Mukhayyam 2009

Mukhayyam Muslimat Sabah telah berlangsung pada 21- 23 november 2009 bertempat di Madrasah Darul Hidayah Kampung Sungai Imam, Tawau. Program yang bertemakan "Cabaran dan Persiapan Srikandi Ummah Masa Kini" telah menghimpunkan pimpinan dan ahli- ahli muslimat daripada seluruh kawasan  negeri Sabah yang turut dihadiri oleh pimpinan Pusat.

Antara aktiviti yang dijalankan sepanjang program tersebut adalah dialog bersama pimpinan Muslimat  Pusat pada hari pertama program dan ceramah kupasan tema yang disampaikan oleh Ustaz Ismail dari Lahad Datu. Jungle Tracking yang menjadi salah satu aktiviti yang ditunggu- tunggu setiap kali Mukhayyam diadakan mendapat respons yang cukup baik daripada peserta kerana turut menyentuh peranan dan persoalan diri setiap muslimat yang terlibat dalam gerakan Islam.

Pada malam terakhir program telah diadakan Malam Kesenian Islam yang menampilkan persembahan menarik hasil kreativiti peserta yang menjadikan tema program sebagai asas persembahan bagi setiap kawasan yang terlibat, turut tidak ketinggalan persembahan daripada Ajk pelaksana. Sesi muhasabah dan Resolusi pada hari terakhir telah menjana pelbagai idea dan gagasan pemikiran demi meningkatkan  kekuatan muslimat mendepani cabaran masa kini khususnya di negeri Sabah di samping memperbaiki lagi perjalanan program pada masa- masa akan datang

Semoga program yang telah diadakan ini mampu menyuntik kembali semangat perjuangan seluruh muslimat  di negeri Sabah khususnya. Majlis perasmian dan penutupan program kali ini telah disempurnakan oleh  Setiausaha PAS Kawasan Tawau, Cikgu Mohd Nasir.

Terima kasih kepada yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam program ini. Semoga Allah membalas semua kebaikan yang dilakukan..

Gambar akan upload kemudian :)


- ala2 berita kan..hehe..sebenarnya diminta bt laporan pasal Mukhyyam utk upload dalam blog muslmat kawasan..so, itulah hasilnya :)