Tahun Baru

Salam Fillah

31 Disember 2010, maknanya sudah berada di penghujung tahun. Tinggal beberapa detik lagi 2011 menjengah. Tahun baru umat Islam pula sudah berlalu beberapa waktu. Berjalan dan terus berjalan  meninggalkan insan yang sentiasa beringat mahupun yang sering terlupa. 

Seperti orang lain, diri ini juga punya cerita yang terlakar di sisi keluarga, sahabat & teman2 yang setia. Ada yang dapat dikongsi dan tidak kurang juga yang perlu tersimpan kemas di hati. Setiap yang dilalui merupakan tarbiyyah buat diri agar sentiasa ingat pada Ilahi.

Penghujung tahun 2010 bermakna cuti persekolahan juga hampir berakhir. Cuti kali ini tidak  pergi ke destinasi tertentu untuk bercuti- cuti. Hanya berada di sekitar Tawau untuk berbakti kepada ayahanda bonda di samping memanfaatkan diri buat yang memerlukan. Alhamdulillah..cuti kali ini terisi dengan pelbagai  pengisian dan  program jemaah  yang mewarnai bumi Tawau yang dicintai. Menadah kitab, menghadiri walimah sahabat & saudara mara, bermesyuarat, berusrah, berjogging dan bermain badminton antara jadual sepanjang bercuti.  Semoga segala yang dilakukan ini ada redha Allah dipenghujungnya. 

Cuti juga bermakna kenduri perkahwinan saudara, sahabat & teman2. Tahniah diucapkan pada yang melangsungkan perkahwinan. Semoga ikatan suci ini mendapat berkah dan redha Allah selamanya. Perkahwinan bermakna hubungan persaudaraan semakin terjalin dan gerak kerja dalam perjuangan semakin mantap kerana ada si dia di sisi yang lebih mengerti. Pesan pada diri, perkahwinan itu juga suatu ujian dunia yang setiap orang akan melaluinya dengan izin-NYA jua nanti berdasarkan tingkat keimanan masing- masing.  Bagi yang masih bujang, InsyaAllah giliran masing2 akan menyusul. Bersabar sahaja kerana Allah tahu yang terbaik buat hambaNYA. Usahlah terlalu memikirkan soal jodoh kerana redha Allah itu tidak diraih dengan perkahwinan semata- mata.

Semoga apa sahaja yang telah dilalui pada tahun ini membuahkan taqwa pada akhirnya. Azam tidak semestinya pada tahun baru sahaja kerana orang mukmin perlu sentiasa memikir dan memerhatikan setiap urusan hidupnya kerana apa sahaja yang halal pasti dihisab manakala yang haram pasti diazab. Wallahu 'alam.

7.43 pagi
31 Disember 2010
Semporna..


Masih menulis lagi...

Salam Fillah...

Sudah lama tidak bermanja- manja di blog sendiri. Sekadar blogwalking mencari pengisian diri sekaligus menghias diri agar lebih bernaluri. Terselit kekaguman pada mereka yang istiqamah menulis dan meluah rasa dalam blog sendiri, mungkin itu juga salah satu terapi berguna buat diri.

Tidak banyak cerita dan kisah sepanjang ber'uzlah' daripada blog sendiri. Melalui Ramadhan yang indah dengan azam untuk mempertingkatkan amalan lantaran tidak mahu Ramadhan sekadar kewajipan. Seterusnya meraikan Syawal dengan kegembiraan seperti masa- masa dulu walau ertinya sudah tidak seperti dulu lagi...hmmm...

Syawal ini dikhabarkan dengan pernikahan sahabat yang juga 'adik' semasa di kampus dulu. Tahniah buat Yani, sahabat dan teman tempat berkongsi rasa. Tak sangka Yani bertemu jodoh dengan super senior kita..ramai yang terkejut...benarlah jodoh itu rahsia Allah...maafkan kak gie tak dapat hadir kerana jarak yang jauh..apapun, doa' kak gie mengiringi baitul muslim yang dibina..terkenang- kenang memori bersama...Insya Allah hujung tahun ini pasti ada lagi yang menyusul membuat kenduri :)

Cukup dulu sekadar di sini...

Akhirnya, salam penghujung syawal...semoga amalan di bulan Ramadhan akan berterusan pada bulan- bulan lain..dan...aku masih menulis lagi...

Sayang semua :)

Petunjuk Mencari Teman....




" Bila melihatnya teringat Allah"...

Mendengar kata- katanya menambahkan ilmu agama, nasihat dan geraknya teringat akhirat, kita lemah dia bantu kuatkan, tahu kelebihan kita dia sokong ,kita sedih dia gembirakan, tahu cita- cita kita dia dorong, dia tahu kebodohan kita dia ajar, bila kealpaan dia yg kejutkan, bersama- sama kita berkawan hingga ke syurga..."

Catatan Percutian

   Cuti persekolahan telah melabuhkan tirainya.  Dalam keseronokan bercuti bersama keluarga dan sahabat2 bayangan dan lambaian sekolah tetap juga dirasai. Setiap hari menghitung hari dan berandai- andai sekiranya cuti ini masih dapat dipanjangkan lagi. Sungguh tiga minggu merupakan cuti yang panjang sebenarnya jika hari- hari yang dilalui terisi dengan perkara bermanfaat. Tepuk dada, tanyalah iman sejauh mana bermanfaatnya cuti ini.

  Cuti kali ini lebih terasa manisnya kerana dapat membahagiakan ayahanda dan bonda yang setiap hari mengharapkan agar anakanda mereka selalu dekat di sisi mereka. Tidak juga  hanya duduk di rumah tetapi turut meluangkan masa bersama sahabat2 yang masih berstatus 'cik'. Manakan tidak, cerita kami tidak banyak bezanya walaupun jalannya ada yang sukar. Bermuhasabah, bergembira dan sesekali berduka itu rencah persahabatan kami. Selepas ini, entah siapa yang akan menggantikan gelaran 'cik' kepada 'puan'. Aturan Allah terlalu berseni dan indah...dan kami hanya berserah padaMU ya Allah.


