Aku Perlu Allah Selamanya..


Benar..bukan mudah menjalani hidup di atas muka bumi ini..terlalu banyak ujian dan dugaan yang perlu dihadapi...ujian nafsu dan diri sendiri yang paling payah untuk dihadapi..benarlah nafsu itu sememangnya membuat manusia melupakan Allah..kadang2 jiwa ini serasa tidak kuat menghadapi semua itu...sakit dan suram jalan yang dilalui kerana tuntutan nafsu yang liar..Tetapi wahai Allah jangan biarkan aku sendirian menghadapi semua ini..aku perlukanMU..aku dambakanMU...tiada yang lain kuharapkan selain Engkau kerana Engkaulah sumber kekuatan diriku...Jika Engkau membiarkan jalanku suram tiadalah ertinya hidupku ini lagi..

Menanti di Barzakh - Far East
Ku merintih aku menangis
ku meratap aku mengharap
ku meminta dihidupkan semula agar dapat kembali ke dunia nyata
perjalanan rohku melengkapi semua kembara
singgah di rahim bonda sebelum menjejak ke dunia
menanti di barzarkh sebelum berangkat ke mahsyar
diperhitung amalan penentu syurga atau sebaliknya
tanah yang basah berwarna merah semerah mawar dan juga rindu
tujuh langkah pun baru berlalu
seusai talqin bernada syahdu
tenang dan damai di pusara ku
nisan batu menjadi tugu
namun tak siapa pun tahu resah penantianku
terbangkitnya aku dari sebuah kematian
seakan ku dengari tangis mereka yang kutinggalkan
kehidupan di sini bukan suatu khayalan
tetapi ia sebenar kejadian
kembali roh kembalikembalilah ke dalam diri
sendirian sendiri
sendiri bertemankan sepihanya kain putih
yang membaluti tubuhku
terbujur dan kaku jasad di dalam keranda kayu
ajal yang datang di muka pintutiada siapa yang memberitahu
tiada siapa pun dapat hindari
tiada siapa yang terkecuali
lemah jemari nafas terhent
itidak tergambar sakitnya mati
cukup sekali tak untuk ku mengulangij
antung berdegup kencang menantikan malaikat datang
menggigil ketakutan gelap pekat di pandangan
selama ini diceritakan kini aku merasakan
di alam barzakh jasad dikebumikan
Ku merintih aku menangis
ku meratap aku mengharap
ku meminta dihidupkan semula
agar dapat kembali ke dunia nyata...


pernah dengar tak lagu ni? bagi sesiapa yang blum pnh dgr lagu ni usahakanlah untuk mendengar lagu ni..lagu ni sangat menginsafkan sesiapa sahaja...kecut hati kita bila mendengarkan lagu yang bertemakan kematian ini...kenapa kematian?kerana kematianlah yang dapat mengingatkan manusia agar kembali kepada penciptanya...orang yang paling bijak di dunia ini adalah juga orang yang paling banyak mengingati kematian...
kita akan sedih bila kita kehilangan orang yang tersayang..kehilangan ibu, kehilangan ayah, kehilangan suami, isteri dan orang2 yang paling kita sayang...terputuslah hubungan jasad kit dengan mereka..entah bertemu entahkan tidak di akhirat nanti..justeru, sama2lah kita beramal soleh menyediakan bekalan yang sebanyaknya semasa kita di dunia ini demi menempuh perjalanan yang jauh ini....waallahu' alam..