Dedikasi Buat Semua di Tahun Hijrah 1431..

Ya Allah..
Pada tahun ini kami memohon kepada-Mu agar terpelihara dari godaan syaitan,para penyokongnya,dan bala tenteranya. Dan kami memohon agar terpelihara dari hawa nafsu kami yang selalu memerintahkan berbuat keburukan. Dan kami memohon semoga Engkau menjadikan diri kami disibukkan dengan hal-hal yang mendekatkan diri kami kepada Engkau dengan sedekat-dekatnya..
Amin.


Selamat Tahun Hijrah buat diriku serta seluruh umat Islam...
Tirai Tahun Hijrahku telah  ditutup dengan pernikahan sahabatku, Aisyah. Pernikahan yang dijadualkan pada 24hb diawalkan atas permintaan keluarga. Begitulah perancangan Allah Yang Maha Hebat..Dalam rasa tidak percaya dan teruja, aku dan beberapa orang sahabat meraikan beliau dengan menemaninya pada malam sebelum beliau bergelar isteri. Sebak, terharu dan pelbagai rasa tika memeluknya usai majlis pernikahan. Alhamdulillah, dia telah bergelar isteri kepada seorang lelaki yang  aku serta sahabat2 lain menyakini dia akan menjaga sahabat kami ini dengan sebaiknya. Kesian juga dengan beberapa orang sahabat yang tidak dapat menghadiri majlis ini kerana berada di luar kawasan. Hanya doa' dikirim agar kedua2 mempelai bahagia hingga ke akhirnya...



Selamat Pengantin Baru...Bercinta sampai ke syurga ya..





Antara gambar yang sempat diambil bersama Nisa' dan Muslimat...






Gambar banyak lagi tapi tak tau empunya kamera sebab ramai sangat jadi jurufoto tak berbayar..credit pada AdrySabry yang meng'upload'kan gambar2 ni dalam facebook...thanks akhi!


Ucapan Tahniah juga buat semua pengantin baru pada tahun ni..semoga kalian bahagia melayari bahtera rumahtangga..



(12 Disember 2009)
Selamat Pengantin Baru buat Nurhayaty dan pasangannya.




Semoga kedatangan tahun hijrah ini menjadi pemangkin untuk  terus beriltizam  memperbanyakkan amal soleh dan kebajikan sebagai bekal menuju ke destinasi yang PASti. Umur yang semakin bertambah ini juga perlu lebih sedar dan tahu makna kehidupan yang pelbagai rencam ini agar tidak terjerumus ke lubang yang sama lagi. Buat diriku, hijrah ini sangat bererti. Semoga Allah memudahkan urusan kehidupanku di dunia ini..


Buat sahabat, ukhuwah kita tidak terhenti di sini. Mohonlah pada Allah agar kita menjadi orang2 yang berada di bawah naunganNYA ketika tiada lagi tempat kita bernaung asbab kasih sayang Fillah yang kita pupuk sejak dulu hingga kini...
Semoga kita terus bernafas dalam jiwa hamba....




Song by Maher Zain.....

ALWAYS BE THERE


Alllahu Akbar…
If you ask me about love
And what i know about it
My answer would be
It’s everything about Allah
The pure love, to our souls
The creator of you and me, the heaven and whole universe
The one that made us whole and free
The guardian of HIS true believers

So when the time is hard
There’s no way to turn
As HE promise HE will always be there
To bless us with HIS love and HIS mercy
Coz, as HE promise HE will always be there
HE’s always watching us, guiding us
And HE knows what’s in our little heart
So when you lose your way
To Allah you should turn
As HE promises HE will always be there…

HE bring ourselves from the darkness into the light
Subhanallah capable of everythings
shouldn’t never feel afraid of anything
As long as we follow HIS guidance all the way
Through a short time we have in this life
Soon it all be over
And we’ll be in His heaven and we’ll all be fine

So when the time gets hard
There’s no way to turn
As HE promise He will always be there
To bless us with HIS love and HIS mercy
Coz, as HE promise HE will always be there
HE’s always watching us, guiding us
And HE knows what’s in our little heart
So when you lose your way
To Allah you should turn
As HE promise HE will always be there…

Allahu Akbar…
So when the time gets hard
There’s no way to turn
As HE promise He will always be there
To bless us with HIS love and HIS mercy
Coz, as HE promise HE will always be there
HE’s always watching us, guiding us
And he knows what’s in our little heart
So when you lose your way
To Allah you should turn
As HE promise HE will always be there…
Allahu Akbar…

