Mesti ramai yang telah memiliki mahupun membaca buku ini kan. Buku setebal 88 muka surat (tak termasuk kulit) ni memaparkan kisah yang menarik untuk dijadikan iktibar dan teladan karangan Fatimah Syarha Mohd Noordin. Buku ni sebenarnya ole2 daripada adikku Hidayat yang pulang bercuti ke kampung. Tak suruh pun beli, cuma pernah bagi tau dia tajuk buku ni. Tak sangka pula dia beli. Apapun, terima kasih bro..nanti boleh la belikan buku lagi untuk akak :)
Seronok dapat buku ni. Cerita yang bersahaja dan tips2 yang diberikan boleh jadi panduan untuk sesiapa saja walaupun terasa diri ni taklah "sesuci' watak dalam buku ni tapi mungkin tak terlewat untuk memperbetulkan kembali jalan yang salah dan menampung mana2 yang kurang :)
Ketika pembacaan, kadang2 terdetik juga dalam hati, 'sucinya watak ni, perfect sgt, dll.." tapi bila fikir, tak mustahil kan bila Allah nak pelihara seseorang hambaNya yang berusaha jaga hak2 Allah sebelum tiba waktunya..faham ke? Insya Allah fahamlah tu kan:)
Buat sahabat2ku yang Insya Allah akan menamatkan zaman bujang sekitar bulan Disember ni, semoga kalian berbahagia dengan pilihan hati masing2. Bacalah buku ni. Sangatlah sesuai untuk kalian :)
Bagi yang masih bujang ataupun yang insya Allah akan ataupun telah dirisik2, buku ini boleh jadi panduan ketika berdepan segala macam dugaan dan ujian duniawi yang kadang kala melekakan dan menyesakkan dada :(
Benarla, bila Allah datangkan keinsafan dan hidayah dalam diri kita dalam sbrg bentuk, maknanya Allah teramat sayangkan hambaNYA sesuai dengan Asma' nya yang terlalu indah.
Pesan pada diri sendiri dan sesiapa yang sudi, jangan sesekali menyesali hidup yang telah dilalui tetapi bertaubatlah atas segala dosa yang telah dilakukan. Kata2 ni jugalah yang selalu dipesan oleh sahabatku yang berada nun jauh di Penang tu.
Apapun, bacalah buku yang best ni, k..
Siapalah agaknya pemilik cintaku setelah Allah dan Rasul yer :)
0 comments:
Post a Comment