Ceritaku..

Alhamdulillah..

Tadi sempat dan diizinkan juga aku menghadiri konsert kesenian Islam di Dewan Masyarakat Tawau. Konsert dimulakan dengan Alunan zikir Asma-ul- Husna. Semangat semuanya. Baguslah, bersama kita agungkan nama- nama Allah yang indah. Persembahan pertama adalah nasyid daripada adik- adik PASTI Merotai. Comel je tengok budak- budak tu menyanyi. Suara solo dia sedap patutla jadi juara masa ihtifal PASTI hari tu. Diikuti dengan nasyid daripada Unit Amal dan pelajar SMK Balung (eh, xingat siapa dulu punya persembahan- UA then SMK Balung or SMK Balung then UA) Khusyuk sangat tengok persembahan sampai terlupa. Lepas semua dah selesai barulah Ustaz Nazrey muncul. Masa ni ramai dah yang keluar masuk. Budak- budak pula berkejar- kejaran. Biasalah budak- budak cepat bosan ( ala, yang bukan budak pun sama jer..)Majlis berakhir seperti dirancangkan, kami keluar awal sebab esok abangku exam. Kesian pula dia. Tapi, dekat setengah jam gak tunggu sebab dia hantar sapa tah balik rumah. Kalau tau, duduk je di dalam sampai dia call. Nak masuk dewan balik, malu la pula. Akhirnya, kami pun balik bersama penonton- penonton lain. Sabar je lah.

Dalam merancang sana sini (sebelum menghadiri konsert), akhirnya sampai gak aku dengan bondaku. Bukan apa, ada sikit masalah pasal pengangkutan tadi. Maklumlah tak da keta kan. Keta yang ada pun keta mainan je..huhu. Kebetulan abangku balik rumah (dia tinggal di rumah mertuanya di Semporna) sebab dia ada exam jabatan esok. Jadi, dengan gembira dan konfidennya aku cakap aku pi dan janji dengan sahabatku, Kursiah. Petang tadi tetiba dia mesej bagitau dia tak bawa kereta sebab dia bawa helikopter eh silap dia naik van jabatan secara berjemaah dengan kawan2nya. Sedihnya..dalam fikiran, tak dapat la aku tengok konsert malam ni.

Aku pujuk je hati ni( skg ni kena pandai2 la pujuk diri sendiri kan)Aku pun mesej dan bagitau cik SU LPP aka Kursiah tu aku tak dapat pi. Tak payah la tunggu dan janji di mana2. Dia tu offer gak amik aku tapi aku ni memang tak suka menyusahkan orang dan aku tak suka orang susahkan hidupku ni..hehe..terima kasih banyak2 ya..Bagi aku, jika Allah izinkan hadir memang tiada yang mustahil (jangan tak tau, ini motto desasiswaku dulu). Sambung balik, tak lama lepas aku bagitau dengan cik SU tu abangku pun call semula. Dia tanya betul ke aku nak datang konsert tu( bila pulak la aku buat lawak dengan dia ni)aku jawab, betul la dan nak bawa mak sekali. Dia cakap okla, dia pinjam keta kawannya. Alahai segannya...Rupanya kawan yang dia cakap tu orang kampung kami juga. Budak2 yang pernah join aktiviti masjid dan kompang sekali. Okla, kurang la sikit rasa segan dengan dia. Takpa, dia muda dari aku..motif?haha..

Seronok dan bersyukur dapat hadir malam ni. Terimbau saat2 menghadiri konsert- konsert nasyid masa di kampus dulu. Kalau di kampus dulu, yang hadir majoritinya pelajar kampus sendiri terutamanya muslimat la. Muslimin ada juga tapi tak la sebanyak kerusi2 yang ada di dewan. Memang muslimin pilihan la yang datang konsert macam ni.

Konsert malam ni terasa perbezaannya sebab dihadiri oleh segenap lapisan masyarakat. Macam2 ada. Kehadiran juga sangat menggalakkan. Tiket pun murah je..RM3. Kalau tak mau datang juga memang la. Bukan senang kita mempromosikan hiburan Islam ni dalam masyarakat sebab masyarakat kita khususnya di Sabah ni kurang penghayatan Islamnya. Mudah2an dengan konsert dan program- program yang dianjurkan ini akan menyemai kembali benih- benih iman dan Islam dalam diri semua masyarakat khususnya di Tawau ni.Ameen. Tahun depan buat lagi ya.

Dalam dewan tadi tak dapat jumpa semua sahabat. Ada yang duduk dengan famili, macam aku duduk dengan mak. Ada yang duduk di kerusi bawah, atas dan suka hati la selagi tak bercampur dengan muslimin. Kalau dulu, ke mana2 mesti dengan 'geng'. Sekarang ni dapat jumpa seorang dua sahabat duduk sama2 pun dah kira beruntung . Tapi x pa, masa program kita jumpa na.

Masa kumpulan UA buat persembahan tadi, mak tiba2 sebak dan sedih. Rupanya, mak teringat dengan adikku di UKM sana. Sama je kan fesyen adik- adik muslimin ni sebab tu la mak terkenang- kenang anak bertuahnya tu. Memang mak seorang yang sentimentel sikit. Mudah mengalirkan airmata lebih2 yang melibatkan anak- anaknya. Bertuah badan dapat mak yang selalu ambil berat pasal anak- anaknya ni. Alhamdulillah. Lein entry, kita cerita pasal ibu bapa pula ya.

Ermm..dah habis cerita untuk malam ni. Mata pun dah mengantuk. Walaupun bergelar penganggur kena bangun awal juga. Jangan mengada- ngada. Sekalung tahniah buat semua yang terlibat menjayakan konsert pada malam ni. PASTI, PAS KAWASAN, Unit Amal, Nisa' (Nisa' tlong apa ya?) dan sesiapa saja. Semoga semua ni diterima sebagai amal soleh di sisi Allah. Tak tangkap gambar pun. Malas bawa kamera. Tunggu update daripada sahabat2 lain. PASTI ada gambar. Ok..Selamat Malam.
Wassalam..

0 comments: