Catatan Percutian

   Cuti persekolahan telah melabuhkan tirainya.  Dalam keseronokan bercuti bersama keluarga dan sahabat2 bayangan dan lambaian sekolah tetap juga dirasai. Setiap hari menghitung hari dan berandai- andai sekiranya cuti ini masih dapat dipanjangkan lagi. Sungguh tiga minggu merupakan cuti yang panjang sebenarnya jika hari- hari yang dilalui terisi dengan perkara bermanfaat. Tepuk dada, tanyalah iman sejauh mana bermanfaatnya cuti ini.

  Cuti kali ini lebih terasa manisnya kerana dapat membahagiakan ayahanda dan bonda yang setiap hari mengharapkan agar anakanda mereka selalu dekat di sisi mereka. Tidak juga  hanya duduk di rumah tetapi turut meluangkan masa bersama sahabat2 yang masih berstatus 'cik'. Manakan tidak, cerita kami tidak banyak bezanya walaupun jalannya ada yang sukar. Bermuhasabah, bergembira dan sesekali berduka itu rencah persahabatan kami. Selepas ini, entah siapa yang akan menggantikan gelaran 'cik' kepada 'puan'. Aturan Allah terlalu berseni dan indah...dan kami hanya berserah padaMU ya Allah.


   Rehlah bersama DMPKT di Taman Bukit Tawau antara pengisian cuti kali ini selepas berlangsungnya Muktamar DMPNS yang diadakan di Tawau. Bertungkus lumus menyiapakan tugasan dan tanggung jawab yang diamanahkan meski tidak berada di daerah Tawau. Terima kasih kepada sahabat- sahabat yang banyak membantu khususnya Asmah yang tidak tentu waktu tidurnya kerana menyiapkan buku laporan muktamar. Moga Allah membalas penat lelahmu. Rehlah yang dihadiri oleh setiap generasi sekurang- kurangnya merapatkan ikatan hati antara semua dengan aktiviti- aktiviti yang disediakan.


      Bertemu pelajar- pelajar UPSI daripada semenanjung Malaysia yang datang ke Tawau antara agenda pada waktu cuti. Lawatan secara tak rasmi kata mereka sambil menghadiri walimah sahabat mereka yang menamatkan zaman bujang. Alhamdulillah...Allah beri kesempatan kepada kami (Nisa' Tawau) untuk bertemu  dan bercerita tentang dakwah yang subur dan luas di bumi Sabah dan Tawau khususnya. Moga- moga pertemuan ini menjadi tautan yang akan menjadi payung kepada keredhaan Allah di akhirat nanti. Maaf atas layanan yang kurang sempurna. Sahabat2 Nisa' juga ramai yang hadir dan 'turun padang' meraikan adik2 yang akan keluar ke medan sebenar selepas ini.

    Sempat menghadiri program Kem Remaja Islam (KRIS) yang dianjurkan sekurang-  kurangnya dapat membina kembali jalinan ukhuwah dengan junior- junior yang juga merupakan mahasisiwa dan mahasiswi daripada seluruh kampus di tanah air. Bersyukur padaMU Allah kerana meletakkan hati- hati kami semua dalam jalinan rasa yang sebegini hebat meski jarak usia terbina antara kami. Sekadar hadir sekali dua atau mungkin lebih untuk melihat sendiri perjalanan program yang diatur oleh adik2. Terdetik di dalam hati. 'beginilah aku dulu, dinilai dan dilihat gerak kerjaku oleh manusia dan dinilai sejauh mana ikhlasku oleh ALLAH.." 

     Tidak cukup sekadar melihat, ada amanah perlu dilaksanakan. Berat jua hati menerimanya. Kalaulah tidak kerana sahabat ini harus pergi ke Kota Kinabalu mengiringi pelajar- pelajarnya pasti bukan aku yang bercakap di hadapan para peserta yang ada. Bukan bercakap kosong tapi diamanahkan sebagai penceramah dengan tajuk yang diberikan. Gementar dan tidak yakin pastinya ada. Hanya pada Allah kumohon kekuatan agar semuanya berjalan lancar dan tiap butir bicaraku difahami adik2 yang mendengar atau lebih tepatnya para pelajar. Syukur kerana ada sahabat yang memahami. Curahan idea serta pengalamannya di rantau orang benar2 membantu 'motivasi' buat mereka semua. Terima kasih Arnisa @ Omo kerana menjadi antara sahabat susah senangku. Kerana Allah kita bertemu dan kerana Allah jua kita berjauhan. Merindui saat- saat manis bersamamu meskipun statusmu yang kini telah bergelar isteri orang...


   Cuti persekolahan juga pastinya menjadi pilihan kepada setiap pasangan untuk membuat kenduri perkahwinan. Seperti biasa, aku dan sahabat2 pasti akan menerima jemputan daripda mereka yang bergelar sanak- saudara, rakan dan teman.Hmm..asyik datang kenduri orang lain je..bila pula kenduri diri sendiri ni...Walauapapun, ucapan tahniah dan selamat pengantin baru buat mereka:


Kak Zalinah & Jumaen
Nurlaila & Pasangan
Pangki Indera Purnama & Nurlina
Karim & Pasangan
Lias & Pasangan
Kak Sal & Pasangan...

