Hampir setiap hari hidupku 'dihiburkan' dengan suara2 ‘merdu’ anak- anak muda di sini. Daripada lagu2 pop Malaysia hinggalah lagu2 hits Indonesia. Hafal! Siap dengan 'backup singer' lagi! Kalau masuk rancangan ‘Jangan Lupa Lirik’ confirm menang…
Mungkin adik2 ni tak sedar yang dorang ni dah ganggu jiran tetangga di sini. Bilangan yang aku rasa melebihi 5 orang ditambah dengan bunyi gitar cukup membingitkan telingaku (tak tau la kalau ada orang lain yang suka) kebetulan pula, bilikku memang hampir dengan tempat lepak budak2 ni (sebelah rumah) Kalau buka tingkap, memang nampak wajah dorang tu.. Sangatlah tension...Solat pun terganggu.
Aku geram bukanlah sebab nyanyian dorang yang 'best' tu. Masalahnya bila dorang ni tak hormat waktu ( tak sokong pun dorang melepak dan menyanyi tu!) Bayangkanlah sebelum maghrib dah berkumpul, sure2 la kan tak solat maghrib, sambung lagi sampai Isya'. Berhenti sekejap bila azan. Itupun kadang2 'langgar' juga! Siapa yang tak marah kan..
Kadang2 rasa nak 'sound' je budak2 ni. Tapi bila fikirkan aku ni perempuan, terus tak jadi. Memang geram. Ayahandaku pernah juga tegur budak2 ni. Tapi nampaknya tak jalan juga. Tak tau nak buat apa. Dalam hati ni Allah je yang tau, rasa nak tempeleng sorang2 pun ada! Hakikatnya, aku mampu doakan je semoga adik2 ni diberikan hidayah agar jadi insan yang soleh suatu hari nanti.
Adikku yang balik bercuti pun hairan dengan perubahan di kawasan rumah kami (menyanyi dan melepak yang buat orang lain bacat!). Tapi itulah yang terjadi. Kalau tak silap dorang mula ni masa bulan puasa ari tu (tak tau la masa aku tak ada di sini dulu). Budak2 ni pula macam tak ada perasaan je. Buat bising depan rumah orang yang ahli keluarga rumah tu langsung tak terlibat. Kalau dorang duduk depan rumahku, memang dah lama kena ‘tembak’ .
Dalam pada geram dan marah pada budak2 ni tedetik juga di hatiku yang dorang ni buat sesuatu tu mungkin sebab tak faham, tak ada ilmu. Tapi aku, tersasar dan buat dosa bila sudah faham dan ada ilmu. Ada beza tu. Dosa dalam ketaatan. Maknanya, Allah takkan hisab sebab tak tahu berbanding tahu. Astaghfirullah al- Azim..
Sekarang ni kena selalu ingatkan diri sendiri tentang dosa sendiri sebelum melihat kesalahan orang lain supaya tak rasa diri ni macam baik sangat kan. Begitulah hati manusia ni. Sebab tu diingatkan jangan ujub, riak, takabur dan sombong. Semua tu bukan milik kita. Hanya DIA yang layak...
Sambung cerita fasal budak2 ni. Masalah lepak ni aku rasa bukan saja berlaku di kampungku tapi juga di tempat2 lain. Bermula daripada melepak akan jadi macam2 perkara. Bukan menuduh tapi itulah yang berlaku.
rempit- gejala sosial yang belum berlaku di kampungku...
Gaduh, hidu gam, pecah kereta dll. Sangat membimbangkan. Pernah berlaku kereta salah sorang sahabatku yang datang bermalam di rumahku (siapkan kerja2 untuk sukan PASTI) dipecahkan. Memang geram, kalaulah aku tau kerja budak mana, siap! Bukan kereta sahabat ni je yang kena, banyak lagi kereta2 lain jadi mangsa sebelum ni. JKKK yang dilantik pula macam tak kisah je selagi kehidupan dorang tak terguggat. Memang tak patut! fikir2kanlah hai orang2 kampungku...
Justeru, ingatan pada diri sendiri juga orang lain, ambil tahu isu di tempat masing2. Dalam memperbaiki diri sendiri jangan lupa peranan pada orang lain. Awasi adik- beradik, kawan2 dan kaum keluarga sendiri agar tak terjebak dengan kegiatan tajaan musuh2 Islam. Renungkan firman Allah yan bermaksud:
: "Dan tetaplah memberi peringatan, karena sesungguhnya peringatan itu bermanfaat bagi orang- orang yang beriman."
(Adz Dzaariyaat: 55)
"Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari neraka yang bahan-bahan bakarannya: manusia dan batu (berhala); neraka itu dijaga dan dikawal oleh malaikat-malaikat yang keras kasar (layanannya); mereka tidak menderhaka kepada Allah dalam segala yang diperintahkanNya kepada mereka, dan mereka pula tetap melakukan segala yang diperintahkan."
(At-Tahriim :6)
0 comments:
Post a Comment