Catatan Percutian

   Cuti persekolahan telah melabuhkan tirainya.  Dalam keseronokan bercuti bersama keluarga dan sahabat2 bayangan dan lambaian sekolah tetap juga dirasai. Setiap hari menghitung hari dan berandai- andai sekiranya cuti ini masih dapat dipanjangkan lagi. Sungguh tiga minggu merupakan cuti yang panjang sebenarnya jika hari- hari yang dilalui terisi dengan perkara bermanfaat. Tepuk dada, tanyalah iman sejauh mana bermanfaatnya cuti ini.

  Cuti kali ini lebih terasa manisnya kerana dapat membahagiakan ayahanda dan bonda yang setiap hari mengharapkan agar anakanda mereka selalu dekat di sisi mereka. Tidak juga  hanya duduk di rumah tetapi turut meluangkan masa bersama sahabat2 yang masih berstatus 'cik'. Manakan tidak, cerita kami tidak banyak bezanya walaupun jalannya ada yang sukar. Bermuhasabah, bergembira dan sesekali berduka itu rencah persahabatan kami. Selepas ini, entah siapa yang akan menggantikan gelaran 'cik' kepada 'puan'. Aturan Allah terlalu berseni dan indah...dan kami hanya berserah padaMU ya Allah.


   Rehlah bersama DMPKT di Taman Bukit Tawau antara pengisian cuti kali ini selepas berlangsungnya Muktamar DMPNS yang diadakan di Tawau. Bertungkus lumus menyiapakan tugasan dan tanggung jawab yang diamanahkan meski tidak berada di daerah Tawau. Terima kasih kepada sahabat- sahabat yang banyak membantu khususnya Asmah yang tidak tentu waktu tidurnya kerana menyiapkan buku laporan muktamar. Moga Allah membalas penat lelahmu. Rehlah yang dihadiri oleh setiap generasi sekurang- kurangnya merapatkan ikatan hati antara semua dengan aktiviti- aktiviti yang disediakan.


      Bertemu pelajar- pelajar UPSI daripada semenanjung Malaysia yang datang ke Tawau antara agenda pada waktu cuti. Lawatan secara tak rasmi kata mereka sambil menghadiri walimah sahabat mereka yang menamatkan zaman bujang. Alhamdulillah...Allah beri kesempatan kepada kami (Nisa' Tawau) untuk bertemu  dan bercerita tentang dakwah yang subur dan luas di bumi Sabah dan Tawau khususnya. Moga- moga pertemuan ini menjadi tautan yang akan menjadi payung kepada keredhaan Allah di akhirat nanti. Maaf atas layanan yang kurang sempurna. Sahabat2 Nisa' juga ramai yang hadir dan 'turun padang' meraikan adik2 yang akan keluar ke medan sebenar selepas ini.

    Sempat menghadiri program Kem Remaja Islam (KRIS) yang dianjurkan sekurang-  kurangnya dapat membina kembali jalinan ukhuwah dengan junior- junior yang juga merupakan mahasisiwa dan mahasiswi daripada seluruh kampus di tanah air. Bersyukur padaMU Allah kerana meletakkan hati- hati kami semua dalam jalinan rasa yang sebegini hebat meski jarak usia terbina antara kami. Sekadar hadir sekali dua atau mungkin lebih untuk melihat sendiri perjalanan program yang diatur oleh adik2. Terdetik di dalam hati. 'beginilah aku dulu, dinilai dan dilihat gerak kerjaku oleh manusia dan dinilai sejauh mana ikhlasku oleh ALLAH.." 

     Tidak cukup sekadar melihat, ada amanah perlu dilaksanakan. Berat jua hati menerimanya. Kalaulah tidak kerana sahabat ini harus pergi ke Kota Kinabalu mengiringi pelajar- pelajarnya pasti bukan aku yang bercakap di hadapan para peserta yang ada. Bukan bercakap kosong tapi diamanahkan sebagai penceramah dengan tajuk yang diberikan. Gementar dan tidak yakin pastinya ada. Hanya pada Allah kumohon kekuatan agar semuanya berjalan lancar dan tiap butir bicaraku difahami adik2 yang mendengar atau lebih tepatnya para pelajar. Syukur kerana ada sahabat yang memahami. Curahan idea serta pengalamannya di rantau orang benar2 membantu 'motivasi' buat mereka semua. Terima kasih Arnisa @ Omo kerana menjadi antara sahabat susah senangku. Kerana Allah kita bertemu dan kerana Allah jua kita berjauhan. Merindui saat- saat manis bersamamu meskipun statusmu yang kini telah bergelar isteri orang...


   Cuti persekolahan juga pastinya menjadi pilihan kepada setiap pasangan untuk membuat kenduri perkahwinan. Seperti biasa, aku dan sahabat2 pasti akan menerima jemputan daripda mereka yang bergelar sanak- saudara, rakan dan teman.Hmm..asyik datang kenduri orang lain je..bila pula kenduri diri sendiri ni...Walauapapun, ucapan tahniah dan selamat pengantin baru buat mereka:


Kak Zalinah & Jumaen
Nurlaila & Pasangan
Pangki Indera Purnama & Nurlina
Karim & Pasangan
Lias & Pasangan
Kak Sal & Pasangan...

  Semoga rumahtangga yang dibina mendapat keredhaan Allah SWT dan dapat meningkatkan lagi rasa takwa di dalam diri. Doa- doakanlah kami yang masih belum bertukar status ni..hehe..Apapun, sentiasa yakin dan percaya Allah mengatur sesuatu yang lebih baik buat semua hambaNYA dan tahap2 ujian tersebut berbeza- beza untuk menilai sejauh mana keimanan dan ketakwaan kita padaNYA.


    Percutian ini ditutup secara rasmi dengan acara masak- masak dan makan- makan di rumah sahabat kami, Ros Mawar. Terima kasih atas kesudian menerima kami di rumahmu untuk menyuburkan kembali ukhuwah kita semua walaupun ada sahabat yang tidak dapat bersama- sama kerana punyai komitmen tersendiri lebi- lebih lagi mereka yang bergelar isteri dan bakal ibu. Tidak mengapalah..InsyaAllah ada jodoh kita berkumpul lagi..


    Berakhirlah percutian untuk penggal pertama ini. Selepas ini banyak lagi perkara perlu diselesaikan. Kerja, Jemaah, Peningkatan prestasi diri dan memikirkan laluan ke akhirat yang sememangnya Pasti..Buat Sahabat2 tersayang dan yang pernah hadir mencorakkan warna- warni hidupku, terima kasih atas kebersamaan ketika susah dan senang. Rupanya kita semakin dewasa dan masih menjalinkan ukhuwah. Kenangan sepanjang jalan kita harus dikenang dan dihayati agar tidak pudar warna dan kesegarannya meski suatu hari nanti kita tidak bersama lagi. Hingga bertemu kembali, jika tidak di dunia InsyaAllah di syurgaNYA nanti...


Selamat Bertugas....
    








     



2 comments:

setanggi syurga June 22, 2010 at 8:03 AM  

wah..banyaknya program kalian........

rindu2..

hanaizor83 June 22, 2010 at 8:46 PM  

tu la tek..u xda..hihi