, tahu cita- cita kita dia dorong, dia tahu kebodohan kita dia ajar, bila kealpaan dia yg kejutkan, bersama- sama kita berkawan hingga ke syurga..."

Catatan Percutian

   Cuti persekolahan telah melabuhkan tirainya.  Dalam keseronokan bercuti bersama keluarga dan sahabat2 bayangan dan lambaian sekolah tetap juga dirasai. Setiap hari menghitung hari dan berandai- andai sekiranya cuti ini masih dapat dipanjangkan lagi. Sungguh tiga minggu merupakan cuti yang panjang sebenarnya jika hari- hari yang dilalui terisi dengan perkara bermanfaat. Tepuk dada, tanyalah iman sejauh mana bermanfaatnya cuti ini.

  Cuti kali ini lebih terasa manisnya kerana dapat membahagiakan ayahanda dan bonda yang setiap hari mengharapkan agar anakanda mereka selalu dekat di sisi mereka. Tidak juga  hanya duduk di rumah tetapi turut meluangkan masa bersama sahabat2 yang masih berstatus 'cik'. Manakan tidak, cerita kami tidak banyak bezanya walaupun jalannya ada yang sukar. Bermuhasabah, bergembira dan sesekali berduka itu rencah persahabatan kami. Selepas ini, entah siapa yang akan menggantikan gelaran 'cik' kepada 'puan'. Aturan Allah terlalu berseni dan indah...dan kami hanya berserah padaMU ya Allah.


   Rehlah bersama DMPKT di Taman Bukit Tawau antara pengisian cuti kali ini selepas berlangsungnya Muktamar DMPNS yang diadakan di Tawau. Bertungkus lumus menyiapakan tugasan dan tanggung jawab yang diamanahkan meski tidak berada di daerah Tawau. Terima kasih kepada sahabat- sahabat yang banyak membantu khususnya Asmah yang tidak tentu waktu tidurnya kerana menyiapkan buku laporan muktamar. Moga Allah membalas penat lelahmu. Rehlah yang dihadiri oleh setiap generasi sekurang- kurangnya merapatkan ikatan hati antara semua dengan aktiviti- aktiviti yang disediakan.


      Bertemu pelajar- pelajar UPSI daripada semenanjung Malaysia yang datang ke Tawau antara agenda pada waktu cuti. Lawatan secara tak rasmi kata mereka sambil menghadiri walimah sahabat mereka yang menamatkan zaman bujang. Alhamdulillah...Allah beri kesempatan kepada kami (Nisa' Tawau) untuk bertemu  dan bercerita tentang dakwah yang subur dan luas di bumi Sabah dan Tawau khususnya. Moga- moga pertemuan ini menjadi tautan yang akan menjadi payung kepada keredhaan Allah di akhirat nanti. Maaf atas layanan yang kurang sempurna. Sahabat2 Nisa' juga ramai yang hadir dan 'turun padang' meraikan adik2 yang akan keluar ke medan sebenar selepas ini.

    Sempat menghadiri program Kem Remaja Islam (KRIS) yang dianjurkan sekurang-  kurangnya dapat membina kembali jalinan ukhuwah dengan junior- junior yang juga merupakan mahasisiwa dan mahasiswi daripada seluruh kampus di tanah air. Bersyukur padaMU Allah kerana meletakkan hati- hati kami semua dalam jalinan rasa yang sebegini hebat meski jarak usia terbina antara kami. Sekadar hadir sekali dua atau mungkin lebih untuk melihat sendiri perjalanan program yang diatur oleh adik2. Terdetik di dalam hati. 'beginilah aku dulu, dinilai dan dilihat gerak kerjaku oleh manusia dan dinilai sejauh mana ikhlasku oleh ALLAH.." 

     Tidak cukup sekadar melihat, ada amanah perlu dilaksanakan. Berat jua hati menerimanya. Kalaulah tidak kerana sahabat ini harus pergi ke Kota Kinabalu mengiringi pelajar- pelajarnya pasti bukan aku yang bercakap di hadapan para peserta yang ada. Bukan bercakap kosong tapi diamanahkan sebagai penceramah dengan tajuk yang diberikan. Gementar dan tidak yakin pastinya ada. Hanya pada Allah kumohon kekuatan agar semuanya berjalan lancar dan tiap butir bicaraku difahami adik2 yang mendengar atau lebih tepatnya para pelajar. Syukur kerana ada sahabat yang memahami. Curahan idea serta pengalamannya di rantau orang benar2 membantu 'motivasi' buat mereka semua. Terima kasih Arnisa @ Omo kerana menjadi antara sahabat susah senangku. Kerana Allah kita bertemu dan kerana Allah jua kita berjauhan. Merindui saat- saat manis bersamamu meskipun statusmu yang kini telah bergelar isteri orang...


   Cuti persekolahan juga pastinya menjadi pilihan kepada setiap pasangan untuk membuat kenduri perkahwinan. Seperti biasa, aku dan sahabat2 pasti akan menerima jemputan daripda mereka yang bergelar sanak- saudara, rakan dan teman.Hmm..asyik datang kenduri orang lain je..bila pula kenduri diri sendiri ni...Walauapapun, ucapan tahniah dan selamat pengantin baru buat mereka:


Kak Zalinah & Jumaen
Nurlaila & Pasangan
Pangki Indera Purnama & Nurlina
Karim & Pasangan
Lias & Pasangan
Kak Sal & Pasangan...

  Semoga rumahtangga yang dibina mendapat keredhaan Allah SWT dan dapat meningkatkan lagi rasa takwa di dalam diri. Doa- doakanlah kami yang masih belum bertukar status ni..hehe..Apapun, sentiasa yakin dan percaya Allah mengatur sesuatu yang lebih baik buat semua hambaNYA dan tahap2 ujian tersebut berbeza- beza untuk menilai sejauh mana keimanan dan ketakwaan kita padaNYA.


    Percutian ini ditutup secara rasmi dengan acara masak- masak dan makan- makan di rumah sahabat kami, Ros Mawar. Terima kasih atas kesudian menerima kami di rumahmu untuk menyuburkan kembali ukhuwah kita semua walaupun ada sahabat yang tidak dapat bersama- sama kerana punyai komitmen tersendiri lebi- lebih lagi mereka yang bergelar isteri dan bakal ibu. Tidak mengapalah..InsyaAllah ada jodoh kita berkumpul lagi..


    Berakhirlah percutian untuk penggal pertama ini. Selepas ini banyak lagi perkara perlu diselesaikan. Kerja, Jemaah, Peningkatan prestasi diri dan memikirkan laluan ke akhirat yang sememangnya Pasti..Buat Sahabat2 tersayang dan yang pernah hadir mencorakkan warna- warni hidupku, terima kasih atas kebersamaan ketika susah dan senang. Rupanya kita semakin dewasa dan masih menjalinkan ukhuwah. Kenangan sepanjang jalan kita harus dikenang dan dihayati agar tidak pudar warna dan kesegarannya meski suatu hari nanti kita tidak bersama lagi. Hingga bertemu kembali, jika tidak di dunia InsyaAllah di syurgaNYA nanti...


Selamat Bertugas....
    








     



Hanya Cuti

Cuti yang berbaki seminggu sahaja lagi sebelum kembali ke sekolah. Benar- benar bercuti daripada buku- buku, kertas- kertas dan juga murid- murid..Banyak yang dilalui dan diisi sepanjang 2 minggu ini..ALHAMDULILLAH..bersama keluarga, sahabat dan juga jemaah..semuanya indah...moga Allah akan mengizinkan lagi diriku mengecapi saat- saat indah  ini..

Buat kaum keluarga, rakan- rakan dan sahabat taulan yang mengadakan kenduri kahwin, aqiqah dan kesyukuran, terima kasih atas jemputan...sedaya upaya kucucba untuk hadirkan diri ini,. Andai tidak berkesempatan, maafkanlah diri ini..doa' ku mengiringi moga Allah memudahkan urusan kalian di dunia ini hingga ke sana..

Selamat menghabiskan cuti yang berbaki...

Hanya PadaMU Kami Meminta Pertolongan...



"Ya Allah,
Sesungguhnya kami meletakkan-Mu di batang-batang leher musuh2 kami Dan kami berlindung dengan-Mu daripada kejahatan2 merekaYa Allah,Leburkanlah kumpulan2 mereka Pecah belahkan dan kacau bilaukan persatuan merekaGoncangkan pendirian mereka Dan hantarkanlah anjing2 kamu kepada mereka Wahai tuhan yang gagah perkasa Wahai tuhan yang penuh raksasa Wahai tuhan yang bersifat murka Ya allah Ya Allah Ya Allah Ya Allah, Wahai Tuhan yang menurunkan kitab, Wahai Tuhan yang mengarakkan awan Wahai Tuhan yang menewaskan bala tentera al-ahzab Kalahkan mereka Kalahkan mereka Kalahkan mereka Dan menangkan kami ke atas mereka"