Rehlah bersama DMPKT di Taman Bukit Tawau antara pengisian cuti kali ini selepas berlangsungnya Muktamar DMPNS yang diadakan di Tawau. Bertungkus lumus menyiapakan tugasan dan tanggung jawab yang diamanahkan meski tidak berada di daerah Tawau. Terima kasih kepada sahabat- sahabat yang banyak membantu khususnya Asmah yang tidak tentu waktu tidurnya kerana menyiapkan buku laporan muktamar. Moga Allah membalas penat lelahmu. Rehlah yang dihadiri oleh setiap generasi sekurang- kurangnya merapatkan ikatan hati antara semua dengan aktiviti- aktiviti yang disediakan.
Bertemu pelajar- pelajar UPSI daripada semenanjung Malaysia yang datang ke Tawau antara agenda pada waktu cuti. Lawatan secara tak rasmi kata mereka sambil menghadiri walimah sahabat mereka yang menamatkan zaman bujang. Alhamdulillah...Allah beri kesempatan kepada kami (Nisa' Tawau) untuk bertemu dan bercerita tentang dakwah yang subur dan luas di bumi Sabah dan Tawau khususnya. Moga- moga pertemuan ini menjadi tautan yang akan menjadi payung kepada keredhaan Allah di akhirat nanti. Maaf atas layanan yang kurang sempurna. Sahabat2 Nisa' juga ramai yang hadir dan 'turun padang' meraikan adik2 yang akan keluar ke medan sebenar selepas ini.
Cuti persekolahan juga pastinya menjadi pilihan kepada setiap pasangan untuk membuat kenduri perkahwinan. Seperti biasa, aku dan sahabat2 pasti akan menerima jemputan daripda mereka yang bergelar sanak- saudara, rakan dan teman.Hmm..asyik datang kenduri orang lain je..bila pula kenduri diri sendiri ni...Walauapapun, ucapan tahniah dan selamat pengantin baru buat mereka:
Kak Sal & Pasangan...
Percutian ini ditutup secara rasmi dengan acara masak- masak dan makan- makan di rumah sahabat kami, Ros Mawar. Terima kasih atas kesudian menerima kami di rumahmu untuk menyuburkan kembali ukhuwah kita semua walaupun ada sahabat yang tidak dapat bersama- sama kerana punyai komitmen tersendiri lebi- lebih lagi mereka yang bergelar isteri dan bakal ibu. Tidak mengapalah..InsyaAllah ada jodoh kita berkumpul lagi..
Berakhirlah percutian untuk penggal pertama ini. Selepas ini banyak lagi perkara perlu diselesaikan. Kerja, Jemaah, Peningkatan prestasi diri dan memikirkan laluan ke akhirat yang sememangnya Pasti..Buat Sahabat2 tersayang dan yang pernah hadir mencorakkan warna- warni hidupku, terima kasih atas kebersamaan ketika susah dan senang. Rupanya kita semakin dewasa dan masih menjalinkan ukhuwah. Kenangan sepanjang jalan kita harus dikenang dan dihayati agar tidak pudar warna dan kesegarannya meski suatu hari nanti kita tidak bersama lagi. Hingga bertemu kembali, jika tidak di dunia InsyaAllah di syurgaNYA nanti...
Selamat Bertugas....
