Ibarat seorang musafir...tamsilan seorang insan di atas muka bumi ini..perjalanan semakin jauh dan panjang...letih, lelah, kepanasan, kehausan dan fatamorgana menemani kembara..aduhai diri, bagaimanakah bekalanmu? dari suatu daerah ke daerah seterusnya perjanjian dengan al-Khalik tidak pernah terpadam..khusnul khatimah atau suul khatimah..hanya DIA yang tahu..
Justeru diriku,
ingatlah saat kematian semakin hampir..sudah berapa ramai orang di sekelilingmu telah pergi menghadap ILahi..adakah dikau lupa? atau engkau terlalu asyik dengan kenikmatan yang sementara? persiapkan dirimu menemui-NYA..bukan sekadar ungkapan CINTA di bibir tetapi dengan jiwa jua amal...Allah tidak memerlukanmu tetapi ketahuilah olehmu bahawa engkau sangat memerlukan DIA...Allahlah pesona bagi hatimu..selamat beramal, selamat berjuang dan milikilah keikhlasan...
perjalanan ke destinasi hakiki...kembara seorang insan...
Musafir
Posted by
hanaizor83
Sunday, April 15, 2007
0 comments:
Post a Comment