   Rehlah bersama DMPKT di Taman Bukit Tawau antara pengisian cuti kali ini selepas berlangsungnya Muktamar DMPNS yang diadakan di Tawau. Bertungkus lumus menyiapakan tugasan dan tanggung jawab yang diamanahkan meski tidak berada di daerah Tawau. Terima kasih kepada sahabat- sahabat yang banyak membantu khususnya Asmah yang tidak tentu waktu tidurnya kerana menyiapkan buku laporan muktamar. Moga Allah membalas penat lelahmu. Rehlah yang dihadiri oleh setiap generasi sekurang- kurangnya merapatkan ikatan hati antara semua dengan aktiviti- aktiviti yang disediakan.


      Bertemu pelajar- pelajar UPSI daripada semenanjung Malaysia yang datang ke Tawau antara agenda pada waktu cuti. Lawatan secara tak rasmi kata mereka sambil menghadiri walimah sahabat mereka yang menamatkan zaman bujang. Alhamdulillah...Allah beri kesempatan kepada kami (Nisa' Tawau) untuk bertemu  dan bercerita tentang dakwah yang subur dan luas di bumi Sabah dan Tawau khususnya. Moga- moga pertemuan ini menjadi tautan yang akan menjadi payung kepada keredhaan Allah di akhirat nanti. Maaf atas layanan yang kurang sempurna. Sahabat2 Nisa' juga ramai yang hadir dan 'turun padang' meraikan adik2 yang akan keluar ke medan sebenar selepas ini.

    Sempat menghadiri program Kem Remaja Islam (KRIS) yang dianjurkan sekurang-  kurangnya dapat membina kembali jalinan ukhuwah dengan junior- junior yang juga merupakan mahasisiwa dan mahasiswi daripada seluruh kampus di tanah air. Bersyukur padaMU Allah kerana meletakkan hati- hati kami semua dalam jalinan rasa yang sebegini hebat meski jarak usia terbina antara kami. Sekadar hadir sekali dua atau mungkin lebih untuk melihat sendiri perjalanan program yang diatur oleh adik2. Terdetik di dalam hati. 'beginilah aku dulu, dinilai dan dilihat gerak kerjaku oleh manusia dan dinilai sejauh mana ikhlasku oleh ALLAH.." 

     Tidak cukup sekadar melihat, ada amanah perlu dilaksanakan. Berat jua hati menerimanya. Kalaulah tidak kerana sahabat ini harus pergi ke Kota Kinabalu mengiringi pelajar- pelajarnya pasti bukan aku yang bercakap di hadapan para peserta yang ada. Bukan bercakap kosong tapi diamanahkan sebagai penceramah dengan tajuk yang diberikan. Gementar dan tidak yakin pastinya ada. Hanya pada Allah kumohon kekuatan agar semuanya berjalan lancar dan tiap butir bicaraku difahami adik2 yang mendengar atau lebih tepatnya para pelajar. Syukur kerana ada sahabat yang memahami. Curahan idea serta pengalamannya di rantau orang benar2 membantu 'motivasi' buat mereka semua. Terima kasih Arnisa @ Omo kerana menjadi antara sahabat susah senangku. Kerana Allah kita bertemu dan kerana Allah jua kita berjauhan. Merindui saat- saat manis bersamamu meskipun statusmu yang kini telah bergelar isteri orang...


   Cuti persekolahan juga pastinya menjadi pilihan kepada setiap pasangan untuk membuat kenduri perkahwinan. Seperti biasa, aku dan sahabat2 pasti akan menerima jemputan daripda mereka yang bergelar sanak- saudara, rakan dan teman.Hmm..asyik datang kenduri orang lain je..bila pula kenduri diri sendiri ni...Walauapapun, ucapan tahniah dan selamat pengantin baru buat mereka:


Kak Zalinah & Jumaen
Nurlaila & Pasangan
Pangki Indera Purnama & Nurlina
Karim & Pasangan
Lias & Pasangan
Kak Sal & Pasangan...

  Semoga rumahtangga yang dibina mendapat keredhaan Allah SWT dan dapat meningkatkan lagi rasa takwa di dalam diri. Doa- doakanlah kami yang masih belum bertukar status ni..hehe..Apapun, sentiasa yakin dan percaya Allah mengatur sesuatu yang lebih baik buat semua hambaNYA dan tahap2 ujian tersebut berbeza- beza untuk menilai sejauh mana keimanan dan ketakwaan kita padaNYA.


    Percutian ini ditutup secara rasmi dengan acara masak- masak dan makan- makan di rumah sahabat kami, Ros Mawar. Terima kasih atas kesudian menerima kami di rumahmu untuk menyuburkan kembali ukhuwah kita semua walaupun ada sahabat yang tidak dapat bersama- sama kerana punyai komitmen tersendiri lebi- lebih lagi mereka yang bergelar isteri dan bakal ibu. Tidak mengapalah..InsyaAllah ada jodoh kita berkumpul lagi..


    Berakhirlah percutian untuk penggal pertama ini. Selepas ini banyak lagi perkara perlu diselesaikan. Kerja, Jemaah, Peningkatan prestasi diri dan memikirkan laluan ke akhirat yang sememangnya Pasti..Buat Sahabat2 tersayang dan yang pernah hadir mencorakkan warna- warni hidupku, terima kasih atas kebersamaan ketika susah dan senang. Rupanya kita semakin dewasa dan masih menjalinkan ukhuwah. Kenangan sepanjang jalan kita harus dikenang dan dihayati agar tidak pudar warna dan kesegarannya meski suatu hari nanti kita tidak bersama lagi. Hingga bertemu kembali, jika tidak di dunia InsyaAllah di syurgaNYA nanti...


Selamat Bertugas....
    








     



Hanya Cuti

Cuti yang berbaki seminggu sahaja lagi sebelum kembali ke sekolah. Benar- benar bercuti daripada buku- buku, kertas- kertas dan juga murid- murid..Banyak yang dilalui dan diisi sepanjang 2 minggu ini..ALHAMDULILLAH..bersama keluarga, sahabat dan juga jemaah..semuanya indah...moga Allah akan mengizinkan lagi diriku mengecapi saat- saat indah  ini..

Buat kaum keluarga, rakan- rakan dan sahabat taulan yang mengadakan kenduri kahwin, aqiqah dan kesyukuran, terima kasih atas jemputan...sedaya upaya kucucba untuk hadirkan diri ini,. Andai tidak berkesempatan, maafkanlah diri ini..doa' ku mengiringi moga Allah memudahkan urusan kalian di dunia ini hingga ke sana..

