Buat Diriku




1 Mei 1983- 1 Mei 2010...



Selamat Hari Lahir buat diriku...

Ucapan demi ucapan kuterima bermula semalam hingga lewat malam ini...
Moga para malaikat mengaminkan doa'- doa' itu...

Terima kasih buat ayahanda dan ibunda yang melahirkan, mendidik dan membesarkanku hingga kini..
Ya, Allah berikanlah syurgaMU kepada kedua ibu bapaku..

Setiap tahun, ayahanda dan bonda tidak pernah melupakan hari lahir anakanda2nya. Kalaupun tidak berada bersama keluarga, pasti kiriman sms ataupun panggilan telefon berbunyi. Bukan untuk hari lahirku sahaja tetapi hari lahir adik- beradikku yang lain juga. Dan Tahun ini, aku dapat bersama ayahanda dan bonda jua adik beradik yang lain. Melainkan abang sulungku dan isterinya yang takkan pulang semata- mata meraikan Hari Lahirku, bukannya Hari raya pun..huhu.
Bersyukur padaMU Rabb kerana mengizinkan lagi aku mengecapi kasih sayang mereka semua...

Doa' dan kesyukuran dipanjatkan sesi keluargaku pada hari ini buat puteri tunggal keluarga ini agar dimurahkan rezeki dan beroleh kebaikan dunia akhirat.

Terima kasih buat bondaku yang bertungkus lumus menyiapkan jamuan untuk majlis kami sekeluarga petang tadi walaupun kesihatannya sendiri kurang baik.. Begitulah kasih sayang seorang ibu yang tak akan diperolehi di mana2 pun..Semoga syurga buatmu Ibundaku..

Buat ayahandaku yang tak pernah lupa meraikan anak2nya dalam setiap ulang tahun kelahiran..budi dan jasamu ku kenang selamanya..Ku pohon syurga buat ayahandaku jua..

Terima kasih juga pada kak ipar( Isteri Abang Ngahku) yang belikan kek petang tadi sekali dengan abang juga:)

Buat Adikku, yang belikan novel dan berikan buku2nya buatku..lain kali boleh belikan untuk kakak lagi ya:)

Buat teman2ku yang tak melupakanku..dunia maya ini penghubung kita..

Buat sahabat2ku..kalian tetap kuhargai selamanya...

Moga kita semua dalam pemeliharaan Allah...Moga sisa usia ini sentiasa dalam ketaatan padaNYA..

Melewati usia 27 Tahun pastinya banyak perisiwa pahit manis yang dilalui. Dan semua itu menjadi kenangan berharga untuk dijadikan tauladan dan sempadan. Di usia yang cukup matang bagi seorang perempuan seperti ini sudah selayaknya bergelar isteri dan ibu. Justeru, ucapan demi ucapan sempena hari kelahiran ini pasti ada doa' tentang jodoh daripada mereka yang cukup prihatin.  Namun, perancangan dan aturanNYA terlalu rapi. Setiap insan punya susur jalur kehidupan yang berbeza- beza. Suka atau tidak, itulah yang terbaik buat masa ini. Dan kuharap jua, umur yang meningkat ini tidak melunturkan semangat juangku di jalan dakwah..

Akhirnya..

"Ya Allah, jadikan diri ini hamba yang selalu bertaubat padaMU Allah kerana akulah hamba yang selalu melakukan dosa dalam ketaatan..Aku tidak punya apa- apa di dunia ini melainkan Engkau dan RasulMU.."


1 Mei 2010
11.40 mlm

0 comments: