Sebuah pemergian..

Sekian lama tidak menulis. Terkadang buntu dan tiada idea untuk menulis di ruang ini dek kesibukan bergelar sebagai seorang mahasiswa. Namun, hari ini ana tergerak untuk mencoretkan sesuatu. Bukan sekadar coretan biasa tapi sebenarnya sebuah kisah tentang sebuah kehilangan...ya kehilangan seorang tokoh ulama' yang cukup disegani. Sungguhpun berita kematian berlaku setiap hari tetapi kita perlu berfikir tentang sebuah kematian yang PASTI akan dihadapi oleh setiap insan dengan kata lain sebagi suatu sunnahtullah. Berbalik kepada sebuah kehilangan yang ana rasa cukup terkesan iaitu pemergian seorang ulama' kita iaitu Dato' Ishak Baharom pada 30 Januari 2007/ 21 Muharram 1429 H. Almarhum Dato' Ishak Baharom dilahirkan pada 1 Januari 1928 di Kampung Batu 22, Kanchong Darat, Banting, Selangor. Ayahnya Haji Baharom bin Jabar, berasal dari Banjarmasin, Sumatra. Manakala ibunya Hajah Fatimah bt Haji Junid berasal dari Melaka. Beliau mempunyai 5 orang adik-beradik. Allahyarham meninggalkan balu, Datin Khalijah Abdullah serta tiga orang anak.Allahyarham mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Kanchong Darat dari 1935 - 1941. Semasa pemerintahan Jepun, beliau tidak dapat meneruskan persekolahan selama 2 tahun. Pada tahun 1945, beliau menyambung pelajaran di di Sekolah Menengah Arab Madrasah Bukit Mertajam, Seberang Perai, Pulau Pinang. Seterusnya melanjutkan pelajaran di Darul Ulum, India.Jawatan terakhir Allahyarham sebelum dilantik menjadi Mufti Negeri Selangor pada 1985 ialah sebagai Mudir Sekolah Menengah Agama Batu 38, Sabak Bernam.Bagaimanapun pada 1997, ekoran fatwa yang dikeluarkannya yang menegaskan pertandingan ratu cantik adalah haram, beliau telah dipecat daripada jawatan mufti walaupun perkhidmatannya baru sahaja disambung.Selepas pemecatan tersebut, Almarhum meneruskan perjuangannya dengan turun ke padang sebagai penceramah dan pendakwah bebas.Almarhum bergiat serius dalam PAS bermula pada 2003 setelah dilantik menjadi Ahli Majlis Syura Ulama' PAS.
Sebelum berita pemergian beliau, ana telah menerima mesej daripada sahabat- sahabat dalam pukul 1 tghari. lantas degan rasa terkejut dan terharu ana terus mem'forward'kan mesej terseut kepada sahabat- sahabat dan kenalan- kenalan seperjuangan. Setengah jam kemudian, ana menerima sebuah mesej lagi yang mengatakan bahawa almarhum belum meninggal lagi. Ya Allah, ana rasa bersalah sangat kerana menghantar mesej tersebut kepada ramai orang. Mesej yang kedua tu ana fowardkan semula kepada mereka untuk membuat pembetulan. Kemudian, seorang sahabat ana menghantar mesej kepada ana, mesej beliau berbunyi " lain kali tolong selidik dulu perkara ni, perkara kematian jangan buat main- main." Terkedu rasanya dan ana rasa berkecil hati. Ana tiada niat pun untuk main- main isu ini. Dalam masa yang sama ana rasa geram dan marah terhadap penghantar mesej yang asal itu. Walau bagaimanapun, berita pemergian Almarhum akhirnya menjadi kenyataan juga lebih kurang pukul 3.05 ptg. Hanya al- Fatihah yang dapat ana berikan. Bersemadilah dikau dengan tenang dengan keindahan taman- taman syurga. Berehatlah setelah sekian lama dirimu berjuang kerana meninggikan kalam Allah di muka bumi ini. Semoga kami yang tinggal di sini tidak gentar untuk meneruskan perjuangan ini sehingga ke hembusan nafas yang terakhir...
draft

0 comments: