Cerita Januari

Salam Fillah...

Alhamdulillah..pujian itu sememangnya layak untukMu Allah kerana Engkaulah yang memiliki segala- galanya.

5 Januari 2011
Genap setahun  aku menjadi seorang guru di salah sebuah sekolah di daerah Semporna ini. Meskipun masih baru dan mentah dalam sendu tawa dunia keguruan ini namun ada pengalaman yang berharga perlu dikutip di sini. Mengenali teman- teman, rakan sejawat, watak2 manusia yang pelbagai sehingga menilai siapa diri ini sebenarnya. Sejujurnya ku akui, sepanjang tempoh ini jiwaku masih tidak dapat menerima hakikat bahawa aku di postingkan di sekolah rendah. Namun, Allah punya rencana tersendiri buat diri ini. Tidak mahu mengeluh dengan yang berlaku tetapi seharusnya perlu selalu bersyukur dengan ketetapanNYA.


Mengenang 5 januari 2010, Allah mentakdirkan diri ini berbakti di bumi Semporna yang masih perlu disempurnakan dalam banyak perkara. Bukan tugas mudah, namun itu yang perlu ditelan. Tidak pernah bermimpi untuk berada di daerah ini. Namun, itu kehendakNYA. Beban dakwah ini serasa berat. Senak sesak menghimpit dada. PadaMU Ilahi daku meminta agar kuatkanlah jiwa dan jasadku untuk berada di medan juang ini.


7 Januari 2011
Selamat Hari lahir yang ke 51 buat ayahandaku Rahmat bin Hassan. Tidak ada hadiah. Hanya ucapan dan doa' daripada kami agar Allah selalu meredhaimu.  Sungguh kasihmu selalu ada di dalam setiap denyut nafasku. Ya Allah, panjangkanlah umur ayahandaku dalam ketaatan kepadaMU. Masukkanlah dia ke dalam syurgaMU kelak ketika masanya telah tiba..Sungguh, tidak terbalas segala jasanya kepada diri ini. Semoga bahagia mengisi hari- hari tuanya..Amin.


Januari ini penuh dengan kesibukan. Sibuk yang sesibuknya. Moga kesibukan ini tidak menggangu rutin hidup sebagai hamba walau di mana jua. Teringat pesan murabbi, 'jadilah hamba Allah walau di mana pun kita berada."

Buat sahabat2 yang mengerti, semoga kesibukan kita ini menjadi suatu ibadah di sisiNYA demi menjadi murabbi yang punya naluri. Moga Allah tetapkan hati kita pada jalan juang ini selamanya.

2 comments:

Kamsiah yusoff January 15, 2011 at 7:46 AM  

salam
semoga kekurangan disana tak melemahkan semangat utk mendidik anak bangsa

hanaizor83 January 19, 2011 at 5:55 PM  

terima kasih atas ingatan bersama..smg Allah melimpahkan kebaikan yg banyak buat akk sekeluarga..sampaikan salam syang buat anak didik saya~alia..