Selamat menghabiskan cuti yang berbaki...

Hanya PadaMU Kami Meminta Pertolongan...



"Ya Allah,
Sesungguhnya kami meletakkan-Mu di batang-batang leher musuh2 kami Dan kami berlindung dengan-Mu daripada kejahatan2 merekaYa Allah,Leburkanlah kumpulan2 mereka Pecah belahkan dan kacau bilaukan persatuan merekaGoncangkan pendirian mereka Dan hantarkanlah anjing2 kamu kepada mereka Wahai tuhan yang gagah perkasa Wahai tuhan yang penuh raksasa Wahai tuhan yang bersifat murka Ya allah Ya Allah Ya Allah Ya Allah, Wahai Tuhan yang menurunkan kitab, Wahai Tuhan yang mengarakkan awan Wahai Tuhan yang menewaskan bala tentera al-ahzab Kalahkan mereka Kalahkan mereka Kalahkan mereka Dan menangkan kami ke atas mereka"

SELAMAT HARI GURU



Buat semua guru- guruku di
Tabika Perpaduan, KG. tanjung Batu Laut,
 SK. Bandar 2 Tawau,
 SMK Tawau, 
Institut Akademik Bakti
dan 
Universiti Sains Malaysia




Istimewa buat murabbiku...
 Cikgu Mohd Nasir Che Ali, 
para naqib/ naqibahku
yang mengenalkan aku pada Allah dan Rasulullah...
mengajar kami tentang Iman dan Islam..
melorongkan kami pada jalan perjuangan ini...


Terima kasih atas segala ilmu yang diberikan..
Sungguh tidak terbalas jasamu...
Syurga Allah itu selayaknya buatmu...


&


Buat rakan- rakan guru di seluruh Malaysia..

Jadikan diri kita contoh ikutan terbaik buat murid2 dan pelajar2...
Moga Allah berikan kita kekuatan dan kesabaran yang menggunung
 meredah dunia pendidikan yang penuh mencabar
demi membentuk 
generasi pintar soleh.

~SELAMAT HARI GURU~

DEDIKASI BUAT IBUNDA TERCINTA...

12 Mei 2010...

Hari ini merupakan hari ulang tahun kelahiran  ibundaku yang ke-49 Tahun. Insan yang sangat penting dalam hidupku selamanya. Yang berkorban dan memberi kasih sayang bersama ayahandaku. Yang tak pernah jemu2 memberi sokongan sehingga aku berjaya, yang selalu mendoakan kesejahteraanku serta adik beradik yang lain. Jasamu ibunda tak akan kulupa sampai bila2. Doaku;


" Ya Allah, 
Ampunilah dosa- dosa ibundaku. Masukkan dia dalam syurgaMU yang indah. Tetapkan Imannya, redhailah dan berkatilah usianya yang bersisa agar selalu dalam ketaatan padaMU. Bahagiakanlah hari- hari tuanya dan sayangilah dia Ya Allah sepertimana dia selalu mengasihiku dan anakanda2nya yang lain...Amin."


moga bahagia selalu menjadi milikmu...



Meski tak selalu disampingmu, ku tahu doa' dan kasihmu selalu kau titipkan buat kami anak2mu..
Terima kasih atas segalanya mak...harum kasihmu buat diri ini selamanya...

SELAMAT HARI ULANG TAHUN KE- 49 TAHUN MAK....




~Terima Kasih~

Sekitar 1 &2 Mei 2010..
Tempat: Tawau & Semporna...



~Kek daripada kak ipar~


~Menu jamuan kesyukuran bersama family~


~dengan housemate~
trademark bergambar kek dengan jari2..

~hadiah daripada housemate~
thanks sis..

~comel~ 
siap ada belon2 lagi...

Terima kasih kepada semua khususan maMah yang bersusah payah meraikan diri ini..
Semoga semua ini menguatkan lagi kasih sayang antara kita semua...

Buat Diriku




1 Mei 1983- 1 Mei 2010...



Selamat Hari Lahir buat diriku...

Ucapan demi ucapan kuterima bermula semalam hingga lewat malam ini...
Moga para malaikat mengaminkan doa'- doa' itu...

Terima kasih buat ayahanda dan ibunda yang melahirkan, mendidik dan membesarkanku hingga kini..
Ya, Allah berikanlah syurgaMU kepada kedua ibu bapaku..

Setiap tahun, ayahanda dan bonda tidak pernah melupakan hari lahir anakanda2nya. Kalaupun tidak berada bersama keluarga, pasti kiriman sms ataupun panggilan telefon berbunyi. Bukan untuk hari lahirku sahaja tetapi hari lahir adik- beradikku yang lain juga. Dan Tahun ini, aku dapat bersama ayahanda dan bonda jua adik beradik yang lain. Melainkan abang sulungku dan isterinya yang takkan pulang semata- mata meraikan Hari Lahirku, bukannya Hari raya pun..huhu.
Bersyukur padaMU Rabb kerana mengizinkan lagi aku mengecapi kasih sayang mereka semua...

Doa' dan kesyukuran dipanjatkan sesi keluargaku pada hari ini buat puteri tunggal keluarga ini agar dimurahkan rezeki dan beroleh kebaikan dunia akhirat.

Terima kasih buat bondaku yang bertungkus lumus menyiapkan jamuan untuk majlis kami sekeluarga petang tadi walaupun kesihatannya sendiri kurang baik.. Begitulah kasih sayang seorang ibu yang tak akan diperolehi di mana2 pun..Semoga syurga buatmu Ibundaku..

Buat ayahandaku yang tak pernah lupa meraikan anak2nya dalam setiap ulang tahun kelahiran..budi dan jasamu ku kenang selamanya..Ku pohon syurga buat ayahandaku jua..

Terima kasih juga pada kak ipar( Isteri Abang Ngahku) yang belikan kek petang tadi sekali dengan abang juga:)

Buat Adikku, yang belikan novel dan berikan buku2nya buatku..lain kali boleh belikan untuk kakak lagi ya:)

Buat teman2ku yang tak melupakanku..dunia maya ini penghubung kita..

Buat sahabat2ku..kalian tetap kuhargai selamanya...

Moga kita semua dalam pemeliharaan Allah...Moga sisa usia ini sentiasa dalam ketaatan padaNYA..

