31 Oktober- Alhamdulillah..diringankan dan dipermudahkan juga untuk datang miting mukhayyam kali ni. Setelah miting kali ketiga barulah dapat menghadirkan diri. Segan juga sebab sering menguzurkan diri. Bukan sengaja, percayalah..huhu. Entahlah, sejak habis study dan duduk rumah ni selalu benar sakit. Demam, batuk, selesema... Jadi takut keluar rumah. Sekarang ni pun still batuk2..ermm..tak pe la ujian ALLAH kan. Banyak dosa tu sebenarnya..
InsyaAllah Mukhayyam kali ni Tawau telah terpilih sebagai tuan rumah so, sebagai tuan rumah aka tuan tanah perlulah kan membuat pelbagai persiapan dan persediaan yang tersusun lagi rapi..cewahh..Seperti biasa, program ni akan diadakan di Madrasah Al- Hidayah Kampung Sungai Imam pada 21hb- 23hb nov ni. Selamat datang kepada wakil2 dari seluruh Sabah :)
Hati sedikit terusik dengan miting kali ni. Bukan sebab terkena tembakan 'tepat' daripada kak Mui ( Pengarah Program) tapi tercetus semangat baru untuk meneruskan tugas2 dakwah dan jemaah yang sering terabai. Bukan tak sedar, tapi hidup yang penuh dengan pelbagai ragam ni sedikit sebanyak menggugat kestabilan diri..ermm stabil lah sangat..
Dalam ber’miting’ sempat jugalah memerhati pelbagai gelagat sahabat ni. Ada yang cool, busy, serius, wajah berseri2 (siapakah? ), bergurau senda (lama xjumpa la katakan..), mengadap laptop..macam2 ada ( sapa yang tangkap gambar beta tadi masa bagi laporan? Cepat mengaku!! Tak pasal2 jadi diva (pinjam jap ya Ros..huhu) Wajah2 inilah yang kurindui dan diharapkan kita semua istiqamah di atas jalan ini.
Banyak isi tersirat dan main point yang boleh diambil daripada cakap2 Kak Mui tadi..samada bujang, bakal berkahwin dan telah berkahwin kita semua ada tanggungjawab dalam jemaah. Dunia ini sebagai medan ujian( pangkat, harta, keluarga, anak2) dan kita bertemu dengan ALLAH nanti hanya membawa bekalan ini sahaja. Jangan mencipta pelbagai alasan untuk tidak melibatkan diri kelak ALLAH akan jauhkan diri kita dan hanyut daripada perjuangan Islam..Nauzubillahiminzalik..
Syukran Kak Mui atas peringatan tu..
Walaupun ada sahabat yang tak hadir sebab kekangan2 tertentu tapi aku yakin semua dah bersiap siaga menjalankan amanah yang ditugaskan. Dan beta sebagai AJK cenderahati sahaja (baru dapat tau merangkap jadi AJK Riadah (partner dgn aisyah) - macam la tak da orang lain bah J - nanti tak mahu pula orang beriadah bila tengok AJKnya ni..huhu)..Awat awal sangat balik tadi syah? Takpa2 kami faham…hehe..
Apapun, semoga miting kali ni mampu menyuntik kembali semangat2 yang telah hilang..Bak kata sorang sahabatku ni, “bersama kurangkan kontroversi dan tingkatkan prestasi” Baik! Malulah dengan akak2 yang dah beranak pinak tu kan..mantap je hadir program..Oh , maaf ya Kak Arma, tadi tak datang miting untuk Konvo PASTI (tak mampu pergi dua tempat dalam jarak masa yang kurang setengah jam..) Terima kasih sebab maklumkan tugasan untuk hari kejadian nanti..minggu depan tu..best2..banyak program.
Itu je yang nak cerita. Mudah2an Allah permudahkan urusan kita semua..Ameen..next miting 14 November pukul 10 pagi..bisingnya kenduri kawen di rumah belakang ni (ramai tol artis)...mesti belajar hak2 kejiranan lagi ni....alahai..
0 comments:
Post a Comment