Tidak banyak yang boleh diharapkan dalam hidup yang tak pasti ni. Dengan kata lain langsung tidak ada kebaikan yang dapat dibanggakan. Setakat berprogram, miting, usrah, dan amalan2 wajib serta sunat yang sangatlah kurangnya. Tambah2 lagi dengan dosa2 hati, mata, lidah dan kesemua anggotalah. Sepatutnya semakin meningkat usia, makin banyaklah amal kan. Realitinya begitu..Berani betul buat dosa kan..kenapa? Jawapannya ada pada diri masing2..
"Ya Allah ampunkanlah dosa- dosaku yang menyebabkan aku makin jauh daripadamu,
Aku memohon ketakwaan kepadaMU, aku minta padamu kesucian lahir dan batin dan istiqamahkanlah aku pada jalan yang telah Engkau tunjuki ini.."
Aku memohon ketakwaan kepadaMU, aku minta padamu kesucian lahir dan batin dan istiqamahkanlah aku pada jalan yang telah Engkau tunjuki ini.."
Atas permintaan Mar (UPI- Nisa' Tawau) yang mahukan aku menggantikan tempat naqibah grup ni ( naqibah dorang tengah berkursus) aku gagahkan juga walaupun dalam segala kelemahan. Terasa sangat bodoh betul diri ni bila diminta bagi pengisian buat adik2. Segalanya tersingkap. Memang Allah nak tunjuk. . Rasa bercelaru je dengan apa yang aku sampaikan. Dalam serba kekurangan diri dan dosa yang menimbun aku cuba buat yang terbaik sebagai peringatan adik2 dan diriku yang paling utama. Bukan mudah untuk aku mengilap dan mencari butir2 ilmu, menyusun bicara yang sesuai agar mereka faham. Kelam dan samar yang aku nampak. Ya Allah, nampak sangat aku tak beramal dengan ilmu2 tersebut. Memang lost masa bagi penyampaian. Teruk kan..prestasi hidup yang merundum!!
Mohon sangat pada Allah agar segala yang aku cakapkan tu tak sia2 dan cakap kosong.Teringat dan takut dengan teguran Allah dalam Surah as- saff: 2-3;
"Wahai orang-orang yang beriman! Mengapa kamu memperkatakan apa yang kamu tidak melakukannya! Amat besar kebenciannya di sisi Allah (SWT) kamu memperkatakan sesuatu yang kamu tidak melakukannya"
Dushh!! Memang terkena betul dengan ayat ni. Ya Allah..ampunkanlah aku..banyak betul dosa- dosaku ni..
Memang senang cakap itu ini tapi pengamalannya memang payah, tak hairanlah kalau perkara yang aku cakap dan bagi hari Jumaat lepas dengan budak2 tu dorang tak faham dan mungkin tak boleh terima..
Memang kena bersihkan hati sekarang ni. Bila hati dah karat macam aku ni memang kena taubat banyak- banyak la kan. Kepada sesiapa yang masih menyayangiku ni, tolong doakan aku ya..doa agar selalu dalam kebaikan. Ameen.
Entri ni luahan hatiku sebenarnya. Syukurlah Allah masih beri kesempatan untuk sedar kesilapan, muhasabah diri dan sentiasa waspada kan..Alhamdulillah... Bayangkan tiba- tiba Allah tarik nyawa, memang free je masuk neraka walaupun memang tak confirm lagi masuk syurga.
Apapun, hidup ni memang perlu, selalu dan wajib berharap pada Rahmat Allah. Amalan pun tak confirm lagi diterima. So, memang Rahmat dan Keredhaan Allah yang utama. Maaflah, aku tak pandai sangat guna ayat2 puitis ni walaupun masa di kampus aku ambil Pengajian Bahasa Melayu. Blog ni pun bukan best macam blog2 orang lain..huhu
Semoga hari2 yang kulalui ada kebaikan dan manfaat sebagai bekalan untuk PerjalananKeDestinasiHakiki...Lirik lagu ni, antara yang paling aku suka sebab ada unsur2 yang mendidik jiwa..bukan jiwang2 ya.
Lagu daripada kumpulan Zulfan ( Bahtera Hamba) Sapa yang nak lagu ni bagi email, ok..
Lagu daripada kumpulan Zulfan ( Bahtera Hamba) Sapa yang nak lagu ni bagi email, ok..
Nyanyilah untuk diri sendiri dengan perasaan penuh syahdu :)
Sukar berlabuh sebuah bahtera keinsafan
Memberanikan aku sebagai nakhoda
Di laut yang luas gelombang yang datang
Menghanyutkan segala kemudi ke dasar dosa...
Kucekalkan diriku bergapaian air mata
Meluncur bahtera ke pulau redha
Kupasrahkan hatiku meredah gelombang cinta
Yang buar menggunung menghempas dosa...
Kalau tiba ke pantai putih hamparan pasir permaidani
Terbentang luas rahmat dan kasih sayangMu
Kembali bertawajuh di pulau yang redha ini
Kuhindarkan naluri segala mazmumah diri
Kealunan lautan bertiup bayu kesempurnaan
Di taman itu jiwa bersemadi....
Jernih danau nurani bersih
berwudhu'air mata yang gugur
Menyerah diri kepada Allah
Mendamba kasih menghina diri
Syukur hamba dengan keinsafan
telah berhijrah akan diriku
Di bawah naungan keampunan
Hidup matiku hanya untukMu....
Memberanikan aku sebagai nakhoda
Di laut yang luas gelombang yang datang
Menghanyutkan segala kemudi ke dasar dosa...
Kucekalkan diriku bergapaian air mata
Meluncur bahtera ke pulau redha
Kupasrahkan hatiku meredah gelombang cinta
Yang buar menggunung menghempas dosa...
Kalau tiba ke pantai putih hamparan pasir permaidani
Terbentang luas rahmat dan kasih sayangMu
Kembali bertawajuh di pulau yang redha ini
Kuhindarkan naluri segala mazmumah diri
Kealunan lautan bertiup bayu kesempurnaan
Di taman itu jiwa bersemadi....
Jernih danau nurani bersih
berwudhu'air mata yang gugur
Menyerah diri kepada Allah
Mendamba kasih menghina diri
Syukur hamba dengan keinsafan
telah berhijrah akan diriku
Di bawah naungan keampunan
Hidup matiku hanya untukMu....
Catatan sepiku..
wassalam...
0 comments:
Post a Comment