Melewati usia 27 Tahun pastinya banyak perisiwa pahit manis yang dilalui. Dan semua itu menjadi kenangan berharga untuk dijadikan tauladan dan sempadan. Di usia yang cukup matang bagi seorang perempuan seperti ini sudah selayaknya bergelar isteri dan ibu. Justeru, ucapan demi ucapan sempena hari kelahiran ini pasti ada doa' tentang jodoh daripada mereka yang cukup prihatin.  Namun, perancangan dan aturanNYA terlalu rapi. Setiap insan punya susur jalur kehidupan yang berbeza- beza. Suka atau tidak, itulah yang terbaik buat masa ini. Dan kuharap jua, umur yang meningkat ini tidak melunturkan semangat juangku di jalan dakwah..

Akhirnya..

"Ya Allah, jadikan diri ini hamba yang selalu bertaubat padaMU Allah kerana akulah hamba yang selalu melakukan dosa dalam ketaatan..Aku tidak punya apa- apa di dunia ini melainkan Engkau dan RasulMU.."


1 Mei 2010
11.40 mlm

Terkenang- kenang..

Hujung mingguku di Semporna :

Kem Bestari Solat di sekolah...

Kak Ani: Ogy, nak ke jadi fasi untuk KBS?
Ogy: Apa tu kak?
Kak Ani: Kem Bestari Solat untuk pelajar Tahun 6..
Ogy: Sapa yang terlibat?
Kak Ani:  Sume guru GPI & j-qaf...
Ogy: segan la kak..saya bkn ustazah...
Kak Ani: Ala tak pe la..kita kurang fasi..
Ogy: bila program tu?
Kak Ani: Insya Allah Jumaat ni..
Ogy: Boleh tu boleh kak, masalahnya saya dah dijemput jadi fasi untuk Prgrm di Bugaya II
Kak Ani: KBS ni sehari je..Hari Jumaat tu pkl 1.30- 5 ptg..
Ogy: owh..ingtkn kena bermalam..boleh la kalo gtu..

Dengan izin ALLAH, aku terlibat juga dengan pogram di bawah j- qaf dan GPI sekolah..Segan juga sebenarnya tapi atas nama Islam dan ibadah, aku setuju je.. Walaupun ilmu ini tidak seberapa. Program yang melibatkan pelajar Tahun 6 ini akan memberi pendedahan tentang ibadah solat. Sebagai fasi yang diamanahkan, sudah pastilah aku kena lebih arif dan bijak menerangkan tentang solat kepada pelajar. Perkara simple tapi kena berhati- hati sebab takut tersilap ajaran, lain pula jadinya nanti.






Sewajarnya anak- anak ini mesti sudah tahu tentang solat ataupun sudah mempraktikkan solat kerana umur telah mencecah 12 tahun. Namun, situasi yang diharapkan memang tidak berlaku. Kem hanya berkisar tentang Rukun Solat juga Perkara2 Membatalkan Solat. Tapi banyak yang tak lepas akibat tidak bersolat! Kecewa dan sedih dengan kenyataan ini. Tapi inilah realiti di Sabah. Fardhu Ain masih terabai lantaran adat yang mencengkam. Namun, apa jua keadaannya, ilmu perlu kusampaikan. Setulus hati dan sebersih jiwa cuba ku terangkan agar mereka faham dan aku berserah kepada DIA yang memegang hati manusia.

Selesai program di sekolah...

Selepas Isya', program hujung mingguku diteruskan ke SMK Bugaya II. Sekolah tempat sahabatku mengajar. Sudah lama dimaklumkan akan hasratnya menjemput Nisa' Tawau untuk menjayakan program. Mulanya ramai yang berminat namun di saat2 akhir ramai yang tak dapat hadir disebabkan Sekolah Ganti pada hari Sabtu ( Team Nisa' terdiri daripada guru2..)

Riak2 kecewa tergambar di wajah sahabatku..Aku memahami perasaannya.. Bukan aku tidak melihat keghairahannya menyiapkan semua perkara demi memastikan Nisa' Tawau akan hadir di bumi Semporna ini. Keletihan dan kepenatannya menguruskan pelbagai perkara turut mengundang kekecewaanku jua kerana ketidakhadiran 'sahabat' seperjuangan yang lain. Berbaik sangka sahaja kepada mereka semua. Itu ubat membendung mazmumah yang beraja.

Manusia merancang, Allah jua merancang..Nyata perancangan Allah itu lebih baik.. ditakdirkan hanya 7 orang sahaja yang dapat menghadirkan diri malam itu. Maknanya hanya 4 orang daripada Tawau dan selebihnya kami yang di Semporna ini. Dengan urusan pengangkutan yang sangat terbatas, adik2 itu sampai juga dengan semangat untuk membantu meski ada yang punya agenda untuk program PERPPIS pada hari Ahad. Aku rasa, aku pun tidak sekuat mereka untuk hadir ke bumi Semporna ini.

Bersedia menerima tanggungjawab sebagai mentor kepada anak2 Bugaya II. Mungkin itulah yang ada di jiwa kami semua. Pada mulanya berat juga untuk hadir kerana mind setting yang bersedia untuk bercuti pada Sabtu dan Ahad juga kerana ramai 'sahabat' yang menguzurkan diri .Namun,  Kugagahi jua kerana membandingkan dengan kepayahan adik2 yang datang dari jauh berbanding aku yang sememangnya berada di sini. Pesan pada diri, jangan sedih, usah kecewa meski sahabat2mu tidak bersama...berbaik sangka sahaja kerana itu ubat bagi hati yang rawan..

Dan kepada ustazah Mardiana aka Mare' yang berusaha jua datang pada hari sabtu selepas bersekolah ganti..Kehadiranmu menampal sedikit luka kami...Moga Allah menilai semua ini sebagai ibadah berterusan.

Sungguh, aku jatuh hati dengan anak2 Bugaya II. Spontan mereka memanggil aku 'umi'. Lain benar rasanya. Dan aku setuju dipanggil begitu agar tidak terasa asing aku dengan mereka yang kesemuanya muslimin ( aku diberikan kumpulan lelaki). Merekalah insan yang perlukan bimbingan dan perhatian. Asingnya mereka dengan dunia 'kita' cukup menginsafkan diri agar selalu bermuhasabah dan selalu bersyukur. Cerita2 daripada sahabatku selaku guru di sekolah itu kini aku hadapi. Dan sehingga hari ini, ada rasa rindu pada mereka semua. Semoga kalian baik2 sahaja..Dan panggilan itu membuat aku selalu bahagia. Pertemuan dan perkenalan yang singkat bersama 'anak2'ku ini menitipkan rasa yang pelbagai. Semoga Allah meredhai pertemuan ini.




