27 November 2009
Selamat hari raya Aidiladha buat seluruh umat Islam...
Alhamdulillah
Pagi raya tu setelah menyiapkan segala yang sepatutnya, aku dengan mak pergi bersolat di Masjid Sirathol Mustaqim. Datang ke masjid lebih kurang pukul 7 pagi. Tak jauh pun, jalan kaki je tapi naik tangga yang melelahkan la juga:) Sesampai di masjid, jemaah dah ramai. Kedengaran takbir membesarkan Ilahi berkumandang di segenap penjuru juga dari kampung2 sebelah. Meriah! meskipun bilangan jemaah tak seramai aidilfitri lepas.
Aku ajak mak duduk dan bersolat di luar saja. Kebetulan ada tikar dibentangkan di perkarangan masjid. Kesan hujan sebelah malam masih bersisa tapi tidak menjejaskan. Tak mahu tragedi Aidilfitri lepas berulang, aku memilih duduk dan bersolat sahaja di perkarangan masjid. Sekurang2nya mataku tak melihat keanehan dan sikap segelintir manusia yang mementingkan diri sendiri. Bukan apa, aku ni sound direct sikit. Tak pasal2 nanti ada yang 'kena' lagi. Cukup2la tu..begitulah bila agama ni diguna pakai dalam hal tertentu je jadi hal2 ibadah ni dianggap tak penting.
Solat di luar masjid lebih lapang sedikit tapi tumpuan tetap terjejas dengan sikap manusia yang pelbagai. Bukan mencari silap orang lain tapi itu yang berlaku. Tikar dipijak dengan selipar, tak mahu rapatkan saff, bising ketika khutbah, anak2 muda menjerit kegilaan. Ya Allah, kenapalah begini kampungku...memang geram. akhirnya, anak2 kecil dibelakangku kutegur kerana terlalu bising ketika khutbah dan aku langsung tidak dapat menangkap butir2 khutbah yang disampaikan (teguranku juga untuk makcik2 yang sibuk bersembang di belakang sana).. Kan dah kena..Aku tau, ada yang kurang senang dengan tindakanku tapi biarlah. Sampai bila perlu berdiam diri. Selebihnya aku serahkan pada Allah yang memegang hati manusia..
Balik ke rumah, rehat2 dan makan2 sajaJ …Ada juga kaum kerabat yang datang beraya dan hidangan memang telah disiapkan untuk sesiapa yang bertandang. Sebelah petang pak saudara dari Lahad Datu datang bersama famili. Meriah rumahku kali ni walaupun abang dan kak ipar sulung tak balik beraya. ‘Kuih tunjuk’ memang dah ready juga sedikit kek buatan sendiri yang tidak menepati citarasa ahli rumahku..hehe..sabarla ya..
Aidiladha lebih tenang kurasa sebab kurang perkara2 ‘aneh’ yang mencacatkan hari bersejarah umat Islam ni. Tiada bunyi mercun yang menyakitkan, tiada dosa dilakarkan dan tiada kemeriahan berhibur yang melalaikan. Segala-galanya tenang dan damai..kan bagus begini..
28 November 2009
Berkorban di Madrasah Al- Hidayah, Kampung Sungai Imam..
13 ekor lembu dikorbankan..
para petugas yang gagah perkasa menenteramkan lembu2 itu..huhu
Aku? Duduk di balik tabir bersama2 sahabat membantu menyediakan makanan untuk para petugas...
Potong2 daging, gelak2, kena perli, tangkap gambar..bincang2..
Akhirnya siap sup tulang + daging…
Sebelum sup tu masak, kami ke rumah kursiah untuk tunaikan solat..badan pun bau daging dah…
Datang semula ramai dah selesai makan..giliran kami pula..Alhamdulillah..sedap dan sangat berlemak3x…makan sikit je sebab ada mata2 yang memerhati..huhu..seram…
Selesaikan yang sepatutnya…balik rumah..
Insya Allah jumpa lagi tahun depan ya…
Allahu Akbar!
29 November 2009
Duduk rumah je dengan kaum kerabat yang ramai. Dan pastilah baby jadi tumpuan, Siti Humairah (anak pakcik)..comel..rambut pula kerinting .huhu..Meriah raya di rumahku..erm..Insya Allah minggu depan aqiqah si kecil dibuat di rumahku pula..banyak betul kenduri kendara cuti2 ni..terasa sedikit stress..
Aku perlu merehatkan diri dan bersedia untuk pelancaran Kelab Aulad 5hb ni... Ajk pendaftaran je..tapi ramai kena dihubungi untuk kehadiran..Ya Allah, mudahkan urusanku...
Ada rancangan untuk ke Semporna bersama sahabat2..Ada keizinan Allah, aku akan join.. Insya Allah..
2 comments:
bab 'saf yg jarang2' ni mmg selalu berlaku la. kat mana2 pun. susah rasa nk tegur especially makcik2..huhu
btol2..kat tempat gie, sume lebih suka 'tetap' di atas sejadah masing2..pening2..huhu
Post a Comment