  Semoga rumahtangga yang dibina mendapat keredhaan Allah SWT dan dapat meningkatkan lagi rasa takwa di dalam diri. Doa- doakanlah kami yang masih belum bertukar status ni..hehe..Apapun, sentiasa yakin dan percaya Allah mengatur sesuatu yang lebih baik buat semua hambaNYA dan tahap2 ujian tersebut berbeza- beza untuk menilai sejauh mana keimanan dan ketakwaan kita padaNYA.


    Percutian ini ditutup secara rasmi dengan acara masak- masak dan makan- makan di rumah sahabat kami, Ros Mawar. Terima kasih atas kesudian menerima kami di rumahmu untuk menyuburkan kembali ukhuwah kita semua walaupun ada sahabat yang tidak dapat bersama- sama kerana punyai komitmen tersendiri lebi- lebih lagi mereka yang bergelar isteri dan bakal ibu. Tidak mengapalah..InsyaAllah ada jodoh kita berkumpul lagi..


    Berakhirlah percutian untuk penggal pertama ini. Selepas ini banyak lagi perkara perlu diselesaikan. Kerja, Jemaah, Peningkatan prestasi diri dan memikirkan laluan ke akhirat yang sememangnya Pasti..Buat Sahabat2 tersayang dan yang pernah hadir mencorakkan warna- warni hidupku, terima kasih atas kebersamaan ketika susah dan senang. Rupanya kita semakin dewasa dan masih menjalinkan ukhuwah. Kenangan sepanjang jalan kita harus dikenang dan dihayati agar tidak pudar warna dan kesegarannya meski suatu hari nanti kita tidak bersama lagi. Hingga bertemu kembali, jika tidak di dunia InsyaAllah di syurgaNYA nanti...


Selamat Bertugas....
    








     



Hanya Cuti

Cuti yang berbaki seminggu sahaja lagi sebelum kembali ke sekolah. Benar- benar bercuti daripada buku- buku, kertas- kertas dan juga murid- murid..Banyak yang dilalui dan diisi sepanjang 2 minggu ini..ALHAMDULILLAH..bersama keluarga, sahabat dan juga jemaah..semuanya indah...moga Allah akan mengizinkan lagi diriku mengecapi saat- saat indah  ini..

Buat kaum keluarga, rakan- rakan dan sahabat taulan yang mengadakan kenduri kahwin, aqiqah dan kesyukuran, terima kasih atas jemputan...sedaya upaya kucucba untuk hadirkan diri ini,. Andai tidak berkesempatan, maafkanlah diri ini..doa' ku mengiringi moga Allah memudahkan urusan kalian di dunia ini hingga ke sana..

Selamat menghabiskan cuti yang berbaki...

Hanya PadaMU Kami Meminta Pertolongan...



"Ya Allah,
Sesungguhnya kami meletakkan-Mu di batang-batang leher musuh2 kami Dan kami berlindung dengan-Mu daripada kejahatan2 merekaYa Allah,Leburkanlah kumpulan2 mereka Pecah belahkan dan kacau bilaukan persatuan merekaGoncangkan pendirian mereka Dan hantarkanlah anjing2 kamu kepada mereka Wahai tuhan yang gagah perkasa Wahai tuhan yang penuh raksasa Wahai tuhan yang bersifat murka Ya allah Ya Allah Ya Allah Ya Allah, Wahai Tuhan yang menurunkan kitab, Wahai Tuhan yang mengarakkan awan Wahai Tuhan yang menewaskan bala tentera al-ahzab Kalahkan mereka Kalahkan mereka Kalahkan mereka Dan menangkan kami ke atas mereka"

SELAMAT HARI GURU



Buat semua guru- guruku di
Tabika Perpaduan, KG. tanjung Batu Laut,
 SK. Bandar 2 Tawau,
 SMK Tawau, 
Institut Akademik Bakti
dan 
Universiti Sains Malaysia




Istimewa buat murabbiku...
 Cikgu Mohd Nasir Che Ali, 
para naqib/ naqibahku
yang mengenalkan aku pada Allah dan Rasulullah...
mengajar kami tentang Iman dan Islam..
melorongkan kami pada jalan perjuangan ini...


Terima kasih atas segala ilmu yang diberikan..
Sungguh tidak terbalas jasamu...
Syurga Allah itu selayaknya buatmu...


&


Buat rakan- rakan guru di seluruh Malaysia..

Jadikan diri kita contoh ikutan terbaik buat murid2 dan pelajar2...
Moga Allah berikan kita kekuatan dan kesabaran yang menggunung
 meredah dunia pendidikan yang penuh mencabar
demi membentuk 
generasi pintar soleh.

~SELAMAT HARI GURU~

DEDIKASI BUAT IBUNDA TERCINTA...