Prgoram dan modul kami adalah daripada Allah ( meminjam istilah adik Huzailah). Terasa benar bantuan Allah dalam setiap urusan. Adik2 fasi memang bijak mengendalikan situasi. Sekadar berada di saff sokongan, aku tidak banyak bercakap kerana memberikan ruang dan peluang untuk adik2 yang sememangnya berbakat.  Tradisi kepimpinan PERPPIS dan jemaah memang berkesan. Siapa sangka, adik2 yang pernah menjadi mentee dan peserta program mempraktikkan segala ilmu dan ajaran yang diberikan. Syabas!!

Kepada team Nisa' yang hadir;
Nani, Sumarni, Ratnah, Suheni, Mare, Huzailah,  Aqma dan Syamsinar...
Pertemuan kita di Bugaya II menitipkan rasa ukhuwah yang hebat. Akak gembira dengan pertemuan kita di bumi Semporna. Semoga kita semua istiqamah di jalan ini...




Kepada anak2 Bugaya II;
Semoga kalian menjadi insan yang cemerlang mengikut acuan Islam..kalian insan biasa yang punya aura luar biasa. Mudah2an bantuan dan hidayah Allah selalu ada bersama kalian..





Terima kasih Ya Allah atas segalanya...

Dan kini, aku selalu terkenang- kenang keindahan itu..

Insya Allah, ada rezeki kita akan bertemu lagi...

Salam kerinduan di bumi Semporna..

Terus Bekerja..



Terima kasih Kak Kam yang bagi award ni. Top Blogger lagi tu..hehe..Padahal blog ni tidak sehebat blog sahabat2 dan teman2 yang banyak input dan pengisian.  Sepanjang ber'blog', ni lah pertama kali dapat award :)
Kak Kamsiah merupakan ibu kepada bekas pelajarku di SMK Taman Kenari. Hanya bertaaruf melalui alam maya. Terlewat mengenali beliau. Tak apa la, Insya Allah ada rezeki mai Kulim ingin bertandang ke rumah Kak Kam..boleh kak?

Minggu lepas baru selesai menjalankan tugas sebagai AJK Muktamar Muslimat Kawasan Tawau. Sebelum hari program, Usrah Nisa' berjalan seperti biasa tetapi di tempat yang berbeza. Port kali ni ialah di kedai Kak Min yang berdekatan dengan Dewan untuk muktamar keesokan harinya.  Seronok dapat berjumpa sahabat2. Macam lama sangat tak jumpa. Pelbagai isu kami bincangkan. Dan pastinya buku Dasar- Dasar Ilmu Dakwah karangan Dr. Abdul Karim Zaidan teks utama kami. 

Antara intipati yang dibincangkan dalam buku ini adalah tentang kewaspadaan (khazar) seorang pendakwah terhadap berbagai perkara seperti waspada terhadap anak dan isteri( keluarga), kemaksiatan, nafsu serta daripada orang kafir dan munafik. Dan akhirnya konsep tawakal seorag dai' e setelah melaksanakan semua yang telah dituntut. Mudah2an tidak sekadar teori dan bahasa indah yang diungkap. Pelaksanaan teori itu yang utama. Sesunggguhnya terlalu banyak kewaspadaan yang dituntut dalam dakwah ini. Kemampuan untuk terus bertahan kadang- kala goyah jua dipukul badai duniawi. Moga terus bertahan Ya Allah...

Tahniah pada semua sahabat atas keterlibatan dalam menjayakan muktamar kawasan meskipun orang kuat kami tidak dapat menghadirkan diri pada hari program disebabkan kesihatannya yang tidak mengizinkan.  Aku, Asmah dan Ros pula tidak dapat bersama sehingga ke akhir program kerana terpaksa bergegas pulang ke Semporna dan Ros pula  ke Pulau untuk meneruskan tugas seperti biasa. Apapun thanks to Allah kerana mengizinkan diri ini hadir dan melaksanakan tanggungjawab yang masih kurang sempurna.

Agenda seterusnya perlu bersedia untuk Muktamar peringkat Negeri pada bulan Mei nanti. Tawau menjadi tuan rumah kali ini. Taklifan yang sama seperti mukatamar kawasan. Terasa berat juga sebab kerja- kerja penerbitan sebelum ni banyak dibantu oleh Pengarah program. Adakah pengarah kali ni jua akan membantuku ? Wallahu'alam...

Sedikit lensa muktamar kawasan baru- baru ini..terima kasih kepada tuan punya kamera yang terbabit..ada kualiti gambar yang kurang memuaskan (kamera pemilik blog la tu..)










Jumpa lagi tahun depan...

Aktivitiku

Beberapa hari cuba update blog. Gagal. Hari ni, Jumaat berada d rumah sendiri di teratak ayahanda bonda aku cuba menulis sesuatu. Berjaya.

Baru selesai menyiapkan bahan- bahan penerbitan untuk Mesyuarat Agung Tahunan Kawasan. Sebenarnya tak banyak cuma pamplet, cover buku, bookmark dan ucaptama. Tapi, bagi golongan amatur seperti aku ni, benda2 ni macam susah sangat. Inilah pertama kali dalam hayatku jadi AJK Penerbitan. Terima kasih la kepada Cik Pengarah yang dengan rela dan gembira melantik aku yang "hebat" ni. Lepas ni, sesiapa yang nak melantik AJK penerbitan untuk program, bolehlah lantik aku lagi..haha

Gembira berada di rumah sendiri. Merehatkan diri dan otak yang sarat dengan kerja2 yang banyak di sekolah. Balik nanti banyak laporan kena siapkan. Siapa cakap jadi cikgu mudah? Tekak ni pun masih terasa perit sebab menjerit2 dengan budak2 di sekolah. Penat sangat2.

