Kenangan SMKTK

Buat sahabat2 dan rakan2 sekampus yang telah dapat posting, tahniah ya! Semoga menjadi guru yang cemerlang dunia wa akhirat dan jadi contoh terbaik untuk para pelajar. Bagi yang belum dapat posting (aku la tu..) bersabarlah sebab Allah dah tentukan rezeki buat para hambaNYA..banyak perancangan Allah yang kita tak ketahui ( sedih gak ni...huhu).

Maybe aku posting di sekolah rendah sebab minor yang aku ambil masa di kampus dulu sama la dengan beberapa orang coursemate. Aduhai, tak retinya aku mengajar budak sekolah rendah ni..sabar je la..praktikal pula di sekolah menengah. Alahai KPM...

Bosan tak tau nak buat apa so, saja la ingin bercerita pasal kenangan LM dulu (dah basi pun...) seronok kalau kenangkan...

Gambar ni merupakan rakan2 praktikal ( USM istilahkan sebagai Latihan Mengajar) di SMK Taman Kenari,Kulim.


Dari kiri gambar Fath, Cik Gie, N, Nurul & Erni..dorang ni memang sangatlah 'nakal' kecuali Fath  (dia rajin cover kalo cik gie dibuli..huhu).


Budak bertiga ni pula memang suka sakat aku. Dari rumah sampai sekolah memang tak habis2..sabar je..memang tak patut dorang membuli seorang kakak seperti aku ni! Tapi, aku x amik hati pun..bergurau je kan. Kalau tak sunyi hidup kami sepanjang 4 bulan tu..

Alhamdulillah...dorang semua ni posting di negeri masing2. Fath & Nurul di Kedah, N pula di Johor.. Insya Allah aku ngn Erni pun posting di sini gak (Sabah)..Tapi, kesian gak dengan fath sebab terpaksa duduk berjauhan dengan husbandnya. Sabar ye Fath. Memang seronok masa LM ni. Macam2 hal dapat belajar. Tak dapat nak cerita semua dan akan menjadi kenangan berharga sepanjang hidup.. rindunya...


     KOT SMKTK- Husna, Nurul, Cik Gie, Lia, N, Miza, Erni (depan), Kak Aini, Kak Haslina (akk ni x expect bgmbr pn)



Dalam bilik guru- N, Erni, Cik Gie, Husna, fath, Kak Aini (depan) 


Memang suka bergambar semuanya. Selain kami berlima, kami gak rapat dan 'geng' dengan guru2 GSTT dan guru baru posting..maklumlah semua bujang lagi (fath dah kawen skg..)

Di bawah ni gambar dengan pelajar2;



1 Iltizam (letih mintak depa duduk diam!)



4S1- round sekolah pi bgmbaq

Buat pelajar2 4S1 dan 1 Iltizam (2009) di SMKTK yang mungkin terbaca dan terjumpa blog ni, terima kasih atas segalanya. Terima kasih juga sebab masih contact cikgu, hantar sms, email dll. Maaf kalau cikgu tak berkesempatan membalas dan menjawab semua tu. Semoga kamu semua menjadi insan cemerlang sepanjang zaman.

Dan mengakhiri cerita LM adalah gambar semasa hari terakhir di SMKTK..
Bergambar dengan yang sempat dan sudi je..segan kami nak lebih2..hehe



sebelum balik dan membawa harta benda yang berkenaan...



Dengan Kak Ti & Pn. Khor di Library ( Ofis Kak Ti)
sedap nasi dagang kak Ti..

Thanks SMKTK..

2 comments:

Nadiah Sidek October 27, 2009 at 1:00 PM  

siapa yg dh dpt posting gie? takpe, insyaAllah nnt smpai la turn gie lak dpt posting ;)

hanaizor83 October 27, 2009 at 4:16 PM  

rmi dah kak..gayah, baiti, azni, aini..rmi dapat area kl, n9 n tmpt msg2..sorg yg gie tau dapt kt sabah..yusra..

Insya Allah.gie sabar mennati utk postg ni:) tq kak..