Terima kasih Kak Kam yang bagi award ni. Top Blogger lagi tu..hehe..Padahal blog ni tidak sehebat blog sahabat2 dan teman2 yang banyak input dan pengisian. Sepanjang ber'blog', ni lah pertama kali dapat award :)
Kak Kamsiah merupakan ibu kepada bekas pelajarku di SMK Taman Kenari. Hanya bertaaruf melalui alam maya. Terlewat mengenali beliau. Tak apa la, Insya Allah ada rezeki mai Kulim ingin bertandang ke rumah Kak Kam..boleh kak?
Minggu lepas baru selesai menjalankan tugas sebagai AJK Muktamar Muslimat Kawasan Tawau. Sebelum hari program, Usrah Nisa' berjalan seperti biasa tetapi di tempat yang berbeza. Port kali ni ialah di kedai Kak Min yang berdekatan dengan Dewan untuk muktamar keesokan harinya. Seronok dapat berjumpa sahabat2. Macam lama sangat tak jumpa. Pelbagai isu kami bincangkan. Dan pastinya buku Dasar- Dasar Ilmu Dakwah karangan Dr. Abdul Karim Zaidan teks utama kami.
Antara intipati yang dibincangkan dalam buku ini adalah tentang kewaspadaan (khazar) seorang pendakwah terhadap berbagai perkara seperti waspada terhadap anak dan isteri( keluarga), kemaksiatan, nafsu serta daripada orang kafir dan munafik. Dan akhirnya konsep tawakal seorag dai' e setelah melaksanakan semua yang telah dituntut. Mudah2an tidak sekadar teori dan bahasa indah yang diungkap. Pelaksanaan teori itu yang utama. Sesunggguhnya terlalu banyak kewaspadaan yang dituntut dalam dakwah ini. Kemampuan untuk terus bertahan kadang- kala goyah jua dipukul badai duniawi. Moga terus bertahan Ya Allah...
Tahniah pada semua sahabat atas keterlibatan dalam menjayakan muktamar kawasan meskipun orang kuat kami tidak dapat menghadirkan diri pada hari program disebabkan kesihatannya yang tidak mengizinkan. Aku, Asmah dan Ros pula tidak dapat bersama sehingga ke akhir program kerana terpaksa bergegas pulang ke Semporna dan Ros pula ke Pulau untuk meneruskan tugas seperti biasa. Apapun thanks to Allah kerana mengizinkan diri ini hadir dan melaksanakan tanggungjawab yang masih kurang sempurna.
Agenda seterusnya perlu bersedia untuk Muktamar peringkat Negeri pada bulan Mei nanti. Tawau menjadi tuan rumah kali ini. Taklifan yang sama seperti mukatamar kawasan. Terasa berat juga sebab kerja- kerja penerbitan sebelum ni banyak dibantu oleh Pengarah program. Adakah pengarah kali ni jua akan membantuku ? Wallahu'alam...
Sedikit lensa muktamar kawasan baru- baru ini..terima kasih kepada tuan punya kamera yang terbabit..ada kualiti gambar yang kurang memuaskan (kamera pemilik blog la tu..)
2 comments:
salam...
semoga cikgu dan ayah bonda serta adik2 dalam hidayah dan rahmatNya sentiasa..
dialu2kan jika cikgu kemabli ke kulim,jemput singgah kat rumah akak..
Terima kasih akk..insya Allah mudah2an ada rezki..smg akk sekeluaraga pn akn sht2 dlm pemeliharaan Allah SWT..
Post a Comment