Mendoa'kan Kemenangan Untuk Islam

TELOK KEMANG, 11 Okt: 13,644 pengundi sah Bagan Pinang mula membuat undi pagi ini dengan lebih 95 peratus pengundi pos yang berjumlah 4,604 pengundi berdaftar telah selesai mengundi hingga semalam. Mereka akan menentukan samaada calon Pakatan Rakyat dari PAS, Zulkefly Mohamad Omar atau calon Barisan Nasional (BN) dari Umno, Tan Mohd. Isa Samad pilihan majoriti rakyat pantai peranginan Port Dickson ini.

Sumber:
http://www.harakahdaily.net/




Dengan doa' segalanya akan berubah. Itulah harapan warga Malaysia khususnya penduduk di Bagan Pinang yang bencikan kezaliman dan kebejatan moral. Semoga doa'- doa' yang dipanjatkan oleh setiap daripada kita mampu memberikan kekuatan dalaman kepada para petugas yang berada di Bagan Pinang. Semoga setiap titisan keringat, airmata dan darah yang mengalir mendapat nilaian di sisi ALLAH. Bersama kita teruskan doa' dan pengharapan kepadaNYA untuk PR ini. Semoga PR DUN ini akan berjalan lancar dan BERSIH daripada segala KEKACAUAN.

Selamat mengundi!