Sempena 27 Rejab yang dikenang....


Ini adalah pesanan Dr Khalil al-Haya mewakili HAMAS di Palestin untuk umat Islam di Malaysia. Beliau telah berada di Malaysia pada tarikh 11 Mei-17 Mei 2006 untuk siri kempen "Bersama Menyokong Rakyat Palestin dan kerajaan HAMAS". Pesanan ini telah diterjemahkan oleh Maszlee Malik di atas permintaan Dr Khalil)

Alhamdulillah, Allah telah memilih kami yang berada di Palestin untuk berjihad. Kami telah dipilih untuk menjadi barisan hadapan kepada umat Islam. Kami telah dipilih oleh Allah SWT untuk mengorbankan jiwa, nyawa, harta, anak-anak kami untuk menentang musuh Allah dan mempertahankan Masjid al-Aqsa. Kami juga telah dipilih oleh Allah SWT untuk mewakili umat Islam di seluruh dunia untuk menjadi benteng pertahanan kepada al-Aqsa, kiblat pertama umat Islam dan juga masjid ketiga suci mereka. Kami juga telah dipilih oleh Allah untuk menjadikan mati syahid sebagai impian utama kehidupan kami berbanding kehidupan dunia. Selama lebih daripada 60 tahun, kami hidup di medan pertempuran. Selama waktu itu jugalah kami dijajah, dizalimi, diseksa, dibunuh dan juga diperangi. Mengapa?, hanya kerana kami mengucapkan La Ilaha Ila Allah, dan kerana kami mempertahankan bumi serta masjid kami.Pelbagai bentuk kesengsaraan telah rakyat Palestin lalui. Pengusiran dari rumah, kampung halaman, dan juga tanah watan. Dibunuh, diseksa, ditembak, dibom, dibantai, disembelih dan apa-apa lagi perbuatan tidak bertamadun yang boleh diungkapkan, telah kami lalui. Generasi berganti generasi, umat Islam di Palestin tetap sabar dan komited untuk terus kekal dan mempertahankan tanah air mereka. Ianya adalah jihad, ianya adalah kemuliaan, ianya adalah bukti yang ingin kami bawa sebagai mahar ke syurga nanti. Semoga Allah menerima pengorbanan kami ini.

Pelbagai bentuk kesengsaraan telah rakyat Palestin lalui.Ketika di waktu awal penjajahan, kami, saudara anda dari gerakan Islam telah menjadi barisan utama perjuangan. Selepas beberapa waktu, gerakan Islam telah dibantai penjajah. Pembantaian itu walau bagaimanapun tidak cukup untuk melemahkan kami. Sehinggalah di zaman Jamal Abdul Naser, sepertimana saudara-saudara kita di Mesir dibantai, kami juga turut menerima kesannya. Semenjak tarikh tersebut,gerakan Islam terpaksa kembali ke bawah tanah. Kmai telah menumpukan usaha untuk pembinaan semula struktur perjuangan. Usaha pendidikan, dakwah, tarbiyyah dan kebajikan telah menjadi agenda utama kami. Kami laluinya dengan penuh kesabaran dan ketabahan. Sehinggalah di pertengahan 80'an. Apabila arus sekular telah mula jemu dengan perjuangan. Ketika arus sekular yang asalnya memandu perjuangan rakyat Palestin telah mula lesu. Kami mula memunculkan diri sebagai peneraju perjuangan rakyat Palestin. Perjuangan kami berbeza dengan perjuangan sebelum ini. Perjuangan kami adalah berteraskan Islam dan kami membawa mesej ummah. Perjuangan kami bukan hanya sekadar ingin memerdekakan sekeping tanah, tetapi untuk memandu kebangkitan umat Islam semula dan meninggikan syiar Islam di muka bumi ini.HAMAS, semenjak hari pertama penubuhannya telah menjadikan jihad sebagai jalan utama untuk memerdekakan bumi Palestin. HAMAS juga telah menjadikan Islam sebagai landasan perjuangannya. HAMAS juga telah memberikan nyawa ahli-ahli mereka untuk tujuan tersebut. HAMAS juga telah berjanji dengan rakyat Palestin dan juga kepada umat Islam untuk terus komited dengan perjuangan mereka. HAMAS juga berjanji untuk memerdekakan masjid al-Aqsa walaupun terpaksa berjuang dengan kuku dan gigi sahaja. Itulah janji kami.Selepas hampir 20 tahun berjuang, Allah memberikan hasilnya kepada perjuangan HAMAS. Kami diberi kepercayaan oleh rakyat untuk memerintah mereka. Kemenangan ini, walaupun indah, namun ianya merupakan ujian yang getir bagi kami. Kemenangan tersebut merupakan era baru perjuangan HAMAS. Kami terpaksa menambahkan satu lagi ruang di dalam perjuangan kami, iaitu ruangan politik pemerintahan. Semakin bertambahnya beban, semakin tingginya perngorbanan.HAMAS juga berjanji untuk memerdekakan masjid al-Aqsa walaupun terpaksa berjuang dengan kuku dan gigi sahaja.Buat umat Islam di Malaysia, andalah saudara kami yang paling hampir di Malaysia. Hati-hati kita telah diikat dengan fikrah dan aqidah yang sama. Kita telah dihimpunkan di dalam ikatan kerohanian yang jitu. Kita telah ditakdirkan untuk bersama di dalam perjuangan dengan manhaj yang sama. Kami adalah wakil anda di Palestin. Kemenangan kami adalah kemenangan anda. Pemerintahan kami adalah pemerintahan anda. Kerajaan HAMAS adalah kerajaan umat Islam dan hadiah buat perjuangan pecinta Islam di seluruh dunia. Tidakkah anda sedar perkara ini?, jika anda tidak sedarkan perkara ini siapakah lagi yang akan menyedarinya???Umat Islam di Malaysia sekelian, menjadi pemerintah bukanlah sesuatu yang mudah. Apatah lagi memerintah di dalam fasa penjajahan dan peperangan. Apatah lagi jika pemerintahn itu hanyalah memerintah sebuah negara yang tidak berdaulat dan dinafikan kedaulatannya. Apatah lagi apabila memerintah sebuah negara yang menjadi sasaran keganasan penjajah Zionis yang didokongi oleh kuasa besar dunia yang zalim. Apatah lagi pemerintahan tersebut adalah mewarisi pemerintahan sebelumnya yang meninggalkan beban hutang sebanyak USD 3 billion di dalam akaun kerajaan. Inilah realiti kerajaan yang kami terajui. Inilah juga realiti kerajaan yang diterajui oleh HAMAS di Palestin. Inilah realiti kerajaan yang mewakili anda semua di seluruh dunia.Sehingga kini, para pegawai kerajaan, termasuk para menteri, tidak menerima gaji semenjak 3 bulan yang lalu. Tahap pengangguran telah mencaai 31% di Gaza dan Tebing Barat. Bekalan makanan dan petrol semakin berkurangan. Ubat-ubatan di hospital semakin kehabisan. Baru-baru ini, tiga orang bayi telah meninggal di hospital di Gaza kerana ketiadaan ubat-ubatan yang mencukupi. Pelajar-pelajar tidak akan dapat menduduki peperiksaan kerana kehabisan kertas di sekolah-sekolah di Gaza dan Tebing Barat. Hatta, persidangan parlimen (Majlis Legaslatif) kami di Gaza hampir-hampir dibatalkan kerana kekurangan kertas.Mengapa ini semua?, ianya adalah kerana keberkesanan tekanan yang dikenakan ke atas rakyat Palestin oleh rejim Zionis, AS dan juga EU. Tekanan yang dikenakan hanya semata-mata rakyat Palestin telah memilih calon yang mereka inginkan di dalam pilihanraya yang lalu. Tekanan yang dikenakan kerana kami enggan menurut ugutan mereka supaya mengiktiraf penjajahan Zionis. Tekanan juga dikenakan kerana kami ingin mempertahankan diri kami daripada dibunuh oleh pihak penjajah. Sampai bilakah tekanan ini akan berakhir?Wang hasil kutipan cukai kami yang berjumlah USD 55 juta sebulan tidak pernah dipulangkan kepada rakyat Palestin.Rejim Zionis telah mengambilnya dari kami dan tidak pernah dipaksa untuk memulangkannya kepada kami. Mengapa tiada kuasa yang memaksa rejim Zionis untuk memulangkannya. Mereka juga telah menutup laluan udara, darat dan laut kepada tanah Palestin. Ekonomi kami berada di tangan rejim Zionis kerana perjanjian gila dan bodoh yang telah dipersetujui oleh kerajaan sebelum ini. Walau bagaimanapun, kami tidak mengharapkan itu semua.Kami yakin, saudara-saudara seislam kami masih dapat membantu kami. Kami yakin saudara seaqidah kami akan dapat menampung keperluan rakyat Palestin dan mencukupinya. Kami yakin juga, saudara seaqidah kami di seluruh dunia akan dapat membuatkan kami terus hidup dan tidak bergantung kepada bantuan-bantuan daripada negara-negara bukan Islam, apatah lagi dari rejim Zionis.

Persoalannya, di manakah saudara-saudara kami? Di manakah mereka di kala kami memerlukan mereka?Wahai umat Islam di Malaysia. Kami mengharapkan agar anda mengepalai kempen untuk menyelamatkan kerajaan HAMAS di bumi Malaysia ini.Wahai umat Islam di Malaysia. Kami mengharapkan agar anda mengepalai kempen untuk menyelamatkan kerajaan HAMAS di bumi Malaysia ini. Kami hanya mempunyai dua pilihan. Pertamanya, tunduk kepada tekanan AS dan EU lantas mengiktiraf Israel demi menghilangkan kesengsaraan rakyat. Pilihan yang kedua adalah teruskan berjuang dan tidak sekali-kali tunduk kepada tekanan. Kami telah memilih pilihan yang kedua. Kami akan terus berjuang ke titisan darah terakhir kami. Kami tidak akan sekali-kali mengiktiraf penjajah. Kami tidak akan sekali-kali tunduk kepada tekanan. Malangnya rakyat hanya boleh bertahan selama enam bulan. Tiap-tiap hari, rakyat mengadakan perarakan menyokong kerajaan dan menggesa agar kerajaan HAMAS tidak tunduk kepada tekanan. Kami yakin, rakyat akan terus menyokong, tetapi sampai bila?, perut mereka akan kosong. Kami tidak akan membiarkan rakyat kami kelaparan dan sakit tanpa rawatan. Kami perlukan bantuan anda untuk melakukannya. Mahukah anda melihat kerajaan HAMAS di Palestin membiarkan rakyatnya kelaparan?Umat Islam di Malaysia sekelian,Kami akan terus berjuang. Kami akan terus tetap dalam perjuangan sehinggalah setiap daripada kami akan gugur syahid. Kami akan terus memastikan prinsip Islam akan terus dijulang. Namun kami memerlukan sokongan dan bantuan anda.Jikalau kami gugur syahid, dan anda sekelian terus diam membisu dan hanya menyaksikan sahaja, nantikan hari pembalasan. Kami akan tuntut dari Allah di atas kelembapan anda semua. Kami tidak akan redha terhadap kelesuan dan kebisuan anda semua. Kai tidak akan memaafkannya.Kami mengharapkan agar anda menyumbang USD 1 (RM 3.60) setahun sahaja untuk menanggung kesengsaraan rakyat Palestin.Umat Islam di Malaysia,Kami mengharapkan agar anda bersikap pro-aktif. Kami mengharapkan agar anda menyumbang USD 1 (RM 3.60) setahun sahaja untuk menanggung kesengsaraan rakyat Palestin.Kami juga mengharapkan agar anda melobi kerajaan anda yang menjadi pengerusi OIC untuk melakukan sesuatu.Kami juga berharap dari anda untuk melakukan kempen kesedaran, dan libatkan masyarakat Malaysia, termasuk pertubuhan-pertubuhan bukan Islam untuk turut membantu rakyat Palestin.Kami juga inign melihat anda menjadi juara di peringkat antarabangsa di dalam kempen kesedaran ini.Banjiri media anda dengan isu Palestin dan al-Aqsa. Halakan mereka untuk menyokong perjuangan rakyat Palestin.Kepalailah usaha serantau untuk tujuan tersebut, andalah harapan kami.Dan akhir sekali, kami mengharapkan agar anda tidak melupakan kami di dalam doa-doa anda sekelian. Berdoalah agar kami thabat di dalam perjuangan. Berdoalah agar kami tetap di dalam perjuangan kami. Berdoalah agar kami dikurniakan mati syahid. Berdoalah juga, agar kita dapat bersama-sama bersolat di dalam Masjid al-Aqsa satu hari nanti, di mana pada waktu itu, bendera Islam akan berkibar dan syariat Allah akan berdaulat sekali lagi di atas muka bumi ini...Allah Akbar!!!