Petang Khamis kelmarin, selepas sekolah terus balik ke Tawau bersama Efah ( tuan punya kereta) dan Asmah ( Singgah kejap di rumah ambil barang). Housemate yang lain sudah lesap dari rumah. Pantang cuti, memang pakat2 balik Tawau punya. Sorang lagi balik Sandakan. Pengantin Baru di rumah kami. Kesian kan, jauh daripada suami. Sampai di rumah sudah pukul 9.30 malam. Macam la Semporna- Tawau tu jauh sangat. 
Sebenarnya singgah di Giant lagi sebab nak bersolat jamak qasar. Lepas tu singgah makan sambil tunggu parents Asmah datang ambil. Maklumlah tiada kereta sendiri lagi..Insya Allah, coming soon.

Hari2 seterusnya merupakan perjuangan hidupku yang masih tidak pasti. Justeru, perlu bersiap sedia menghadapi hari perjanjian denganNYA. Semoga pekerjaan ini adalah ibadah yang tak akan hentinya meskipun hati kadang kala kurang gembira.

Esok perlu menghadiri usrah dan meeting terakhir sebelum Mesyuarat Agung Tahunan yang diadakan pada hari Ahad. Dan esok juga menghadiri kenduri kawen kak Ira (kakak kepada seorang sahabat- Hajiyah)..Selamat Pengantin Baru Kak Ira. Semoga bahagia hingga syurga (berseri- seri wajah Kak Ira petang tadi..hmm)..


Ujian..


Ya Allah..
teguhkan selalu hatiku di kala aku menghadapi ujian2 yang Kau berikan..Moga rusuh dan luluh jiwaku ini menjadi penghapus dosa2 yang telah aku lakukan..Ameen...

Sayang..

Alhamdulillah..

Telah kembali ke Semporna semula. Meneruskan kehidupan dan tugas di samping  teman2 dan sahabat2. Sayu menatap wajah ayahanda dan bonda tadi. Mengucap tangan dan memandang wajah tua mereka cukup menginsafkan betapa besarnya pengorbanan mereka padaku serta adik beradik yang lain. Wajah itu telah dimamah usia sedikit demi sedikit. Tangan dan anggota badan yang gagah dulu semakin lemah dek perjalanan waktu. Sedih kerana tidak dapat berada di sisi mereka. Tuntutan hidup melontarkan aku di daerah ini. Semoga Allah memelihara mereka selalu. Mereka segalanya bagiku..

"Ya Allah, pelihara kedua ibu bapaku, ampuni segala dosa mereka, sayangi mereka sepertimana mereka menyayangiku sejak kecil sehingga kini, kekalkan mereka dalam ketaatan kepadaMU selamanya.."Amin..

Cuti

Alhamdulillah..
Cuti bermula. Meski seminggu, ada kegembiraan bagiku juga teman2. Moga bermanfaat cuti ini. Selamat berekspedisi amal, jelajah seluruh Sabah buat sahabat2. Maaf tak dapat join. Ada sedikit kekangan meskipun perancangan awal memang nak pergi. Nampaknya bukan orang yang terpilih... Semoga Allah permudahkan perjalanan kalian. Pergi dan selamat kembali. Doa' kami yang "tinggal" mengiringi.

Selamat Pengantin Baru diucapkan kepada housemate, Sabariah@ Bie dan pasangan. Moga kekal hingga ke syurga. Lepas ni kena panggil "Puan" la nampaknya..kami juga yang bertahan sebagai "Cik".

Terasa sedikit kekosongan lantaran sahabat2 yang kian menyepi dengan kehidupan masing- masing. Begitulah kehidupan. Perlu ambil masa untuk semua ini. Namun, Allah sentiasa ada untuk penuhkan jiwa ini.  Sayangnya Allah pada hambaNYA. Tidak pernah dilupakanNYA walau sesaat. Tapi, hambaNYA ini yang selalu culas. Jadi, cuti ini sibukkan diri dengan topup ilmu dan refresh semula yang terlupa dan terbuang...

Selamat berehat sebentar buat diriku...Banyak 'kerja' yang akan menantimu kelak...

Al- Fatihah..

Berita yang disampaikan cukup mengejutkan. Tak terjangka, tak terfikir. Adinda kepada sahabatku telah kembali menemui pencipta-Nya..Allahyarham Mohd Tarmizi Bin Rugain meninggal dunia dalam kemalangan jalan raya dalam perjalanan menuju ke Tawau, 8 Mac 2010...


Jatuh juga airmata ini. Meski tiada hubungan darah dan kerabat namun. Allahyarham ibarat adindaku sendiri lantaran kakandanya sahabat baik yang sangat akrab denganku bahkan ayahanda bondaku jua ibarat kedua orang tuanya.. Pemergian yang cukup mengejutkan..Meruntun naluri menginsafi akan kesudahan hidup..


Maafkan kakak tidak dapat hadir pada hari terakhirmu dik.. Hanya doa' dan al- fatihah buatmu..Amanlah dikau di sana...dan tinggallah kami di sini meneruskan sisa- sisa hidup yang entah bila sudahnya...


Buatmu Fiza, sahabat tawa, duka dan riangku..maafkan aku kerana tidak sempat menziarahi adinda kita...lemas jua aku di sini..terkenang2 akan wajahnya..
Inginku pelukmu, meminjamkan bahuku untuk kau pecahkan empangan airmatamu...
dihujung talian itu, hanya esak tangismu yang kudengar..
aku tahu,
berat ujian ini buatmu sekeluarga...
Kuatkan jiwamu kerana engkaulah  kekuatan ayahanda bonda di sana...




terngiang- ngiang teguran adinda kita sewaktu pertunanganmu..
"kak fiza nda lama lagi..kakak bila pulak?" kata- kata terakhir inilah ucapan perpisahannya denganku  di dunia ini...


Dan kelmarin..
baru sahaja meraikan ulangtahun kelahiran sahabat kita...
dan hari ini takdir Allah telah tertulis buat seorang lagi insan...
Insan kerdil yang dijemput pergi jauh..jauh daripada hiruk- pikuk dunia yang melemaskan..dan pergi yang tidak akan kembali lagi buat selamanya..
bertemu kita di sana..
kembaramu di dunia telah berakhir..
kami di sini masih meneruskan perjalanan..perjalanan ke destinasi yang hakiki...


Al- Fatihah buat adinda kami Mohd Tarmizi bin Rugain...