Selamat Pengantin Baru

Tahniah buat semua pasangan pengantin baru yang telah dan akan menamatkan zaman bujang mereka. Benarlah jodoh itu rahsia Allah yang sukar dijangkau oleh fikiran manusia. Bagi yang masih berstatus bujang, bersabarlah kerana jalan jodoh setiap insan memang berbeza- beza:)

Cuti bulan 12 ni memang ramai sangat pasangan yang menamatkan zaman bujang mereka. Alhamdulillah...pada 5hb dan 12hb sahaja memang penuh dengan jemputan kenduri. Gembira dapat sama meraikan sahabat dan teman2 yang mengakhiri zaman bujang mereka. Dalam masa yang sama turut bertemu dengan kawan2 lama di sekolah rendah dan menengah..memang tak sangka :p

Begitulah sunahtullah hidup manusia. Komitmen selepas perkahwinan akan berubah dan bertambah. Daripada bujang kini berteman. Namun, itulah antara jalan2 untuk  meraih redha Allah. Semoga perkahwinan mereka khusunya para pendokong gerakan Islam akan  menyemarakkan lagi  semangat juang untuk berjuang dan berdakwah di bumi Allah ini. Di sinilah perlu difikirkan tujuan sebenar perkahwinan itu adakah kerana tuntutan duniawi semata ataupun ukhrawi sahaja. Tepuk dada tanya iman kita.

Pesanan untuk diri sendiri dan kalian yang memahami, jadikanlah kenduri perkahwinan itu sebagai manifestasi rasa syukur kepada Allah atas anugerah jodoh dan pasangan yang dikurniakan. Pelihara dan cuba sedaya upaya mengelakkan pembaziran atas perkara2 yang tidak sepatutnya. 'Perkahwinan hanya sekali' bukan alasan untuk mengenepikan syariat. Peliharalah hukum Allah agar ada keberkatan pada sebuah perkahwinan. Dan yang penting sentiasa berdoa dan memohon kepada Allah agar perkahwinan yang dibina akan terus dipelihara oleh Yang Esa.





Tirai 2009 ku akan diakhiri dengan walimah sahabatku Aisyah pada 24hb ni..Dia sahabat sejak sekolah rendah hingga kini..hampir 15 tahun kami menyulam persahabatan bersama sahabat2 lain dengan pelbagai cerita suka dan duka. Nampaknya, Aisyah mengambil berkat Hasnuri...Tahniah sahabat! Semoga Allah mudahkan urusan perkahwinanmu bersama pasanganmu. Kami sahabat2mu akan terus mendoakan untuk kalian agar istiqamah di medan ini..dan ingatlah kita tetap sahabat hingga di sana... Pada sahabat2ku yang masih memegang status bujang, ada rancangan dan aturan Allah buat kita semua. Bersama kita hidup dalam syariat Allah yang sangat indah.

Salam Fillah buat semua...

Majlis Qurban...


Sekitar gambar majlis qurban di Madrasah Al- Hidayah Sungai Imam, Tawau...
































































Alhamdulillah...ni saja watak2 yang sempat dirakamkan..terima kasih atas kesabaran semua :)

Diari Kembara

Alhamdulillah...

Akhirnya tawaran dan ajakan teman2 untuk ke daerah Semporna kuturuti setelah memohon izin daripada kedua ibu bapa. Mula2 risau juga tak dizinkan, maklumlah ayahanda dan ibunda ni memang susah sikit lepaskan puteri tunggal keluarga ni berjalan2 kecuali ke program2 yang memang kena bermalam. Banyak soal siasat :)



Kembara bermula dari rumah Aisyah. Sempat lagi kami singgah ke rumah Kak Sal ( housemate Asmah dan Hajiyah) sebab nak ambil kunci. Terima kasih Kak Sal sebab menjamu kami dengan sup tulang + soto, makaroni, cendawan sos tiram dan biskut raya. Kenyang :)

Rasa gembira sangat sebab dapat juga berkumpul bersama sahabat2. Selain untuk melepaskan bebanan dan tekanan masing2 juga untuk meraikan sahabat yang bakal menamatkan zaman bujangnya 24hb ni. Nampaknya dia tersingkir lebih awal selepas Hasnuri. So, kami yang tinggal ni akan terus bersaing merebut gelaran juara paling lama bertahan dalam kelab 82, 83 dan 84..hehe...





Kami merancang untuk singgah tempat2 menarik di daerah Semporna dan akan balik keesokan harinya di sebelah petang. Dalam perjalanan tu dapat pula mesej daripada Mirah. Rupanya Aisyah kena jaga exam STPM. Boleh pula la c aisyah ni lupa jadual. Tension2. Nampaknya kena balik lepas subuh la esoknya. Sabar je..

Memandangkan kami akan balik selepas subuh, maka kami tak akan terus ke Floating selepas singgah di pakalangan (betul ke ejaan ni?huhu)...macam biasa, aktiviti kami berposing dan bergambar tapi tak mau la tunjuk yang aksi2 tu. Sebagai tatapan orang2 tertentu je...malu :p

Sebenarnya dah 3 tahun tak jejak ke semporna ni. Kali terakhir tahun 2006 sebab hantar abang ke rumah mertuanya ( abang kawen dengan orang semporna) so, malam tu juga selepas kami dinner terus melawat abang di rumahnya..jangan tak tau rumah2 orang semporna besar2 dan sangat cantik. Asyik tangkap gambar je sepanjang jalan (tu lah kamera habis bateri..haha) Oh ya, terima kasih banyak2 kepada orang Tanjung Kapor yang sudi belanja kami makan malam dan tunjukkan kami jalan ke rumah kakak ipar.. Lain kali belanja lagi ya :p










Esoknya selepas subuh kami bertolak balik ke Tawau dan bermusafir lagi ke Felda Umas. Ni pun first time sampai.. kami breakfast kemudian hantar Aisyah ke sekolah tempat dia jaga exam. Sementara tunggu Aisyah, kami round2 Felda. Penatnya...... Balik Sg. Imam (rumah Kursiah) rehat dan bersolat. Sambung lagi ke Table ( Tmn Bukit Tawau) masuk free sebab ada pakcik keja di sana..best dapat mandi sungai...Esok saja kita balik rumah masing2 ya (tido rumah kursiah)..Malam ni boleh bincang2 yang patut:)






Sebelum balik rumah, breakfast sama2 di Tmn Semarak. Balik ke rumah masing:) Otw jumpa dengan Hajrah, ajak balik rumah dulu before miting pukul 9.30 di pejabat untuk program pelancaran kelab Aulad. Alhamdulillah..banyak sungguh kenangan indah di permusafiran ini..ada rezeki kita bermusafir lagi ya tapi dengan ahli kelab yang masih bertahan la..hehe..

Terima kasih sahabat2...

Kisah Aidiladha

27 November 2009
Selamat hari raya Aidiladha buat seluruh umat Islam...

Alhamdulillah
Pagi raya tu setelah menyiapkan segala yang sepatutnya, aku dengan mak pergi bersolat di Masjid Sirathol Mustaqim. Datang ke masjid lebih kurang pukul 7 pagi. Tak jauh pun, jalan kaki je tapi naik tangga yang melelahkan la juga:) Sesampai di masjid, jemaah dah ramai. Kedengaran takbir membesarkan Ilahi berkumandang di segenap penjuru juga dari kampung2 sebelah. Meriah! meskipun bilangan jemaah tak seramai aidilfitri lepas. 

Aku ajak mak duduk dan bersolat di luar saja. Kebetulan ada tikar dibentangkan di perkarangan masjid. Kesan hujan sebelah malam masih bersisa tapi tidak menjejaskan. Tak mahu tragedi Aidilfitri lepas berulang, aku memilih duduk dan bersolat sahaja di perkarangan masjid. Sekurang2nya mataku tak melihat keanehan dan sikap segelintir manusia yang mementingkan diri sendiri. Bukan apa, aku ni sound direct sikit. Tak pasal2 nanti ada yang 'kena' lagi. Cukup2la tu..begitulah bila agama ni diguna pakai dalam hal tertentu je jadi hal2 ibadah ni dianggap tak penting.

Solat di luar masjid lebih lapang sedikit tapi tumpuan tetap terjejas dengan sikap manusia yang pelbagai. Bukan mencari silap orang lain tapi itu yang berlaku. Tikar dipijak dengan selipar, tak mahu rapatkan saff, bising ketika khutbah, anak2 muda menjerit kegilaan. Ya Allah, kenapalah begini kampungku...memang geram. akhirnya, anak2 kecil dibelakangku kutegur kerana terlalu bising ketika khutbah dan aku langsung tidak dapat menangkap butir2 khutbah yang disampaikan (teguranku juga untuk makcik2 yang sibuk bersembang di belakang sana).. Kan dah kena..Aku tau, ada yang kurang senang dengan tindakanku tapi biarlah. Sampai bila perlu berdiam diri. Selebihnya aku serahkan pada Allah yang memegang hati manusia..