12 Mei 2010...

Hari ini merupakan hari ulang tahun kelahiran  ibundaku yang ke-49 Tahun. Insan yang sangat penting dalam hidupku selamanya. Yang berkorban dan memberi kasih sayang bersama ayahandaku. Yang tak pernah jemu2 memberi sokongan sehingga aku berjaya, yang selalu mendoakan kesejahteraanku serta adik beradik yang lain. Jasamu ibunda tak akan kulupa sampai bila2. Doaku;


" Ya Allah, 
Ampunilah dosa- dosa ibundaku. Masukkan dia dalam syurgaMU yang indah. Tetapkan Imannya, redhailah dan berkatilah usianya yang bersisa agar selalu dalam ketaatan padaMU. Bahagiakanlah hari- hari tuanya dan sayangilah dia Ya Allah sepertimana dia selalu mengasihiku dan anakanda2nya yang lain...Amin."


moga bahagia selalu menjadi milikmu...



Meski tak selalu disampingmu, ku tahu doa' dan kasihmu selalu kau titipkan buat kami anak2mu..
Terima kasih atas segalanya mak...harum kasihmu buat diri ini selamanya...

SELAMAT HARI ULANG TAHUN KE- 49 TAHUN MAK....




~Terima Kasih~

Sekitar 1 &2 Mei 2010..
Tempat: Tawau & Semporna...



~Kek daripada kak ipar~


~Menu jamuan kesyukuran bersama family~


~dengan housemate~
trademark bergambar kek dengan jari2..

~hadiah daripada housemate~
thanks sis..

~comel~ 
siap ada belon2 lagi...

Terima kasih kepada semua khususan maMah yang bersusah payah meraikan diri ini..
Semoga semua ini menguatkan lagi kasih sayang antara kita semua...

Buat Diriku




1 Mei 1983- 1 Mei 2010...



Selamat Hari Lahir buat diriku...

Ucapan demi ucapan kuterima bermula semalam hingga lewat malam ini...
Moga para malaikat mengaminkan doa'- doa' itu...

Terima kasih buat ayahanda dan ibunda yang melahirkan, mendidik dan membesarkanku hingga kini..
Ya, Allah berikanlah syurgaMU kepada kedua ibu bapaku..

Setiap tahun, ayahanda dan bonda tidak pernah melupakan hari lahir anakanda2nya. Kalaupun tidak berada bersama keluarga, pasti kiriman sms ataupun panggilan telefon berbunyi. Bukan untuk hari lahirku sahaja tetapi hari lahir adik- beradikku yang lain juga. Dan Tahun ini, aku dapat bersama ayahanda dan bonda jua adik beradik yang lain. Melainkan abang sulungku dan isterinya yang takkan pulang semata- mata meraikan Hari Lahirku, bukannya Hari raya pun..huhu.
Bersyukur padaMU Rabb kerana mengizinkan lagi aku mengecapi kasih sayang mereka semua...

Doa' dan kesyukuran dipanjatkan sesi keluargaku pada hari ini buat puteri tunggal keluarga ini agar dimurahkan rezeki dan beroleh kebaikan dunia akhirat.

Terima kasih buat bondaku yang bertungkus lumus menyiapkan jamuan untuk majlis kami sekeluarga petang tadi walaupun kesihatannya sendiri kurang baik.. Begitulah kasih sayang seorang ibu yang tak akan diperolehi di mana2 pun..Semoga syurga buatmu Ibundaku..

Buat ayahandaku yang tak pernah lupa meraikan anak2nya dalam setiap ulang tahun kelahiran..budi dan jasamu ku kenang selamanya..Ku pohon syurga buat ayahandaku jua..

Terima kasih juga pada kak ipar( Isteri Abang Ngahku) yang belikan kek petang tadi sekali dengan abang juga:)

Buat Adikku, yang belikan novel dan berikan buku2nya buatku..lain kali boleh belikan untuk kakak lagi ya:)

Buat teman2ku yang tak melupakanku..dunia maya ini penghubung kita..

Buat sahabat2ku..kalian tetap kuhargai selamanya...

Moga kita semua dalam pemeliharaan Allah...Moga sisa usia ini sentiasa dalam ketaatan padaNYA..

Melewati usia 27 Tahun pastinya banyak perisiwa pahit manis yang dilalui. Dan semua itu menjadi kenangan berharga untuk dijadikan tauladan dan sempadan. Di usia yang cukup matang bagi seorang perempuan seperti ini sudah selayaknya bergelar isteri dan ibu. Justeru, ucapan demi ucapan sempena hari kelahiran ini pasti ada doa' tentang jodoh daripada mereka yang cukup prihatin.  Namun, perancangan dan aturanNYA terlalu rapi. Setiap insan punya susur jalur kehidupan yang berbeza- beza. Suka atau tidak, itulah yang terbaik buat masa ini. Dan kuharap jua, umur yang meningkat ini tidak melunturkan semangat juangku di jalan dakwah..

Akhirnya..

"Ya Allah, jadikan diri ini hamba yang selalu bertaubat padaMU Allah kerana akulah hamba yang selalu melakukan dosa dalam ketaatan..Aku tidak punya apa- apa di dunia ini melainkan Engkau dan RasulMU.."


1 Mei 2010
11.40 mlm