Catatan Konvo PASTI 2009

Alhamdulillah...

Usai sudah majlis konvo untuk pelajar2 PASTI 2009. Dengan jumlah pelajar PASTI yang paling ramai di Malaysia dan juga mendapat anugerah PASTI terbaik bagi tahun 2009 maka segalanya adalah sesuatu yang bukan mudah untuk dilaksanakan tanpa bantuan daripada para petugas jemaah yang sama2 berusaha menjayakan majlis ni.

Majlis kali ini memberikan banyak pengalaman dan kenangan  bagi diriku yang akan menjadi panduan untuk masa2 akan datang. Sebagai insan yang dipertanggungjawabkan untuk menguruskan jamuan VVIP dan jamuan pagi untuk para petugas, terasa agak sukar kerana tiada pengalaman khusus. Apa tidaknya, sebelum ini dalam sebarang program jarang sekali memegang amanah dalam jawatankuasa ini. Dan ini adalah penglibatan secara langsung (tak pernah terlibat sebagai petugas dalam konvo PASTI) kerana selama 4 tahun tidak berada di bumi Tawau dan balik semasa cuti semester saja.

Menguruskan jamuan yang mungkin pada orang lain tidaklah sebesar mana, banyak perkara yang berkaitan kena difikirkan dan diambil kira. Bagi yang biasa terlibat dalam jawatankuasa ini tentu lebih faham tentang ini. Alhamdulillah, jamuan yang disediakan untuk VVIP dapat juga dirasai oleh sebahagian petugas (muslimin) lain. Rezeki kalian lah tu..

Dengan segala kekurangan, Allah jua yang telah permudahkan segalanya. Terima kasih buat ayahanda dan bonda yang sudi membantu untuk memasak unuk jamuan VVIP kali ini. Bersyukur pada Allah kerana dianugerahkan ibu bapa yang sangat memahami perjuanganku dalam jemaah. Semoga Allah memberikan segala kebaikan buat ayahanda dan bondaku. Amin...

Kekurangan tenaga dalam program kali ini amat dirasai. Kebetulan berlangsungnya program Team Building Nisa' di KK. Maka, hanya sedikit bilangan yang tinggal di sini. Tapi tidak menjadi masalah besar sangat kerana masih ada ahli Nisa' yang ada menjalankan amanah yang diberikan. Terima kasih kepada sahabat2 yang memberi bantuan sehingga ke akhir program (dedikasi untuk sahabat Nisa yang tolong uruskan jamuan; Nuri, Ati, Jum, Santi, Ros- dan adik2 perppis yang membantu sebelum hari kejadian) Tidak mampu rasanya menguruskan jamuan yang mungkin tidak seberapa ini secara berdua sahaja (dengan nuri).

Apa jua tugasan dan amanah yang diberikan, sesungguhnya pergantungan sepenuhnya kepada Allah sangatlah penting meskipun perancangan yang teliti telah dilakukan. Terlepas sudah tanggungjawab untuk program kali ini. Insya Allah, untuk program mukhayyam nanti ada tanggungjawab lain telah diberikan (bukan jamuan ya..)

Mohon maaf atas segala kekurangan dan kelemahan khususnya dalam jamuan kali ini. Itulah yang termampu dilakukan dalam perancangan masa yang agak terbatas (dapat makluman jadi AJK jamuan pun dalam seminggu lebih sebelum program- tak pi miting pun..)  Erm...tak ada gambar yang boleh dijadikan kenangan
( sibuk lah katakan..huhu). Mungkinkah ada sesiapa yang menangkap gambar AJK Jamuan? ceh, perasan :)

0 comments: