Al- Fatihah..

Berita yang disampaikan cukup mengejutkan. Tak terjangka, tak terfikir. Adinda kepada sahabatku telah kembali menemui pencipta-Nya..Allahyarham Mohd Tarmizi Bin Rugain meninggal dunia dalam kemalangan jalan raya dalam perjalanan menuju ke Tawau, 8 Mac 2010...


Jatuh juga airmata ini. Meski tiada hubungan darah dan kerabat namun. Allahyarham ibarat adindaku sendiri lantaran kakandanya sahabat baik yang sangat akrab denganku bahkan ayahanda bondaku jua ibarat kedua orang tuanya.. Pemergian yang cukup mengejutkan..Meruntun naluri menginsafi akan kesudahan hidup..


Maafkan kakak tidak dapat hadir pada hari terakhirmu dik.. Hanya doa' dan al- fatihah buatmu..Amanlah dikau di sana...dan tinggallah kami di sini meneruskan sisa- sisa hidup yang entah bila sudahnya...


Buatmu Fiza, sahabat tawa, duka dan riangku..maafkan aku kerana tidak sempat menziarahi adinda kita...lemas jua aku di sini..terkenang2 akan wajahnya..
Inginku pelukmu, meminjamkan bahuku untuk kau pecahkan empangan airmatamu...
dihujung talian itu, hanya esak tangismu yang kudengar..
aku tahu,
berat ujian ini buatmu sekeluarga...
Kuatkan jiwamu kerana engkaulah  kekuatan ayahanda bonda di sana...




terngiang- ngiang teguran adinda kita sewaktu pertunanganmu..
"kak fiza nda lama lagi..kakak bila pulak?" kata- kata terakhir inilah ucapan perpisahannya denganku  di dunia ini...


Dan kelmarin..
baru sahaja meraikan ulangtahun kelahiran sahabat kita...
dan hari ini takdir Allah telah tertulis buat seorang lagi insan...
Insan kerdil yang dijemput pergi jauh..jauh daripada hiruk- pikuk dunia yang melemaskan..dan pergi yang tidak akan kembali lagi buat selamanya..
bertemu kita di sana..
kembaramu di dunia telah berakhir..
kami di sini masih meneruskan perjalanan..perjalanan ke destinasi yang hakiki...


Al- Fatihah buat adinda kami Mohd Tarmizi bin Rugain...


"Cukuplah mati itu sebagai peringatan yang berharga"

0 comments: