Fasa hidupku diteruskan di bumi Semporna sebagai seorang guru. Nyata tugas seorang guru bukan mudah. Ungkapan ini memang sering kedengaran dalam kalangan sahabat2ku sendiri yang kebanyakkannya juga telah menjadi guru lebih dahulu daripadaku. Kerjaya yang menagih keikhlasan dan pengorbanan ini tidak menjanjikan kemewahan seperti pekerjaan lain. Situasi sebagai seorang yang masih mentah dan baru dalam bidang ini menjadikan aku berfikir akan perjalanan hidupku yang seterusnya. Semoga Allah berikan aku kekuatan kerana dengan Inayah dan Taufiknya sahaja aku terus berada di sini.
Hampir sebulan aku menjalani hidup sebagai guru. Cabaran dan penyesuaian yang aku lalui adalah 'mind setting' ku sendiri. Aku perlu menerima tugas sebagai guru di sekolah rendah yang jangkaan awalnya aku akan bertugas sebagai guru di sekolah menengah. Tugas mendidik di sekolah rendah memang banyak cabaran kerana perlu berhadapan dengan 'anak-anak kecil' yang serba serbi mereka adalah baru. Dengan segala keupayaan dan keterbukaan, aku menerima semua ini sebagai anugerah Allah yang ingin mendidikku dengan karenah dan pengalaman berdepan dengan anak- anak kecil ini.
Agak ralat dengan soalan2 guru2 di sekolah..."KPLI di maktab mana?' aduh..."saya bukan KPLI, saya memang amik education di USM sebelum ni.." soalan lagi..."aik, kenapa tak posting sekolah menengah?" huhu..letih menjawab, penat menjelaskan tapi demi menjaga hubungan baik dengan rakan sejawat yang lebih berpengalaman dan ada dalam kalangan mereka yang seusia dengan bondaku maka ku jelaskan satu persatu.
Mudah- mudahan mereka faham.
Pengalaman dan situasi mengajar di sekolah rendah jauh menyimpang dengan latihan mengajar yang dilalui semasa di SMK Taman Kenari. Di sini tiada karenah pelbagai yang berlagak dewasa, percintaan monyet yang merimaskan, dan seumpamanya. Hanya tingkah anak2 yang minta perhatian, yang benar2 tak faham dan minta diajar dan tidak kurang yang malas sangat belajar! hmm..Mulanya aku layan saja tingkah itu tapi lama kelamaan mereka perlu di berikan 'hadiah' yang sesuai untuk bekalan mereka sepanjang usia...
Apa pun situasi yang aku lalui tika ini banyak mengajarku erti hidup yang penuh corak dan berwarna- warni. Inilah pilihanku meski tidak menjamin kemewahan dan kesenangan. Aku gembira di sini, biarkan saja aku di sini melalui dan mengerti akan persekitaranku yang pelbagai tanpa aku melupakan tuntutan dan tanggung jawabku terhadap ALLAH, Rasul dan juga agamaku.
Buat teman2 seangkatan juga merangkap adik- adikku, Erni, Ana, Faz, Syahar dan Yani...semoga kita gembira dipostingkan di sekolah rendah kerana memang itulah yang terbaik buat kita semua..Kita insan2 yang mampu untuk berhadapan dengan jiwa anak2 kecil yang mahu dididik dan dibimbing. Semoga Allah memudahkan urusan kita bersama...Amin.
0 comments:
Post a Comment