Membaca blog Ustaz Nasrudin Hassan at Tantawi sedikit sebanyak menyentak hati dan ingatan tentang episod sebuah perjuangan Islam yang sekian lama diikuti. Masih ingat lagi ketika masuk ke medan ni lagu2 mendidik jiwa ( nasyid) sangatlah berkesan sehingga menitiskan airmata sebab insaf (sekarang ni menitis juga la tapi bukan sebab insaf tapi..fikir2lah sendiri ya..) Walaupun lagu2nya agak kurengg sikit (abang aku yang cakap ya..) sebab tak gunakan banyak alat muzik (kompang, ketuk2..huhu- tak reti explain nama2 benda tu) tapi membantu menumbuhkan benih2 mahmudah dalam diri. Lagu2 daripada Nahwan Nur, The Zikr, Nada Murni, Suara Firdaus menjadi pilihan masa tu sebab kemunculan kumpulan nasyid kontemporari ni belum ada lagi. Lagu2nya banyak berkisar tentang perjuangan, ukhuwah, alam, dan kembali kepada Allah.. sangat indah untuk dihayati lirik lagunya ( masa tu dalam sekolah menengah lagi).
Kalau dulu, sanggup berjalan kaki semata- mata pergi usrah yang letaknya di hujung bandar Tawau (masa tu pejabat tu sangatlah kecil) Duduk bersesak2 dengan baju sekolah (balik dari sekolah lepas tu terus pi usrah- berani sungguh!). Dengar kuliah, tazkirah dan sebagainya. Program sana sini. Tapi hari ni semua inginkan keselesaan (aku lah tu) Jalan jauh pun dah tak sanggup (fizikal yang tidak mengizinkan ..hehe). Ukhuwah pun mantap sehinggakan wujud suatu nama "raudhah inteam" sebagai simbol persahabatan yang utuh antara kami. (soalan exam..adakah raudhah masih wujud? huhu..boleh jawab ikut suka hati) Namun, hari ni semua dengan hidup masing2 (ada kerjaya dan tuntutan masa sendiri)... Tapi tak apa, masa ada program Insya Allah kita jumpa juga tapi naik kereta dan kenderaan masing2 la (aku jer yang masih menumpang..blum keja..hehe) Wajarlah diingat kembali zaman itu sebagai penguat dan pencetus semangat yang semakin merundum dalam diri. Nisa' pun ada sebagai platform kan..pun boleh kalau nak masuk Muslimat :)
Airport lama- pi hantar c mirah ke mana tah..hehe
kenangan xpdc dakwah
rebranding Nisa'
rombongan cik kiah beraya :)
Zaman ni pula adalah zaman yang berhubung dengan sms, YM, facebook, friendster...Boleh dikatakan ramai juga dalam kalangan kita mempunyai blog (bukan blok ya..) masing2. Alhamdulillah...semua ini diharapkan akan mengembangkan lagi dakwah dan ukhuwah kita. Kita sangat mengharapakan agar menjadi mukmin yang memberi manfaat kepada orang lain kan..
Berbalik kepada tulisan oleh Ustaz Nasrudin Hassan at Tantawi. Antara yang menarik dalam tulisan beliau tentang pemuda/i hari ni wajar kita fikirkan bersama;
.......bersama kita renungkan........16. Memang aneh cara kita berjamaah di zaman moden ini . Hilang "umph" dan yang timbul ialah rasa curiga mencurigai antara satu sama lain . Suasana senantiasa tegang dan panas . Bila - bila masa boleh mencetus perbalahan . Masing - masing dok tunggu tuning point sebagai masa nak bertindak .
17. Hati kita menjadi jauh walau kita sepejabat . Sorotan mata bila memandang sesama kita kering kontang tanpa nilai ukhuwwah dan kasih mesra . Seperti merenung musuh , kalau tidak pun seperti menaruh rasa jengkel dan benci sesama kita . Ada sahaja yang tidak kena dan hati senantiasa tidak puas .
18. Rasa hormat sesama kita sahabat seperjuangan semakin pudar semangat khidmat kepada jamaah juga semakin luntur . Bertindak dalam paksa jangan sampai orang kata kita tidak buat kerja . Kemanisan dalam melakukan kerja dan tugas jamaah tidak terasa , kalau pun masih terasa hanya sekadar manis - manis buah jambu separuh masak atau sekadar manis gula Melaka .
19. Terma - terma asas perjuangan Islam seperti jihad , negara Islam , hudud , mukhayyam tarbawi , usrah , harakah Islamiyyah , naqib , ukhuwwah fillah dan lain - lain kini sukar untuk dilafaz kepada umum . Kalau menyebutnya juga akan dikatakan tidak bijak , tidak kena timing , keterlaluan , non muslim tidak akan mengundi kita , kolot dan macam - macam lagi sms akan masuk menempelak .
Rupanya Allah masih ingin terus menguji kita untuk melihat sejauh mana keikhlasan dalam berjuang. Diri yang bercakap ni pun memang masih belum layak lagi digelar pejuang ( diakui 100%..). Sekian lama menempatkan diri dalam jemaah tapi masih kurang mengerti peranan yang sepatutnya akibat melebihkan tuntutan duniawi daripada ukhrawi (nauzubillah min zalik )...
Peristiwa- peristiwa yang Allah datangkan kepada umat Islam hari ni khususnya pada jemaah kita meletakkan suatu keyakinan bahawa kita ni masih ingin ditapis sampai ke akhirnya. Justeru, jangan merasa optimis meskipun dalam ketaatan (selalu gunakan frasa ni- sangatlah tak ada idea bila di minta berkata- kata :p )
Kita letakkan seluruh keyakinan kepada Allah atas fitnah yang berleluasa hari ini. Sama- sama kita memohon agar diselamatkan daripada fitnah dunia dan berlindung serta berlepas tangan daripada golongan yang zalim.
Peristiwa- peristiwa yang Allah datangkan kepada umat Islam hari ni khususnya pada jemaah kita meletakkan suatu keyakinan bahawa kita ni masih ingin ditapis sampai ke akhirnya. Justeru, jangan merasa optimis meskipun dalam ketaatan (selalu gunakan frasa ni- sangatlah tak ada idea bila di minta berkata- kata :p )
Kita letakkan seluruh keyakinan kepada Allah atas fitnah yang berleluasa hari ini. Sama- sama kita memohon agar diselamatkan daripada fitnah dunia dan berlindung serta berlepas tangan daripada golongan yang zalim.
sesungguhnya segala yang baik itu daripada ALLAH jua..
.........pssttt...entry kali ni serius sikit..huhu
0 comments:
Post a Comment