Segalanya KehendakMU

Bagan Pinang malam ini menyaksikan kemenangan dan pesta besar BN selepas diumumkan memenangi prk dun kali ini. Tan Sri Isa Samad yang mewakili BN telah mendapat majoriti besar mengalahkan calon PAS, Zulkefly Mohamad Omar.

Memang pedih untuk diterima oleh para penyokong dan pendokong PAS selepas memenangi beberapa prk di beberapa DUN. Apapun, inilah hakikat yang perlu diterima. Menang atau kalah adat bertanding. Episod demi episod perjuangan yang dilalui oleh PAS menyematkan azam dan tekad Islam PASTI gemilang. Kalah hari ini tidak bermakna perjuangan akan berkubur . Ada muhasabah yang panjang untuk semua khususnya bagi para pendokong gerakan Islam.

Rafa'kan kesyukuran pada Allah kerana ada izinNYA utk kita terus berjuang sebelum kita kembali kepadaNYA. Nyata tugas dakwah ini tidak semudah yang diduga dan sesukar yang kita jangka. Ada misi yang lebih besar menanti kita semua. Buat semua pejuang, yakinlah kita takkan selamanya berduka kerana ada janji yang PASTI. Teruskan perjuangan untuk menegakkan DIN wa Daulah..ALLAHU AKBAR!

0 comments: