Hujung Minggu..

Alhamdulillah..hujung minggu ni terisi lagi dengan program bulanan DMPKT. Program yang diadakan di PASTI Taman Ria minggu ni ramai gak la yang datang. Tapi, agak sunyi sikit sebab ketiadaan sahabat2 akrabku yang sibuk berkursus. Mujurlah masih ada 2- 3 orang sahabat akrabku yang hadir termasuk teman sekampusku, Ernizah namanya. Kalau tak "kering" gak la sebab adik2 dan bonda- bonda yang ramai memeriahkan. Kurang sikit la "aksi" kami kali ni. Bukan apa, hujung minggu mcm ni je boleh berjumpa sebab semua sibuk bekerja kecuali aku yang masih dengan title penganggur.


Program kali ni mcm juga bulan2 sebelumnya. Masih sempat lagi merasa kuih raya walaupun dah penghujung syawal. Pada keesokan harinya selepas solat subuh berjemaah, sedikit pengisian tentang hari kiamat dan tentang hidup manusia di dunia yang disampaikan oleh ustazah Rahimah. Terkesan, insaf dan terfikir gak tentang hidup yang singkt ni..huhu..mudah2an tak terleka dengan kehidupan dunia yang sementara ni.

Hari seterusnya terisi lagi dengan program 3P di Kampung Airport Lama...rasa2 ada tak kampung- kampung di Malaysia ni yang nama sama mcm kampung yang kami singgah ni kan?huhu.


Kampung ni berdekatan dengan lapangan terbang sebenarnya. tapi, lapangan terbang tu dah dipindahkan sebab risiko kepada penduduk kampung selepas dua tragedi kalau tak silap yang melibatkan kapal terbang terhempas di bandar Tawau ni. So, nama kampung ni bersempena kedudukannya bersebelahan airport Tawau yang lama. Sekian dimaklumkan:).


Program kali ni rentetan drpd program2 sebelum ni. Banyak lagi sebenarnya program yang diadakan oleh DMPKT, DPPKT selain Nisa' dan Unit Amal di Tawau ni. Kalau nak tau latest dan update prgrm kunjungi blog ni ( Boss, aku letak blogmu ya..huhu)


Erm..Keputusan posting dah tau. Tahniah buat rakan2 yang berjaya. Nampaknya belum rezekiku lagi dengan rakan2 yang lain. KPM suruh tggu lagi sementara drg proses nama. Sabarlah duhai hati:( Sedih tu memang la tapi sbg org yang mengaku beriman kepada qada' dan qadar kena terima dan hadapi semua ni dengan penuh kesabaran. Sabar itu kan indah...huhu.
Terima kasih buat sahabat2 yang selalu mendoakan buat diri ini:) Teringat lirik lagu best daripada kump NiCe;

Bila kesusahan
terasa hidup terlalu payah
berbagai persoalan menerjah
baru minta petunujk hidayah

Usah berputus asa
kerana ada Rahmat disebaliknya
yang tidak kita ketahui
dalam hidup ini teruslah berdoa
pada Allah Pengasih, Pemurah dan Penyayang




Rasa nak menangis je bila taip lirik lagu ni..huhu. Xpa2..Allah yang terbaik buat hambaNYA. Semoga keputusan postingku nanti adalah yang baik untuk agamaku, perjuanganku, diriku dan juga keluargaku..Ameen.


Tu je la yang nak cerita. Rabu ni ada konsert Nazrey Johani..xtaula dapat dtg ke x..harap2 dapat datang tapi tiket xbeli lag..cmna tu?

0 comments: