Assalamualaikum..
Rasanya sudah lama tidak berbicara dalam blog yang tak seberapa ni..
Jarang online sebab wifi kat sekolah tak berapa nak ok..
Bercakap pasal sekolah..Alhamdulillah selesai sudah tempoh Latihan Mengajar di SMKTK, Kulim..4 bulan macam sekejap saja. Walhal masa mula- mula masuk ke sekolah tu terasa lambat benar masa berlalu..setiap masa menghitung hari..tapi, dekat- dekat nak habis LM, hati mula dilanda sebak..sedih sebab akan meninggalkan para pelajar yang semakin akrab dengan kita..meninggalkan rakan- rakan serumah dan se' latihan' dan juga meninggalkan guru- guru yang baik dengan kita, yang banyak membantu.
Hari terakhir di sekolah tu, pelbagai perasaan dirasa. Gembira, sedih, terharu dan sebagainya. ..
Masuk ke kelas 4 Sains 1 (kelas dalam bilik tayangan sebab nak tunjuk movie maker), hati mula sayu..tapi digagahkan juga..selepas tayangan selesai, empangan airmata pecah juga..tak mampu untuk kuteruskan bicara... Perasaan ini datang sendiri tanpa kupinta..hilang sudah malu di hadapan pelajar..kubiarkan saja airmata itu gugur..kulihat ada juga dalam kalangan pelajar yang menangis...memang sebak...
Selepas dari bilik tayangan, kubawa pelajar- pelajarku ke luar bilik darjah..kami mengabadikan kenangan bersama dalam sesi bergambar dan posing. Inilah kenangan indah dalam hidupku bersama mereka..40 minit untuk bergambar..memang penat tapi seronok..Minit- minit terakhir bersama, aku duduk bersama mereka sebelum balik ke kelas dan sempat aku menitipkan beberapa pesanan pada mereka..Akhirnya detik perpisahan pun tiba, hanya peluk dan salam sayang dapat kuberikan sebagai tanda kasihku (pelajar perempuan je)..aku nak dorang tau yang aku sangat sayangkan mereka..
Di kelas 1 Iltizam pula, aku dapat menahan airmataku kerana perasaanku telah kucurahkan kepada 4 Sains saja..namun, sekali lagi aku tewas.. airmataku tumpah sekali lagi ketika aku mula memberi kata- kata terakhir...sayu itu datang lagi..kurenung wajah mereka satu persatu..inilah wajah- wajah yang membawa suka duka sepanjang aku di sekolah ini..disebabkan tidak ingin 'hujan' lebih lebat lagi, aku meminta izin untuk keluar lebih awal atas alasan ingin menyelesaikan kerja- kerja yang terbengkalai, Alhamdulillah, mereka memahami.. sebelum keluar, aku bersalam- salaman dengan mereka..Ada kalangan mereka yang minta aku posting di sekolah ini...ermm, entahlah..
Kepada anak- anak didikku yang terbaca ruangan ini, ketahuilah cikgu sangat sayangkan kamu..cikgu akan simpan kenangan ini selamanya..kalian banyak mengajar cikgu menjadi insan yang sabar. Tak pernah ada sedikitpun rasa benci pada kalian..doa' cikgu agar kamu berjaya..
Cikgu perlu teruskan langkah ini kerana ada tugas yang lebih berat menanti..ada rezeki kita jumpa lagi..
Kepada Erni, Nurul, N, fath, kak aini, lia,husna, miza
dan semua guru- guru yang sporting kalian semua kawan- kawan yang baik. Semoga segala urusan kita dipermudahkanNYA..Insya' Allah kita jumpa lagi..Mohon maaf atas salah dan silap dan terima kasih atas segalanya..LOVE U ALL..

Rozianah Binti Rahmat/ gie
SMKTK, Kulim
Kedah 2009
3 comments:
salam cikgu
akak ni ibu pada anak murid cikgu kat smtk dulu
alia laila...
salam akak..xsgka ibu pd alia rupanya..mf la akak sy dah lama tak online..alia pa kbr? sy rindu pada ank2 murid sy di smktk..samapaikan salam sy pada alia..dia antara murid yang saya xkan lupakan..saya doakan dia dan pelajar2 lain akan berjaya dengan cemerlang dalam spm 2010 nanti..Amin..
salam kembali
terimaksih sudi menjenguk blog akak
alhamdulillah semua anak2 cikgu sihat2 belaka...dia org pun rindukan cikgunya jugak...
Post a Comment