Balik ke rumah, rehat2 dan makan2 sajaJ …Ada juga kaum kerabat yang datang beraya dan hidangan memang telah disiapkan untuk sesiapa yang bertandang. Sebelah petang pak saudara dari Lahad Datu datang bersama famili. Meriah rumahku kali ni walaupun abang dan kak ipar sulung tak balik beraya. ‘Kuih tunjuk’ memang dah ready juga sedikit kek buatan sendiri yang tidak menepati citarasa ahli rumahku..hehe..sabarla ya..

Aidiladha lebih tenang kurasa sebab kurang perkara2 ‘aneh’ yang mencacatkan hari bersejarah umat Islam ni. Tiada bunyi mercun yang menyakitkan, tiada dosa dilakarkan dan tiada kemeriahan berhibur yang melalaikan. Segala-galanya tenang dan damai..kan bagus begini..


28 November 2009
Berkorban di Madrasah Al- Hidayah, Kampung Sungai Imam..
13 ekor lembu dikorbankan..
para petugas yang gagah perkasa menenteramkan lembu2 itu..huhu
Aku? Duduk di balik tabir bersama2 sahabat membantu menyediakan makanan untuk para petugas...
Potong2 daging, gelak2, kena perli, tangkap gambar..bincang2..
Akhirnya siap sup tulang + daging…
Sebelum sup tu masak, kami ke rumah kursiah untuk tunaikan solat..badan pun bau daging dah…
Datang semula ramai dah selesai makan..giliran kami pula..Alhamdulillah..sedap dan sangat berlemak3x…makan sikit je sebab ada mata2 yang memerhati..huhu..seram…
Selesaikan yang sepatutnya…balik rumah..
Insya Allah jumpa lagi tahun depan ya…
Allahu Akbar!




29 November 2009
Duduk rumah je dengan kaum kerabat yang ramai. Dan pastilah baby  jadi tumpuan, Siti Humairah (anak pakcik)..comel..rambut pula kerinting .huhu..Meriah raya di rumahku..erm..Insya Allah minggu depan aqiqah si kecil dibuat di rumahku pula..banyak betul kenduri kendara cuti2 ni..terasa sedikit stress..
Aku perlu merehatkan diri dan bersedia untuk pelancaran Kelab Aulad 5hb ni... Ajk pendaftaran je..tapi ramai kena dihubungi untuk kehadiran..Ya Allah, mudahkan urusanku...
Ada rancangan untuk ke Semporna bersama sahabat2..Ada keizinan Allah, aku akan join.. Insya Allah..






Mukhayyam 2009

Mukhayyam Muslimat Sabah telah berlangsung pada 21- 23 november 2009 bertempat di Madrasah Darul Hidayah Kampung Sungai Imam, Tawau. Program yang bertemakan "Cabaran dan Persiapan Srikandi Ummah Masa Kini" telah menghimpunkan pimpinan dan ahli- ahli muslimat daripada seluruh kawasan  negeri Sabah yang turut dihadiri oleh pimpinan Pusat.

Antara aktiviti yang dijalankan sepanjang program tersebut adalah dialog bersama pimpinan Muslimat  Pusat pada hari pertama program dan ceramah kupasan tema yang disampaikan oleh Ustaz Ismail dari Lahad Datu. Jungle Tracking yang menjadi salah satu aktiviti yang ditunggu- tunggu setiap kali Mukhayyam diadakan mendapat respons yang cukup baik daripada peserta kerana turut menyentuh peranan dan persoalan diri setiap muslimat yang terlibat dalam gerakan Islam.

Pada malam terakhir program telah diadakan Malam Kesenian Islam yang menampilkan persembahan menarik hasil kreativiti peserta yang menjadikan tema program sebagai asas persembahan bagi setiap kawasan yang terlibat, turut tidak ketinggalan persembahan daripada Ajk pelaksana. Sesi muhasabah dan Resolusi pada hari terakhir telah menjana pelbagai idea dan gagasan pemikiran demi meningkatkan  kekuatan muslimat mendepani cabaran masa kini khususnya di negeri Sabah di samping memperbaiki lagi perjalanan program pada masa- masa akan datang

Semoga program yang telah diadakan ini mampu menyuntik kembali semangat perjuangan seluruh muslimat  di negeri Sabah khususnya. Majlis perasmian dan penutupan program kali ini telah disempurnakan oleh  Setiausaha PAS Kawasan Tawau, Cikgu Mohd Nasir.

Terima kasih kepada yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam program ini. Semoga Allah membalas semua kebaikan yang dilakukan..

Gambar akan upload kemudian :)


- ala2 berita kan..hehe..sebenarnya diminta bt laporan pasal Mukhyyam utk upload dalam blog muslmat kawasan..so, itulah hasilnya :)




:::Welcome:::

Sebuah perkongsian biasa daripada insan biasa kepada mereka yang biasa...