Cepat benar masa berlalu...sedar tak sedar hari ni dah 25 rejab...beberapa hari lagi kita semua akan menempuh bulan syaaban pula dan akhirnya kita akan bertemu dengan bulan yang penuh dengan kebaikan Ramadhan Al- Mubarak..setiap daripada kita mempunyai rasa dan perasaan yang berbeza- beza dengan kedatangan Ramadhan...terpulanglah bagaimana persediaan kita menghadapi bulan yang mulia ni...begitulah putaran kehidupan yang perlu kita tempuhi selagi ada nyawa yang dipinjamkannaya...walau apapun, sama- samalah kita beriltizam untuk memanfaatkan Ramadhan yang akan kita temui ini..semoga kedatangan Ramadhan kali ni menjanjikan sesuatu yang terbaik dan beerti buat diri kita semua...
Bercakap tentang Ramadhan, masuk ni sudah tahun ketiga aku melalui Ramadhan jauh di perantauan...huhu..Allah je yang tahu perasaanku ni..memang berbeza benar situasinya..kalau diingat- ingatkan tahun pertama menyambut Ramadhan di tempat orang memang sedih tapi kadang- kadang rasa lawak pun ada..yalah orang len nak buka puasa gembira sebab seharian menahan lapar dan nafsu tapi aku lain pulak citernya..sebelum nak buka puasa tu aku call family kat kampung (cakap dengan Mak dan Bapa). bila dengar je suara mereka aku terus menangis..sedih tul..begitu rupanya rasa orang yang duk jauh dari family..bila da jauh barulah kita menghargai apa yang berada di sekeliling kita kan..itu masa Ramadhan..time raya lagilah aku menangis semahu- mahunya...2-3 minggu sebelum raya tu aku asyik menangis je..dah la tu, budak- budak bilik sebelah ni pulak sakan pasang lagu raya..lagila aku sedih..begitulah pengalamanku...kalo nak citer memang panjang...bole jadi cerpen pulak..hehe...
Berbalik kepada bulan Rejab..27 Rejab ni merupakan salah satu peritiwa penting dalam sejarah Islam iaitu berlakunya peristiwa isra' mi'raj...rasanya tak payah diceritakan kepada kita lagi kerana memang kita semua sedia maklum akan sejarahnya...sungguhpun begitu, peristiwa ni tidak seharusnya dipandang begitu sahaja tetapi sebagai insan yang mengaku beriman pada ALLAH dan RasulNYA kita wajib meyakini sekaligus sentiasa berfikir dan mengambil iktibar di sebalik apa yang telah ditempuhi oleh junjungan mulia kita MUhammad SAW..latihlah diri kita agar sentiasa alert dengan apa sahaja yang berlaku dalam kalendar Islam..kita juga seharusnya berbangga menjadi Muslim yang dijanjikan akan menjadi umat terbaik di kalangan umat- umat lain pada hari akhirat nanti..mari bersama kita gunakan kesempatan yang ada ni dengan sebaik- baiknya kerana kita tak tahu setakat mana hayat kita..
0 comments:
Post a Comment