Saudaramu,Khalil Ismail al-Haya

Ketua Whip HAMAS di Majlis Legaslatif Palestin,

14 Mei 2006.



Itu hanyalah sebahagian luahan hati daripada beribu- ribu rakyat Palestin yang setiap hari berdepan dengan maut...bukan wang ringgit dan harta yang mereka inginkan tapi cukuplah sekadar doa dan keprihatinan kita buat mereka..tapi apa yang telah kita lakukan? tepuk dada tanya iman kita..


bersama- samalah kita menghayati makna isra' mi'raj ini yang terkandung dalamnya peristiwa besar umat Islam dan signifikannya adalah tempat kesucian umat Islam iaitu Palestin dan al- Aqsa yang perlu dipertahankan...Untukmu Palestin...

Seorang yang bernama Muslimah...




WANITA MUSLIMAH
Kupu-kupu tetap indah,cantik dan menawan.Sebilangan besar kupu-kupu terbang di waktu siang,hinggap pada bunga-bungaan,menghirup manisan yg tersembunyi di tengah-tengahnya.Kemudian kupu-kupu terbang lagi dan hinggap di dedaunan yg segar.Sesiapa pun pasti melirik apabila terperasan
kelibat kupu-kupu,Ialah Hati siapa tidak sukakan keindahan dan kecantikkan dan keunikannya.
Tetapi sayap kupu-kupu mudah berderai dan rosak.Apabila sudah rosak tiada siapa memandangnnya lagi kupu-kupu yang terbiar.....
Demikianlah wanita dijadikan Allah utk menghiasi bumi ini sebagaimana kupu-kupu dijadikan utk menghiasi bunga-bungan.Tanpa wanita dunia ini terasa sempit dan tidak indah utk didiami.Kaum lelaki pasti gelisah sebagaimana Nabi Adam A.S pernah dilanda gelisah.Meski pun hidupnya dipenuhi kenikmatan di syurga .Lalu baginda memohon kpd Allah agar dijadikannya seorang teman,agar boleh berbicara,bersenda gurau.Maka terciptalah Siti Hawa dari tulang rusuk kiri Nabi Adam A.S ,barulah terisi jiwa Nabi Adam A.S .
Ternyata wanita cukup perlu dlm kehidupan lelaki sebagaimana bunga amat perlu kpd suntikan kupu-kupu utk merialisasikan proses pendebungan.Tanpa permaisuri siapalah lelaki yg bergelar raja.Tanpa isteri siapalah lelaki yg digelar pemimpin dan tanpa perempuan siapalah yg akan digelar sebagai seorang ayah..?


Tanpa Siti Khadijah barangkali Rasullallah S.A.W tidak mendapat dorongan yg amat diperlukannya utk terus bangkit,memberikan semangat kekuatan dlm menyebarkan risalah Allah..NurIslam.Tanpa Aisyah barangkalai banyak hadis Rasullallah S.A.W tidak sampai kpd umat islam seluruhnya.Tanpa Fatimah Azzahra' barangkali Saidina Ali tidak muncul sebagai menantu Rasullallah S.A.W yg amat di sayanginya.Tanpa Mashitah barangkalai tidak terbukti betapa wanita boleh berpegang teguh kpd keimanan meskipun maut berada dihadapan matanya.Tanpa wanita siapalah lelaki krn setiap lelaki dtgnya drpd perut yg digelar seorang wanita.
Namun seorang isteri kpd Nabi Nuh A.S telah bertukar menjadi seorang penentang kebenaran.Seorang wanita pd zaman permulaan islam sanggup melapah dada Saidina Hamzah dan mengunyah hatinya, Seorang wanita tergamak meletakkan najis unta di kepala rasullullah S.A.W dan dan dlm sejarah manusia sejagat ramai wanita menjadi pendorong kpd kemaksiatan,kemusnahan,kerosakkan dan kehancuran seorang lelaki.
Alangkah besarnya dan pentingnya paranan wanita dlm kehidupan lelaki.Sebagaimana besarnya peranan kupu-kuu dlm membiakkan bungaan di bumi ini.Tetapi alangkah besarnya dan hebatnya peranan kupu-kupu untuk merosakkan dirinya sendiri dengan menjerumus ke dlm api...