"Cukuplah mati itu sebagai peringatan yang berharga"

Selamat Hari Lahir...



Buat sahabatku..



Selamat Hari Lahir...
moga anugerah usia ini dipenuhi amal kebaikan...
Terima kasih atas segalanya..
Moga persahabatan ini mengundang redhaNYA..
I luv U...

Bila Nak Kawen???

Selamat pengantin baru buat:
Nur Alia & Pasangan...( adik + sahabat sefikrah di kampus)
Nur Elitawaty & Pasangan...( rakan sekolah)
Masnurul Husna & Pasangan..(adik sepupu).
mereka berkahwin di bulan Februari..
mudah2an mengambil berkat Rabi'ul Awal..
bulan kelahiranNabi Muhammad SAW..
Didoa' dan diucapkan semoga bahagia hingga ke akhirnya..


Terlalu ramai sangat orang2 yang dekat denganku yang mengakhiri zaman bujang. Dan semestinya aku tak terlepas daripada soalan2 bila nak kawen ni..rimas juga..tapi begitulah lumrah kan..orang yang bertanya2 tu sangatlah mengambil berat pasal orang lain kan...baguslah tu..hmmm..di sini ada cerita bila nak kawen yang terjumpa dalam blog seseorang..baca dan fikir2kan je..k..




Bila nak kawin???
Di sini orang bertanya
Di sana orang menyoal
Tak kira teman mahu kenalan
Asyik-asyik itu je yang jadi bualan
Begitulah nasib orang bujang
Tak kira lelaki mahupun perempuan
Bila nak kawin???
Keluarga pun dah mula risau
Si teruna, emak bimbang jadi bujang terlajak
Si dara, ayah takut bergelar andalusia
Bila nak kawin???
Jiran turut sama menumpang tanya
Bila dijawab jodoh belum ada
Kata mereka, kita kenalah usaha
Mandi bunga salah satu caranya
Tak pun mandi ais boleh dicuba (he..he..ni cadangan pelik kawan saya)
Bila nak kawin???
Aduuuhh…aku disoal lagi
Kawin??? Nak kawin dengan sapa?
Calon pun takde.
Hah!!! Awak tu memilih sangat agaknya
Ewah-ewah sedap sungguh mulut berkata (aku ambil tunang @ suami kau, baru padan muka)
Bila nak kawin???
Akan ku kawin jam-jam ni juga ( haa…haa…haa)
Andai memilih suami semudah bershopping di pasar malam
Atau semudah membeli VCD cetak rompak
Atau sesenang memakan twisties..(yummyyyyy)
Bila nak kawin???
Aaahhh….sungguh aku bosan
Banyak yang lain boleh jadi persoalan
Kenapa asyik itu yang dihadapkan
Apa kita nak heran
Lambat cepatnya jodoh, Allah yang tentukan.
Bila nak kawin???
Pada yang masih bujang
Biarkanlah mereka terus bertanya
Usah ditunggu letih mulut mereka (Takkan letihnya sampai bebila..)
Kalau ada jodoh, Insya-Allah takkan ke mana.
Bila nak kawin???
Pada yang asyik menanya
Usah dirisaukan jodoh orang
Jaga masjid sendiri agar tidak goyang
Lain orang lain rezekinya
Syukurlah dengan apa yang kita ada..

Terima kasih pada sahabatku, Amirah Izzati yang melayan luahan dan omelanku dalam YM..lama tak bersembang dengannya..bila jumpa macam tak ada benda sangat nak cerita tapi bila online, macam2 la nak cakap..kan Mirah:)

P/s: lepas ni xpyh la ty2 lagi ya..anggap la itu jawapan yang baik buat masa ni:)

Hujung minggu

Kepulanganku hujung minggu lepas terasa benar kelainannya. Bukan sekadar balik bertemu ayahanda dan bonda di Tawau tetapi turut jua  memperkemas gerak kerja yang seakan- akan dikesampingkan lantaran tuntutan kerja yang banyak di sekolah. Bertemu sahabat2 tersayang menzahirkan senyuman dan kegembiraan di wajah ( walaupun ada gak yg xdtg sbb ada urusan lain). Wajah2 yang tidak selalu kutemui lagi, hanya nama dan alam maya sebagai penghubung ( tapi x sume la shbt2ku ni ada FB, dan blog..ngeh2..)


Bermula dengan mesyuarat Nisa' pada hari sabtu kemudian pada keesokannya diadakan pula usrah nisa' kawasan yang agak slow kebelakangan ini. Alhamdulillah, Allah izinkan juga untuk kuhadiri program2 ini disulami  pertemuan dan taaruf bersama ahli baru usrah, kak Noni dan Ayu. Nampaknya bertambah lagi keluarga baru nisa' Tawau. Gembira bertemu kalian semua!


Seusai usrah dan sedikit perbincangan, pergi ke destinasi seterusnya. Dalam tidak dirancang, Aku, Asmah, Fate, Iyang dan Mare' setuju untuk 'pusing2' bandar Tawau mencari sesuatu untuk keperluan. Aku dan Asmah lebih2 lagi la ( warga Semporna yang bila pulang ke Tawau akn membeli sesuatu utk dibawa ke Semporna..huhu- macam mau bawa satu Tawau ke Semporna..) Seusai membeli keperluan, singgah di ABC membasahi tekak dan mengisi perut. Ada sahabat mahu makan bakso cinta Khaerul Azzam ni..macam la ada ba...huhu.   Di sinilah tempat berkunjung sejak zaman persekolahan hingga kini. Meski bukan taraf bintang2, namun di sini juga yang best :)


Singkat benar rasanya berada di Tawau meskipun jaraknya sekadar sejam lebih. Tapi, bagi yang tidak berkenderaan sendiri sepertiku, jarak dan masa itu sangat meletihkan. Hmm...bersyukur saja dengan apa yang ada agar jadi manusia yang qanaah...


Februari pun tiba, maknanya telah sebulan aku di daerah ini. Daerah yang bakal aku diami entah berapa lama lagi. Andai ini yang terbaik untukku, aku terima segalanya kerana DIA sebaik2 perancang. Mudah2an aku akan terus kuat di sini. 


