Ya Allah..
Pada tahun ini kami memohon kepada-Mu agar terpelihara dari godaan syaitan,para penyokongnya,dan bala tenteranya. Dan kami memohon agar terpelihara dari hawa nafsu kami yang selalu memerintahkan berbuat keburukan. Dan kami memohon semoga Engkau menjadikan diri kami disibukkan dengan hal-hal yang mendekatkan diri kami kepada Engkau dengan sedekat-dekatnya..
Amin.
Selamat Tahun Hijrah buat diriku serta seluruh umat Islam...
Tirai Tahun Hijrahku telah ditutup dengan pernikahan sahabatku, Aisyah. Pernikahan yang dijadualkan pada 24hb diawalkan atas permintaan keluarga. Begitulah perancangan Allah Yang Maha Hebat..Dalam rasa tidak percaya dan teruja, aku dan beberapa orang sahabat meraikan beliau dengan menemaninya pada malam sebelum beliau bergelar isteri. Sebak, terharu dan pelbagai rasa tika memeluknya usai majlis pernikahan. Alhamdulillah, dia telah bergelar isteri kepada seorang lelaki yang aku serta sahabat2 lain menyakini dia akan menjaga sahabat kami ini dengan sebaiknya. Kesian juga dengan beberapa orang sahabat yang tidak dapat menghadiri majlis ini kerana berada di luar kawasan. Hanya doa' dikirim agar kedua2 mempelai bahagia hingga ke akhirnya...
Selamat Pengantin Baru...Bercinta sampai ke syurga ya..
Antara gambar yang sempat diambil bersama Nisa' dan Muslimat...
Gambar banyak lagi tapi tak tau empunya kamera sebab ramai sangat jadi jurufoto tak berbayar..credit pada AdrySabry yang meng'upload'kan gambar2 ni dalam facebook...thanks akhi!
Ucapan Tahniah juga buat semua pengantin baru pada tahun ni..semoga kalian bahagia melayari bahtera rumahtangga..
(12 Disember 2009)
Selamat Pengantin Baru buat Nurhayaty dan pasangannya.
Semoga kedatangan tahun hijrah ini menjadi pemangkin untuk terus beriltizam memperbanyakkan amal soleh dan kebajikan sebagai bekal menuju ke destinasi yang PASti. Umur yang semakin bertambah ini juga perlu lebih sedar dan tahu makna kehidupan yang pelbagai rencam ini agar tidak terjerumus ke lubang yang sama lagi. Buat diriku, hijrah ini sangat bererti. Semoga Allah memudahkan urusan kehidupanku di dunia ini..
Buat sahabat, ukhuwah kita tidak terhenti di sini. Mohonlah pada Allah agar kita menjadi orang2 yang berada di bawah naunganNYA ketika tiada lagi tempat kita bernaung asbab kasih sayang Fillah yang kita pupuk sejak dulu hingga kini...
Semoga kita terus bernafas dalam jiwa hamba....
0 comments:
Post a Comment