SEGUGUS CINTA KUPU-KUPU
Kupu-kupu tidak bercinta kecuali hanya kpd Allah yg menjadikannya.Kupu-kupu akan beristighfar kpd penciptanya saban waktu,tanpa sedetik lara kpd kehidupan dunia atau terleka kpd bunga dan kupu-kupu jantan yg tidak penat-penat menghambatnya.
Drpa Abu Hurairah r.a katanya Rasulallah S.A.W bersabda:-"Sesungguhnya Alah Ta'alla berfirman pada hari kiamat kelak,Mana org-org yg saling mencintai krn keagunganku ?Hari ini akan aku naungi mereka di mana tidak ada naungan selain naungan aku."
Ambillah dr keutuhan cinta ini.Ia kekal abadi dan amat suci.Cinta Allah yg Maha Pencinta itu tidak memilih sesiapa,rupa,gaya dan bagaimana keadaannya.CIntanya boleh direbut oleh sesiapa sahaja,Cinta yg tidak akan luput malah ianya kekal abadie.
Kupu-kupu tidak mendapat nikmat cinta Allah.Serangga kecil itu telah melahirkan rasa kesyukurannya sebagaimana dlm firman Allah Ta'alla:-"Ia insan kerdil yg tidak memberi kerosakkan kpd alam,Tetapi taubatnya melebihi Insan berakal"
Tidakkah kita lebih perlu bertindak melebihi kupu-kupu sedangkan nikmat yg kita kecapi saban hari dr Allah tidak terhitung banyaknya.
"Langit yg tujuh,bumi dan segala yg ada di dlmnya bertasbih kpd Allah.Tidak ada sesuatu pun melainkan bertasbih dgn memujinya,tetapi kamu sekelian tidak mengerti tasbih mereka.Sesungguhnya Dia adalah Maha Penyantun Lagi Maha Pengampun"
Bandingkan dgn cinta manusia yg biasanya bermusim dan ada batas.Sewaktu senang di cintai dan indah segalanya.Namun apabila jemu dan bosan "Selamat tinggal" hadiah buatnya.Cinta manusia juga terhad dan berkepentinga.Isteri mencintai suami krn suami tempat ia bergantung.Ibu mencintai anak krn anak itulah penhiburnya dikala sunyi,Lagi pun dialah yg melahirkan anak itu dgn segala payah kejerihan.Kawan mencintai kawan krn dapat berkongsi akan kesenangan hidup.Pekerja menyayangi ketuanya krn ia menjadi penangungnya.
Berbanding Allah yg Maha Pencipta itu,cintanya kpd hamba tanpa mempunyai kepentingan apa-apa.Bahkan krn cintanya itulah di limpahkan kurnia nikmatsehingga tidak terhitung banyaknya.
Dlm bercinta,manusia kerap berpura-pura dan kepura-puraannya tidak terbatas cinta antara sesama mahluk,malah kepada Allah yg menjadikannya.Zahirnya mereka mengaku dan ikrar mencintai Allah,tetapi tindak tanduknya dapat mencerminkan apakah dia benar-benar mencintainya.Dan sesungguhnya Allah lebih mengetahui pada hamba-hambanya yg mencintainya.
DI dlm Al-quran,anak disebut sebagai satu "berita baik,hiburan pada pandangan mata dan hidup"Firman Allah Ta'alla:-"Hai Zakaria,sesungguhnya kami memberi khabar gembira kpdmu akan beroleh seorganak yg bernama Yahya ( surah Maryam ayat 7 )
Firmannya lagi :-"Harta dan anak-anak adalah perhiasa kehidupan dunia tetapi amalan-amalan yg kekal lagi soleh adalah lebih baik pahalanya di sisi tuhanmu serta lebih baik utk menjadi harapan"( surah Al'Kahfi ayat 46 )

DIDIKAN PERIBADI

Rasulallah S.A.W memperlihatkan anak-anak sebagai kupu-kupu syurga melalui hadisnya,membuktikan kupu-kupu memanglah sejenis kehidupan yg indah dan mempersonakan mata sehingga di tamsilkan kepada Syurga.
Oleh yg demikianlah angapan Islam terhadap anak-anak yg belum dipalit oleh dosa, mrk perlu dipelihara dan di asuh dlm suasana yg amat sempurna. agar sayapnya nanti kuat dan tidak mudah berderai dan indahnya terus menawan sepanjang kehidupan.
Ajaran islam bermula sejak seseorang anak atau kupu-kupu syurga itu dlm kandungan lagi.Bahan sewaktu belum bergelar janin lagi.Hal ini dapat dilihatkan pada prinsip-prinsip agama tentang perkahwinan dan pentingnya memelihara keturunan.Memelihara keturunan adalah salah satu drpd lima prinsip yg dirumuskan oleh usul fiqh tentang hukum syariat dan hukum-hukum islam :-1) Terpeliharalah Jiwa

2) Terpeliharanya Agama

3)Terpeliharanya Keturunan4) Terpeliharanya akal5) Terpeliharanya Harta
Dan Rasulallah S.A.W bersabda:-"Carilah org asing yg bukan kerabat utk dikahwini supaya tidakmembuat anak-anakmu (yg bakal lahir) lemah"
Berdasarkan hadis ini nyatalah pertemuan dua benih yg tidak langsung saling berkait ,bakal melahirkan kupu-kupu syurga yg kuat dr aspek fizikal mahupun mental.
Anda juga asalnya anak,kanak-kanak dan kemudiannya gadis .Ini bermakna anda juga termasuk dlm gelaran kupu-kupu syurga.Cuma apakah anda dapat mengekalkan gelaran itu walaupun pada detik ini telah pun bergelar remaja sunti,pemudi,isteri,janda bahkan mungkin nenek...
Peluang anda utk terus menjadi kupu-kupu syurga tetap ada krn Allah telah memanjangkan usia anda hingga ke hari ini.Lihatlah betapa kasihnya Allah kpd anda..Itupun kadang-kadang Allah masih membuka peluang kpd anda utk menjadi lebih baik drpd sekadar kupu-kupu di syurga apabila menemuinya kelak
Apakah anda sedar akan hal ini..??
KEHIDUPAN DUNIA
Dunia diketahui sebagai tempat tinggal seketika,sementara sahaja atau cukup sebentar.Sekadar utk meletakkan kepala bagi yg dlm kepenatan.Dan apa bila tenaganya telah pulih ia akan bangkit dan berjalan pergi.Ia adalah tempat persingahan bagi seorang musafir yg sedang berjalan dlm perjalanan yg jauh.
Sesuai dgn sifatnya yg begitu manusia sebagai makhluk yg paling cerdik di atas muka bumi.Ia sebenarnya menipu dan memperdaya .Golongan yg paling mudah tertipu dan terpedaya oleh dunia ini adalah wanita drpd yg bergelar gadis, isteri, ibu malah srikandi.


Setiap manusia di dunia ini adalah ibarat kupu-kupu yg sedang bermusafir di tengah-tengah sebuah taman,saujana dipandang indah lagi menakjubkan.Ramai manusia kecundang krn keindahan yg ditemuinya di tmn itu. Namun tidak kurang juga yg berjaya melepasi godaan begitu sehingga sampai ke taman sebelah sana yg nyata lebih indah lagi menawan serta kekal keindahannya.


Justeru itu Allah menurunkan agama islam utk memandu kehidupan manusia dan wanita seluruhnya agar mrk dapat mengecapi nikmat hidup kekal abadi di akhirat kelak.Seorang wanita terutama yg brgelar isteri cukup mudah utk memasukki syurga tetapi seorang wanita juga amat mudah utk di lemparkan ke dlm neraka segalanya bergantung pada pegangan agamanya.


Peringatan Allah Ta'alla dlm firmannya:-
1)Kehidupan dunia hanyalah sementara sekadar mainan dan senda gurau."Dan tiadalah kehidupan dunia ini, selain senda gurau belaka dan sesungguhnya kampung akhirat itu lebih baik bagi org-org yg bertaqwa .Maka tidakkah kamu memahaminya"( Surah A'-An'am ayat 32 )
2)Kehidupan dunia jika dibandingkan dgn kehidupan akhirat hanyalah sedikit."Apakah kamu puas dgn kehidupan di dunia sebagai ganti kehidupan di akhirat?Pada hal kenikmatan hidup di dunia ini dibandingkan dgn kehidupan akhirat adalah sedikit.( Surah At-Taubah ayat 38 )


3)Org yg bermegah-megah dan berbangga-bangga dgn banyaknya harta dan anak dlm kehidupan akan memperolehi azab Allah" Maka jagalah harta benda dan anak-anak mrk menarik hatimu.Sesungguhnya Allah menghendaki dgn (memberi) harta benda dan anak-anak itu utk menyeksa mrk dlm kehidupan di dunia dan kelak akan melayang nyawa mrk dlm keadaan kafir.( Surah At'Taubah ayat 35 )


4)Kehidupan dunia ibarat air hujan yg turun dr langit lalu suburlah tumbuh-tumbuhan di muka bumi ini pada hal tumbuh-tumbuhan itu menjadi kering dan musnah krn terkena angin."Dan berilah perumpamaan kpd mereka(manusia) kehidupan dunia adalah air hujan yg kami turunkan dr langit ,maka menjadi subur krnnya tumbuh-tumbuhan di muka bumi ini.,kemudian tumbuh-tumbuhan itu menjadi kering yg diterbangkan oleh angin .Dan adalah Allah Maha kuasa atas segala sesuatu"( Surah Al'Kahfi ayat 45 )

Macam- macam




Cepat benar masa berlalu...sedar tak sedar hari ni dah 25 rejab...beberapa hari lagi kita semua akan menempuh bulan syaaban pula dan akhirnya kita akan bertemu dengan bulan yang penuh dengan kebaikan Ramadhan Al- Mubarak..setiap daripada kita mempunyai rasa dan perasaan yang berbeza- beza dengan kedatangan Ramadhan...terpulanglah bagaimana persediaan kita menghadapi bulan yang mulia ni...begitulah putaran kehidupan yang perlu kita tempuhi selagi ada nyawa yang dipinjamkannaya...walau apapun, sama- samalah kita beriltizam untuk memanfaatkan Ramadhan yang akan kita temui ini..semoga kedatangan Ramadhan kali ni menjanjikan sesuatu yang terbaik dan beerti buat diri kita semua...

Bercakap tentang Ramadhan, masuk ni sudah tahun ketiga aku melalui Ramadhan jauh di perantauan...huhu..Allah je yang tahu perasaanku ni..memang berbeza benar situasinya..kalau diingat- ingatkan tahun pertama menyambut Ramadhan di tempat orang memang sedih tapi kadang- kadang rasa lawak pun ada..yalah orang len nak buka puasa gembira sebab seharian menahan lapar dan nafsu tapi aku lain pulak citernya..sebelum nak buka puasa tu aku call family kat kampung (cakap dengan Mak dan Bapa). bila dengar je suara mereka aku terus menangis..sedih tul..begitu rupanya rasa orang yang duk jauh dari family..bila da jauh barulah kita menghargai apa yang berada di sekeliling kita kan..itu masa Ramadhan..time raya lagilah aku menangis semahu- mahunya...2-3 minggu sebelum raya tu aku asyik menangis je..dah la  tu, budak- budak bilik sebelah ni pulak sakan pasang lagu raya..lagila aku sedih..begitulah pengalamanku...kalo nak citer memang panjang...bole jadi cerpen pulak..hehe...

Berbalik kepada bulan Rejab..27 Rejab ni merupakan salah satu peritiwa penting dalam sejarah Islam iaitu berlakunya peristiwa isra' mi'raj...rasanya tak payah diceritakan kepada kita lagi kerana memang kita semua sedia maklum akan sejarahnya...sungguhpun begitu, peristiwa ni tidak seharusnya dipandang begitu sahaja tetapi sebagai insan yang mengaku beriman pada ALLAH dan RasulNYA kita wajib meyakini sekaligus sentiasa berfikir dan mengambil iktibar di sebalik apa yang telah ditempuhi oleh junjungan mulia kita MUhammad SAW..latihlah diri kita agar sentiasa alert dengan apa sahaja yang berlaku dalam kalendar Islam..kita juga seharusnya berbangga menjadi Muslim yang dijanjikan akan menjadi umat terbaik di kalangan umat- umat lain pada hari akhirat nanti..mari bersama kita gunakan kesempatan yang ada ni dengan sebaik- baiknya kerana kita tak tahu setakat mana hayat kita..