Tuntutan dan tanggung jawab yang pelbagai di sekolah ditambah lagi dengan karenah murid2 di sekolah benar2 menguji kekuatan dan kesabaran. Ada kalanya aku terpaksa mengajar mereka erti tanggung jawab dan tahu makna kesilapan. Aku punya kaedahku sendiri. Mudah2an bila dewasa nanti mereka akan tahu setiap apa jua yang aku buat untuk mereka.


Benarlah tidak mudah menjadi guru. Cabaran tidak sekadar memenuhi sillibus tetapi juga perlu kaedah terbaik yang digunakan untuk mengajar mereka mengenal huruf dan seterusnya membaca. Sedaya yang ada kucuba mengajar anak2 ini walau tanpa ilmu yang secukupnya. Kala ini jua terkenang dengan guru2 semasa di sekolah redah dahulu. Apa khabar agaknya mereka tika ini? Ingin rasanya bertemu dengan mereka untuk menuntut ilmu akan cara mengajar murid2 sekolah rendah. Jasa mereka cukup besar dalam hidupku. Hanya doa' ku titipkan agar mereka bahagia dan sentiasa dalam redha Allah...Amin..


Sekadar ni dulu, tak sabar tunggu minggu depan..cuti CNY..blh berlama- lamaan di Tawau :)..sebelum tu sukan sekolah, bertambah2  'burn' la muka lepas ni...







Tika Ini

Fasa hidupku diteruskan di bumi Semporna sebagai seorang guru. Nyata tugas seorang guru bukan mudah. Ungkapan ini memang sering kedengaran dalam kalangan sahabat2ku sendiri yang kebanyakkannya juga telah menjadi guru lebih dahulu daripadaku. Kerjaya yang menagih keikhlasan dan pengorbanan ini tidak menjanjikan kemewahan seperti pekerjaan lain. Situasi sebagai seorang yang masih mentah dan baru dalam bidang ini menjadikan aku berfikir akan perjalanan hidupku yang seterusnya. Semoga Allah berikan aku kekuatan kerana dengan Inayah dan Taufiknya sahaja aku terus berada di sini.

Hampir sebulan  aku menjalani hidup sebagai guru. Cabaran dan penyesuaian yang aku lalui adalah 'mind setting' ku sendiri. Aku perlu menerima tugas sebagai guru di sekolah rendah yang jangkaan awalnya aku akan bertugas sebagai guru di sekolah menengah. Tugas mendidik di sekolah rendah memang banyak cabaran kerana perlu berhadapan dengan 'anak-anak kecil' yang serba serbi mereka adalah baru. Dengan segala keupayaan dan keterbukaan, aku menerima semua ini sebagai anugerah Allah yang ingin mendidikku dengan karenah dan pengalaman berdepan dengan anak- anak kecil ini.

Agak ralat dengan soalan2 guru2 di sekolah..."KPLI di maktab mana?' aduh..."saya bukan KPLI, saya memang amik education di USM sebelum ni.." soalan lagi..."aik, kenapa tak posting sekolah menengah?" huhu..letih menjawab, penat menjelaskan tapi demi menjaga hubungan baik dengan rakan sejawat yang lebih berpengalaman dan ada dalam kalangan mereka yang seusia dengan bondaku maka ku jelaskan satu persatu.
Mudah- mudahan mereka faham.

Pengalaman dan situasi mengajar di sekolah rendah jauh menyimpang dengan latihan mengajar yang dilalui semasa di SMK Taman Kenari. Di sini tiada karenah pelbagai yang berlagak dewasa, percintaan monyet  yang merimaskan, dan seumpamanya. Hanya tingkah anak2 yang minta perhatian, yang benar2 tak faham dan minta diajar dan tidak kurang yang malas sangat belajar! hmm..Mulanya aku layan saja tingkah itu tapi lama kelamaan mereka perlu di berikan 'hadiah' yang sesuai untuk bekalan mereka sepanjang usia...

Apa pun situasi yang aku lalui tika ini banyak mengajarku erti hidup yang penuh corak dan berwarna- warni. Inilah pilihanku meski tidak menjamin kemewahan dan kesenangan. Aku gembira di sini, biarkan saja aku di sini melalui dan mengerti akan persekitaranku yang pelbagai tanpa aku melupakan tuntutan dan tanggung jawabku terhadap ALLAH, Rasul dan juga agamaku.

Buat teman2 seangkatan juga merangkap adik- adikku, Erni, Ana, Faz, Syahar dan Yani...semoga kita gembira dipostingkan di sekolah rendah kerana memang itulah yang terbaik buat kita semua..Kita insan2 yang mampu untuk berhadapan dengan jiwa anak2 kecil yang mahu dididik dan dibimbing. Semoga Allah memudahkan urusan kita bersama...Amin.

Alhamdulillah...




Segala pujian dan kesyukuran hanya buat Allah Rabbul Jalil...
Setelah menanti beberapa lama akhirnya giliranku dan beberapa orang kawan pun tiba...walaupn agak 'konpius' dengan semakan status iaitu untuk KPLI, tapi memandangkan posting untuk sekolah rendah maka namaku pun dan beberapa orang kawan masuk sekali dalam senarai KPLI yang posting untuk awal tahun ni..ermm..tak kisahlah..Dengan kehendak Allah, aku posting sekolah rendah walaupun sebenarnya 'pure' ku utk sekolah menengah:) adalah hikmahnya tu ...dan SEMPORNA destinasiku...tak la jauh dari Tawau tapi tak boleh la nak ulang alik..

Rupa- rupanya kunjunganku dan sahabat2ku ke Semporna yang terletak lebih kurang 1 jam lebih dari Tawau adalah suatu kunjungan yang punyai hikmah dan tujuan...Di sinilah tempatku untuk mencurahkan seluruh ilmu kepada anak didikku nanti..Terima Kasih Allah kerana menempatkan aku di sini bersama sahabat seperjuangan yang memahami. Terima kasih kerana menerima aku sebagai sebahagian ahli rumah kalian. Kurang sedikit kegusaran dan kerisauan di hati:)

Insya Allah, esok 5 Januari tarikh untuk lapor diri di Pejabat Pelajaran Daerah. Semoga semua urusan berjalan dengan lancar. Mungkin akan bertemu rakan- rakan di kampus dulu yang juga mendapat posting di sini. Selamat bertugas untuk diriku dan semua guru. Semoga aku akan menjadi guru yang selalu ikhlas dalam memberikan ilmu... Amin..