Tahniah buat semua pasangan pengantin baru yang telah dan akan menamatkan zaman bujang mereka. Benarlah jodoh itu rahsia Allah yang sukar dijangkau oleh fikiran manusia. Bagi yang masih berstatus bujang, bersabarlah kerana jalan jodoh setiap insan memang berbeza- beza:)
Cuti bulan 12 ni memang ramai sangat pasangan yang menamatkan zaman bujang mereka. Alhamdulillah...pada 5hb dan 12hb sahaja memang penuh dengan jemputan kenduri. Gembira dapat sama meraikan sahabat dan teman2 yang mengakhiri zaman bujang mereka. Dalam masa yang sama turut bertemu dengan kawan2 lama di sekolah rendah dan menengah..memang tak sangka :p
Begitulah sunahtullah hidup manusia. Komitmen selepas perkahwinan akan berubah dan bertambah. Daripada bujang kini berteman. Namun, itulah antara jalan2 untuk meraih redha Allah. Semoga perkahwinan mereka khusunya para pendokong gerakan Islam akan menyemarakkan lagi semangat juang untuk berjuang dan berdakwah di bumi Allah ini. Di sinilah perlu difikirkan tujuan sebenar perkahwinan itu adakah kerana tuntutan duniawi semata ataupun ukhrawi sahaja. Tepuk dada tanya iman kita.
Pesanan untuk diri sendiri dan kalian yang memahami, jadikanlah kenduri perkahwinan itu sebagai manifestasi rasa syukur kepada Allah atas anugerah jodoh dan pasangan yang dikurniakan. Pelihara dan cuba sedaya upaya mengelakkan pembaziran atas perkara2 yang tidak sepatutnya. 'Perkahwinan hanya sekali' bukan alasan untuk mengenepikan syariat. Peliharalah hukum Allah agar ada keberkatan pada sebuah perkahwinan. Dan yang penting sentiasa berdoa dan memohon kepada Allah agar perkahwinan yang dibina akan terus dipelihara oleh Yang Esa.
Tirai 2009 ku akan diakhiri dengan walimah sahabatku Aisyah pada 24hb ni..Dia sahabat sejak sekolah rendah hingga kini..hampir 15 tahun kami menyulam persahabatan bersama sahabat2 lain dengan pelbagai cerita suka dan duka. Nampaknya, Aisyah mengambil berkat Hasnuri...Tahniah sahabat! Semoga Allah mudahkan urusan perkahwinanmu bersama pasanganmu. Kami sahabat2mu akan terus mendoakan untuk kalian agar istiqamah di medan ini..dan ingatlah kita tetap sahabat hingga di sana... Pada sahabat2ku yang masih memegang status bujang, ada rancangan dan aturan Allah buat kita semua. Bersama kita hidup dalam syariat Allah yang sangat indah.
Salam Fillah buat semua...
3 comments:
iyala..aku bukan best friend kamu..uhuhu
fate, knp la ko bt ayat bgtu..once kita dlm satu perjuangan, usrah dll...ko dah jadi sebahagian kami..ingt tu!
jgn judge best friend tu drpd gmbr2..fham ke fate' saayaanggg :)
Post a Comment